Sunday 26 October 2014

KAJIAN TINDAKAN GURU PELATIH

logo_baru

KAJIAN TINDAKAN
PRAKTIKUM SESI 2014/2015



KAJIAN TINDAKAN GURU PELATIH

DISEDIAKAN OLEH :
NUR SYAFFIQAH SYAZZA BINTI AZLI
D 201110*****
SEMESTER 7

NAMA PENYELIA : PROF. DR. MAHZAN BIN ARSHAD

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SESI 2014/2015


1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu
Penyelia Praktikum :
            1.1 Lawatan Sosial
            Pemantauan pertama dilaksanakan pada minggu ketiga iaitu selepas musim perayaan di mana, penyelia praktikum saya telah hadir ke sekolah bagi menjalankan sesi lawatan sosial bersama pihak sekolah. Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan tentang keadaan sekolah, murid, pelaksanaan rancangan pengajaran harian ( RPH ), tesis dan juga kajian tindakan berkenaan diri dan murid yang telah dipilih. Selain itu, penyelia juga memberikan sedikit nasihat, motivasi serta cara mengatasi masalah di dalam kelas. Kawalan kelas amat dititikberatkan dalam menjalankan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Penekanan terhadap pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran juga diberikan tumpuan yang lebih bagi memastikan kami dapat memastikan bahawa setiap RPH yang dibina dapat diikuti dan perjalanan pengajaran lebih lancar.
            1.2 Pencerapan 1
Pemantauan kedua telah berlangsung pada 22 September 2014. Prof, memilih untuk hadir pada hari tersebut bagi memudahkan sesi pencerapan dilaksanakan kepada kami berdua iaitu Nur Syaffiqah Syazza binti Azli dan juga Siti Nur Wafiyda binti Masrukin iaitu pasangan praktikum saya. Saya dicerap pada jam 9.30 pagi hingga 10.10 pagi di kelas 4 Zuhrah dan topik pengajaran saya pada waktu tersebut adalah rumusan berkenaan kemusnahan hutan. Alhamdulilah aktiviti pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik. Namun begitu, banyak lagi input baharu yang diberikan oleh Prof, bagi meningkatkan lagi pengajaran saya dan membolehkan pengajaran sentiasa berlangsung dengan baik. Prof menyatakan bahawa pentingnya untuk mengajarkan kemahiran mengesan isi tersurat dengan baik. Berdasarkan cadangan beliau, latihan melaksanakan kemahiran ini dilaksanakan secara intensif selama sebulan dan jika guru kesuntukan masa, guru boleh melaksanakan latihan kemahiran ini dalam masa seminggu. Kemudian, guru akan mengukur tahap pemahaman murid dengan mengaplikasikan teknik itu dalam menjawab soalan rumusan pada waktu kelas minggu yang seterusnya. Pengukuran ini adalah perkara yang penting dalam memastikan bahawa, teknik dan kemahiran yang diajarkan berjaya membantu murid menghasilkan rumusan yang lebih baik. Prof juga menyarankan bahawa setiap pendekatan yang digunakan dalam sesi set induksi disisipkan dengan teknik memberikan analogi kepada murid bagi memastikan murid menjana idea dan berfikir luar kotak serta mendapat maklumat baharu dalam sesi set induksi tersebut sebelum diperkenalkan dengan topik pengajaran. Pentingnya di sini, guru perlu memupuk sikap berfikir secara kritis dalam diri murid dan merangsang murid untuk sentiasa mencuba memberikan jawapan yang bersesuaian dengan keperluan pengajaran. Guru juga perlu memastikan bahawa langkah – langkah yang dibina dalam rancangan pengajaran harian menuju kepada hasil pembelajaran setiap fasa dan akhirnya mencapai objektif pembelajaran. Langkah yang sesuai perlu diletakkan dan diteliti agar objektif pembelajaran yang ingin dicapai selari dengan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, Prof juga banyak memberikan motivasi kepada saya agar sentiasa komited dan terus berusaha memperbaiki diri dan niat agar mampu mendidik murid bukan setakat baik dalam segi akademik amalah baik daripada segi sahsiah dan budi bahasanya. Pengajaran berorientasikan peperiksaan perlu dikikis dalam diri setiap orang guru agar setiap ilmu yang disampaikan dapat dicurahkan sepenuhnya dan dapat melihat serta mengukur kemampuan diri guru berdasarkan kecemerlangan murid dalam kelas dan peperiksaan, dan bukannya hanya mengajar untuk membantu murid mendapat A dalam setiap subjek yang dipelajari oleh mereka.
1.3 Pencerapan 2
Pada tarikh 7 Oktober 2014  berjalannya sesi pencerapan terakhir. Prof. banyak memberikan motivasi untuk menjadi seorang guru yang baik. Pengajaran saya pada kali ini bertambah baik dan mendapat pujian daripada Prof. . Walaupun begitu, saya juga mendapat sedikit komen pada bahagian Fasa : 4 Penilaian, di mana, saya ingin melaksanaan sesi pembentangan, namun masih kelihatan ada kumpulan yang sedang menyiapkan bahan pembentangan mereka, sewajarnya pada ketika itu, saya perlu menanti semua murid selesai melakukan tugasan dan meminta mereka duduk dan bersedia untuk sesi pembentangan. Hal ini bagi memastikan setiap isi pembentangan daripada rakan mereka dapat dikongsikan dengan baik dan mereka dapat mencatatkannya dalam peta minda yang telah disediakan. Unsur humor dan koleksi pantun yang dihasilkan murid telah menghidupkan lagi suasana pembelajaran pada pagi tersebut. Murid nampak lebih bertenaga dan seronok menjalankan aktiviti. Antara komen dan pandangan Prof. mengikut fasa adalah :
Set Induksi :
-          Wow! Tahniah satu induksi yang memukau pelajar. Bagus, dapat kaitkan antara lirik lagu dan novel yang dikaji, membawa pelajar berfikir.
Fasa 1 Memberitahu :
-          Ringkasan penerangan tentang struktur novel, pelajar telah pelajari sebelum ini – ulang kaji.
Fasa 2 Transisi :
-          Kawalan kelas yang baik. Penjelasan tentang tugasan juga baik, mudah difahami, pelajar telah melaksanakan tugas menunjukkan mereka faham arahan guru.
-          Ini merupakan ulang kaji yang baik, khususnya dalam persiapan menghadapi peperiksaan.
-          Guru sepatutnya menjelaskan sedikit akan pantun yang baik.
Fasa 3 Kerja Kumpulan :
-          Guru membantu pelajar ketika gerak kerja kumpulan satu langkah yang bijak.
Fasa 4 Penilaian :
-          Ada baiknya sekiranya pembentangan dilakukan semasa pelajar telah tamat melaksanakan tugasan dan boleh menumpukan perhatian kepada pembentangan rakan mereka. Mungkin guru boleh mengulas sedikit tentang pantun yang baik selepas setiap pembentangan.
Penutup Kognitif :
-          Penilaian dapat mengukur pencapaian objektif ketiga fasa pengajaran ini. Tahniah.
Refleksi :
Satu pengajaran yang menarik. Tahniah, anda telah menunjukkan bakat sebagai seorang guru Bahasa Melayu yang amat baik. Pelajar akan mengkagumi guru yang mempunyai kepelbagaian kebolehan – menjadikan kelas Bahasa Melayu menarik dan disukai oleh para pelajar. Teruskan usaha dan perjuangan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu


