Monday 21 January 2019

Format Bahasa Melayu KSSM (dan ramalan saya)

Format PT3 BM 2019 dan cara sy buat modul BM.

Berikut ialah format PT3 terkini, PT3 tahun ni kte sedia maklum ada 2 kertas peperiksaan...Kertas 1 dan Kertas 2. Bagaimanakah pembahagiannya? Lihat dibawah

Kertas 1

Bahagian A
-20 soalan Objektif Aneka Pilihan (OAP)
- OAP - A,B,C,D
1)Sistem Bahasa (Tatabahasa yg diajarkan dalam DSKP)
2) Pemahaman teks (Dia bagi 1 teks umum pelbagai tajuk atau mengikut tema DSKP dan  jawab soalan berdasarkan teks...soalan dlm objektif)

Bahagian B
Soalan 1 - Objektif Pelbagai Bentuk (OPB)
- sistem bahasa
*OAP - soalan objektif yg ada no roman, i,ii,iii,iv, soalan objektif bentuk melintang dan sbgny.

Soalan 2
-Soalan subjektif
1) Pemahaman petikan (Ini sy target seni bahasa atau Komsas, sbb soalan komsas kte sedia maklum dy akan petik sebahagian cerpen/prosa utk digunakan dalam penyoalan)

Soalan 3
Subjektif
Novel

Bahagian C
-Pemindahan Maklumat
1) Ringkasan
2) Ulasan
* Pilih salah 1

Kertas 2

Bahagian A
- Karangan pendek (180pp)

Bahagian B
-Karangan panjang
-Pilih 1 drpd 3 soalan karangan

Susunan modul BM sy 😊

Tatabahasa - semua aspek yg perlu diajar mengikut DSKP, sy keluarkan, maknanya kalau modul tingkatan 1 ikut aspek yg dipelajari dalam ting 1 shj, soalan kesalahan tatabahasa boleh dikeluarkan juga, sbb dlm SP DSKP F1 ada belajar menganalisis kesalahan...buat semua soalan nie dalam bentuk OAP dan OPB

Seni bahasa @Komsas - semua aspek yg perlu diajar mengikut DSKP shj yg sy keluarkan. Soalan bentuk objektif, style masih sama macam soalan KOMSAS PT3 2014-2018. Tp soalan mestilah ikut DSKP jgn tanye aspek seni bahasa yg x perlu diajar ya. Soalan KBAT tu buat gempak2 sikit haha...

Ringkasan - Bahan ringkasan sy dapatkan dr majalah, internet yg sy jdikan satu petikan baru, atau dr soalan PMR sebelum ini...anggaran patah perkataan teks ringkasan 230-250 kalau x silap spec PMR dulu... Cara ajar ringkasan sama macam cara ajar RUMUSAN F4-5 guna kata kunci utk cari isi... Tp ringkasan F1-3 tak ada isi tersirat. Hanya isi penting yg dikehendaki soalan sahaja.

Ulasan -soalan ulasan pt3 mcm biasa kte ajar anak sblm nie. Tp ingat dlm dskp F1 mereka perlu buat soalan bermula dengan mengesan isi tersurat kmudia mencari tersirat bagaimana, dan barulah diajar menulis ulasan penuh.

*bagi modul F1 sy ikut kandungan@SP dr DSKP
*Bagi modul F3 sy buat soalan rangkuman kandungan@SP DSKP F1-F3 jd murid akan dapat buat latihan penuh dan ulang kaji bahagian yg pernah mereka belajar dr F1-F3 sbb kte tahu yg pt3 sblm nie soalannya dirangkum dr soalan n tema/topi ting1-3
* Soalan semua sy ikut format pt3, cuma sy pecahkan ikut bahagian tatabahasa, seni bahasa, dan kemahiran menulis.

No comments:

Post a Comment