Monday 21 January 2019

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi KSSM BM

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi KSSM BM

Pentaksiran ini harus berjalan selari dgn pdpc cikgu setiap hari ya. Hal ini bermakna, apabila mula sahaja pdpc yg melibatkan 3 kemahiran, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis...Penting utk cikgu menguji murid dalam pdpc dan meletakkannya dalam kolum TP cikgu diakhir pembelajaran di ruangan refleksi.

Nak taksir macam mana?

Begini cikgu, aktiviti yg dilakukan oleh murid menjadi kayu ukur penentu, sama ada murid mencapai tahap 1-6... Selalunya, murid akan bermula dgn TP yg rendah...

Rendah bagaimana?

Katalah murid cikgu ini mmg bagus aktif, mistahil dia layak TP 1, mungkin dirinya bermula dgn TP 2@3 bergantung kepada tahap penguasaan yg dia peroleh dalam kemahiran.

Habis kalau 1 kelas 30 org? Takkan nak nilai 1 persatu? Tak sempat.

Tak semestinya dalam hari yang sama kita perlu menilai satu kelas... Mungkin kte hanya menilai 15 orang shj...SP kan berulang cikgu, jd minggu depannya cikgu boleh taksir lg 15 org.

Nak taksir secara individu ke?

Tak cikgu, bagi memudahkan kte menilai...kte taksir secara berkumpulan...1 kump 5 orang skli gus menyampaikan iklan contohnya, tp dalam cara yg paling kreatif. Tak semestinya baca serentak ikut intonasi...nampak boring kan? Jd buatlah aktiviti sikit mcm iklan/promosi kat TV tu...haaa ada pelbagai watak...

Mana-mana murid mmg dah berpotensi dan cikgu tahu dy mmg jenis masuk pertandingan pidato, syair, sajak, dan petah bercakap... Boleh berkomunikasi dgn baik dan beri respon automatik murid itu memudahkan cikgu utk beri Tp yg sesuai dgn tahap dirinya.

Jika murid yg kurang pandai berkomunikasi. Galakkan mereka bercakap dgn mengajukan soalan. Sekiranya mereka mampu menjawab maknanya mereka memahami dan mampu memberikan respon. Boleh bagi TP 2. Selalunya murid yg lemah nie kte kena pastikan mereka mendapat TP lebih baik dan fokus untuk bantu mereka. Yang bagus sudah sememangnya bagus...

Pentaksiran buat dlm kelas. Kemudian nak isi dlm bilik guru ke, tak de mslh...Cikgu kan kenal anak murid cikgu. Tak semestinya dalam kelas tu tulis n beri markah terus. Cikgu boleh buat shj aktiviti. Kemudian berikan TP.

Templet pentaksiran ada pelbagai bentuk. Pilih mana yg memudahkan cikgu ya.

Dari,
Cikgu Lemon 🍋

No comments:

Post a Comment