Guru Pembimbing :
            1.4 Pencerapan 1
Berdasarkan pemantauan satu yang lalu daripada guru pembimbing saya, banyak kesilapan dan kekurangan telah beliau nyatakan. Pemantauan telah dilaksanakan pada 27 Ogos 2014. Saya dipantau di kelas 4 Bumi. Saya diberikan masa 80 minit bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara kondusif. Banyak perkara yang dilihat sebagai kekurangan yang wajar diperbaiki, seperti, pelaksanaan fasa dalam rancangan pembelajaran harian dan teknik memberikan rangsangan melalui soalan. Hal ini menjadi isu yang utama kerana, saya tidak berpandukan sepenuhnya mengikut fasa yang telah dibina kerana kesuntukan masa.. Kemudiannya, saya dilihat lebih banyak menggunakan teknik menerang berbanding merangsang murid untuk bersama – sama aktif di dalam sesi pembelajaran. Model yang saya gunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah model konstruktivisme di mana, saya mengajar karangan berpandu yang bertajuk ‘Kesan Iklan’. Model ini sepertinya kurang berjalan ketika saya mengadakan sesi pengajaran. Perkara ini berlaku disebabkan oleh, kesilapan saya dalam merangsang murid untuk sentiasa memberikan idea dala penjelasan dan soalan yang saya ajukan. Murid pula lebih gemar untuk bercakap dalam bahasa Cina berbanding bahasa Melayu kerana rata – rata murid kelas ini adalah berbangsa Cina. Guru pembimbing juga ada menjelaskan bahawa, penerangan berkenaan format menulis karangan mesti diulang kaji dan diajarkan semula bagi memastikan murid sentiasa menulis karangan berdasarkan format yang bersesuaian dengan kehendak soalan karangan yang telah diberikan.
1.5 Pencerapan 2
Pemantauan kedua dilaksanakan selepas kehadiran penyeliaan pertama Prof. Dr. Mahzan Bin Arshad. Prof mencerap saya pada 22 September 2014 yang lalu manakala guru pembimbing mencerap saya pada 23 September 2014. Masa pemantauan sekitar 2 masa iaitu 80 minit. Saya mengajarkan bahagian KOMSAS dan menjalankan aktiviti banding beza bagi cerpen Biarkan Samudera dan juga Mellisa. Pada pemantauan kedua ini, guru pembimbing lebih banyak menekankan akan aspek nilai, KBKK, pengetahuan sains dan rangsangan kepada murid yang masih belum utuh saya laksanakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga memberikan penekanan kepada penguasaan dan pengawalan masa mengikut fasa yang ditetapkan. Seterusnya, guru turut menyarankan agar sentiasa memastikan bahawa perjalanan fasa itu sentiasa terancang dan mengikut bahagian atau peringkat yang telah tersedia. Hal ini penting bagi memastikan bahawa langkah – langkah menuju kepada objektif pengajaran tersebut kelihatan lebih terarah dan menuju kepada hasil pembelajaran. Guru pembimbing juga meminat saya memperbaiki teknik menguruskan proses pengajaran agar tampak efisyen dan kemas. Selain itu, guru juga menyatakan bahawa saya perlu mengawas penggunaan kata – kata daripada bahasa pasar dan perlu menggunakan bahasa yang standard ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
1.6 Pencerapan 3
1.7 Pencerapan 4
2.0 Isu keperihatinan
Isu keprihatinan yang dibawa dalam kajian tindakan ini adalah berkenaan pengggunaan istilah dan juga kemahiran bahasa tinggi, seterusnya adalah berkenaan teknik penyoalan guru yang masih kurang kukuh dan terancang.
Penyelia Praktikum :
2.1 Pencerapan 1
                                i.            Mengajar kemahiran mengarang
Pada pencerapan pertama yang dilaksanakan oleh Prof, isu terpenting yang dikemukakan adalah peripentingnya mendidik murid melaksanakan sesuatu tugasan sebagai contoh tugasan menulis rumusan. Rasionalnya pendedahan akan kemahiran mengarang ini diajarkan kepada murid agar murid lebih sentiasa peka dan mahir menulis karangan berdasarkan kehendak soalan dan keperluan situasi karangan tersebut. Teknik yang kebanyakannya digunakan pada masa sekarang adalah teknik hafalan yang memperlihatkan murid lebih dominan menghafal dan akhirnya keseluruhan kelas memiliki karangan yang sama bentuk dan ayatnya. Hal ini demikian, kerana guru tidak mendidik murid mempunyai kemahiran mengarang. Perkara ini sebenarnya memberikan implikasi yang besar dalam pendidikan masa kini kerana, murid hanya mampu mnghafal dan memuntahkannya semula dalam kertas peperiksaan, dan apabila mereka melalui alam pekerjaan, mereka akan mengalami masalah untuk menulis dan mengarang kerana mereka tiak memiliki kemahiran tersebut.
                              ii.            Pembinaan langkah – langkah pengajaran yang menuju kepada objektif pembelajaran.
Guru juga perlu memastikan bahawa fokus utama pembelajaran tercapai hasil daripada pembinaan langkah dan aktiviti ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang betul bagi merealisasikan objektif yang telah dibuat. Penghasilan langkah yang tidak seimbang dengan objektif pengajaran sebenarnya membuatkan guru sukar untuk menggapai objektif pengajaran dan akhirnya ilmu yang perlu diperolehi murid tidak dapat disampaikan dengan baik dan murid tidak diterima sepenuhnya.
2.2 Pencerapan 2
                                i.            Pelaksanaan Fasa dan Ulasan.
Pada pencerapan kedua ini, Prof. menyatakan bahawa terdapat peningkatan daripada sesi pengajaran yang sebelumnya. Namun begitu saya dinasihatkan agar sentiasa peka dengan pelaksanaan tugasan murid agar murid sentiasa bersedia ketika berlakunya sesi perubahan fasa. Terutamanya ketika sesi pelaksanaan tugasan kepada pelaksanaan pembentangan. Ketika ini murid perlu dikawal sebaiknya agar mereka tahu mengunakan masa yang diberikan untuk menyiapkan segala tugasan sebelum membentangkannya. Selain itu, Prof ada menyatakan bahawa guru perlu memurnikan dan membuat sedikit ulasan pada akhir setiap pembentang kumpulan.
Guru Pembimbing :
            2.3 Pencerapan 1
                                  i.            Teknik Penyoalan
Selain itu, teknik penyoalan yang saya gunakan masih lemah. Saya masih memulakan pertanyaan dengan ayat di bawah :
                                    ‘Boleh cikgu tanya kamu satu soalan?’
                                    ‘Kamu rasa bagaimanakah hal ini terjadi?’
Seharusnya pertanyaan sedemikian tidak perlu lagi saya ajukan kepada murid, sebaliknya saya perlu terus bertanya tentang apa yang ingin saya tanyakan berdasarkan penggunaan kata tanya, siapa, apa, bagaimana, mengapa, di mana, bila, atau pun 5W 1H, seharusnya saya cekap dalam penggunaan kata tanya tersebut dalam mencungkil idea dan kefahaman pelajar. Istilah ‘rasa’ itu sewajarnya tidak wujud kerana perkataan ‘rasa’ itu sebagai petanda bahawa teknik penyoalan saya tidak kukuh dan kelihatan ragu – ragu dan mengelirukan murid. Sebagai contoh :
                                    ‘Apakah video yang kamu tonton sebentar tadi?’
             ‘Mengapakah kamu kelihatan begitu emosi ketika menonton video ini?’
Soalan secara terus sebegini membolehkan murid memahami kehendak guru, dan mereka boleh memberikan apa sahaja jawapan yang relevan dengan video yang mereka tonton.Beradsarkan penilaian yang guru pembimbing berikan, saya dapat memahami serba sedikit kekurangan saya dan akan memperbaikinya pada sesi pemantauan kedua kelak.
                                ii.            Kemahiran memberikan rangsangan
Saya juga ditegur berkenaan cara memberikan rangsangan agar murid sentiasa fokus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, saya lebih banyak menyatakan input daripada memberikan rangsangan agar murid sentiasa bertanya dan menjawab soalan yang diajukan. Teknik ini berkait rapat dengan teknik penyoalan, sekiranya teknik penyoalan saya masih lemah, maka perkara ini menyukarkan lagi guru untuk merangsang murid. Rangsangan adalah perkara yang penting dalam mewujudkan keberadaan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya seharusnya merancang soalan dan pertanyaan yang bakal diajukan bagi memastikan murid sentiasa peka dalam sesi pembelajaran.
2.5 Pencerapan 2
Bagi pencerapan kedua ini, guru menyatakan bahawa, terdapat beberapa perkara yang telah mengalami perubahan dan penambahbaikan seperti yang dinaytaakan pada pencerapan pertama sebelum ini iaitu teknik merangsang dan juga menyoal. Namun, guru juga ada menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dititikberatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan. Perkara ini seharusnya diteliti bersungguh – sungguh dan dipelajari semula serta diterapkan di dalam kelas agar ianya dapat diperbaiki ke tahap yang lebih baik. Pernyataan tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah :
                                  i.            Pengurusan masa
Dalam pencerapan kali ini, guru sangat mementingkan kawalan masa mengikut fasa. Hal ini kerana, kawalan masa ini sangat penting bagi memastikan bahawa setiap aktiviti terlaksana pada waktu yang tepat. Pelaksanaan masa yang tidak baik boleh menyebabkan berlakunya gangguan pada fasa yang berikutnya. Pengurusan masa ini penting sejajar dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyarankan agar melaksanakan Masa Interaksional di mana masa tersebut kondusif dan pada dengan sesi pengajaran dan tiada gangguan aktiviti yang lain.
                                ii.            Pengurusan langkah – langkah mencapai hasil pembelajaran
Masalah berulang ini masih kelihatan pada pencerapan sesi kedua ini di mana guru dikatakan masih terlangkau fasa yang lain kerana pengelolaan langkah pengajaran yang masih belum utuh. Perkara ini penting bagi guru kerana, masalah yang berlaku dalam sesebuah fasa pengajaran akan menggugat fasa yang berikutnya dan boleh menyebabkan objektif pengajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya. Guru dinasihatkan agar terus terusan membaiki kelemahan ini bagi memastikan bahawa setiap sesi pengajaran yang dijalankan berakhir dengan pencapaian berkesan pada objektif pembelajaran.
                              iii.            Penggunaan bahasa pasar
Penggunaan bahasa pasar ini adalah antara perkara yang penting dan perlu di titik beratkan dalam memperbaiki sesi pengajaran. Penggunaan perkataan singkatan seperti tak, nak, diorang, dan  korang adalah dilarang sama sekali dalam sesi pengajaran kerana penggunaan bahasa standard amat penting dalam komunikasi kelas bahasa Melayu dan guru seharusnya menggunakan bahasa Melayu tinggi di dalam kelas. Masalah ini perlu diatasi segara agar guru mampu memupuk nilai dan kepentingan menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam petuturan iaitu komunikasi dan penulisan. Percakapan sebenarnya mempengaruhi penulisan. Oleh itu, guru sangat memainkan peranan penting dalam mendidik murid menggunakan bahasa yang betul dalam percakapan berpandukan cara guru bercakap dan menulis ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
2.6 Pencerapan 3
2.7 Pencerapan 4
3.0 Model Pembelajaran
            3.1 Model Konstruktivisme                        (Pencerapan daripada guru pembimbing 1)
            3.2 Model KWLH                                      (Pencerapan Penyelia Praktikum 1)
            3.3 Model Koperatif                                   (Pencerapan daripada guru pembimbing 2)
            3.4 Model Pengajaran Langsung/Eksplisit (Pencerapan daripada guru pembimbing 3)
            3.5 Model Koperatif                                   (Pencerapan Penyelia Praktikum 2)
4.0 Objektif kajian
Objektif kajian tindakan ini dilakukan adalah untuk memperbaiki dan menambah baik kekurangan dalam pengajaran yang telah dilakukan. Kemudiannya kesilapan yang telah dikenal pasti itu diperbaiki dan dimurnikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.  Objektif ini lebih berfokus teknik memberi rangsangan kepada murid, dan teknik penyoalan yang berkesan ketika sesi pengajaran berlangsung. Sebagai tambahan, saya melihat bahawa saya perlu memperbaiki dan mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu tinggi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

5.0 Kumpulan sasaran
Murid yang terlibat dalam pelaksanaan pengajaran ini adalah murid sekolah SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor iaitu seramai 52  orang murid dan kemudiannya dibahagiakan kepada dua buah kelas iaitu kelas 4 Bumi seramai 27 orang, dan 4 Zuhrah seramai 25 orang murid. Pemantauan akan berubah – ubah mengikut kehendak guru pembimbing, beliau berkemungkinan akan memantau kelas 4 Bumi atau 4 Zuhrah mengikut waktu yag bersesuaian dan topik pembelajaran yang bakal diajar. Kemampuan dan kebolehan kedua – dua kelas ini adalah sangat berbeza. Hal ini kerana, murid 4 Bumi lebih cekap berbanding murid dari kelas 4 Zuhrah namun mereka kelihatan lebih pasif, berbeza dengan murid 4 Zuhrah, mereka berada pada tahap sederhana namun mereka kelihatan lebih aktif dan lebih berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

6.0 Pelaksanaan kajian
            Bagi bahagian pelaksanaan kajian, saya memilih untuk memperbaiki daripada pencerapan 1 dan 2 oleh penyelia praktikum saya iaitu Prof. Dr. Mahzan Bin Arshad. Gelungan pertama mewakili penyeliaan pertama  dan gelungan kedua mewakili penyeliaan pada kedua oleh penyelia praktikum saya. Pelaksanaan kajian dibuat mengikut fasa-fasa gelungan kajian tindakan seperti yang berikut:
·         Merancang
·         Melaksana
·         Mencerap
·         Menganalisis data dan mereflek

Gelungan 1 ( Penyeliaan Pertama )
           
6.1       Merancang
Berdasarkan kaedah merancang, saya telah berkongsi idea dan berbincang dengan guru pembimbing untuk topik yang sesuai bagi sesi seliaan pertama saya ini. Guru pembimbing memberikan sedikit panduan pada penyeliaan beliau yang pertama, dari situ, saya gunakan segala ilmu yang diberikan dan curahkan untuk melaksanakan dan mengkayakan lagi aktiviti pembelajarn yang berlangsung selama 40 minit. Puan Hajah Nora mencadangkan supaaya saya melaksanakan pembelajaran rumusan, kerana sesi pembelajarannya tidak mengambil masa yang begitu lama dan boleh diselesaikan sepenuhnya selama 40 minit. Antara aktiviti yang telah saya pilih adalah dengan melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid. Di mana pembelajaran seperti ini sangat membantu dalam meningkatkan kefahaman murid terutamanya dalam teknik mengarang rumusan dan mengesan isi tersurat serta tersirat. Selain itu, ketika penyeliaan 1 berjalan saya menggunakan pendekatan yang sama saya praktikan dalam kelas rumusan sebelum ini, saya cuba memperbaiki pengajran rumusan saya hari demi hari bagi memastikan murid sentiasa boleh menyesuaikan diri dengan aktiviti dan melaksanakan tugasan yang diberikan secara teliti dan tepat mengikut arahan guru. Pada seliaan pertama ini, saya mendapati bahawa murid sudah boleh melaksanakan tugsan yang diberikan serta dapat memberikan komitmen yang baik dalam pelaksanaan aktiviti. Berdasarkan jadual di bawah, dapat dilihat bahawa saya telah melaksanakan sesi pengajaran pembelajaran berlandaskan fasa yang telah saya rancang sebaiknya.

Fasa & Objektif Fasa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
5 Minit

        i.            Guru mewujudkan kesediaan murid
      ii.            Guru bertanya khabar
    iii.            Guru mencungkil pandangan murid melalui teknik penyoalan.
-          Mengapakah kebelakangan ini cuaca di negara kita semakin panas?
    iv.            Guru menunjukkan sebuah replika hutan, guru menunjukkan demonstrasi dengan mencabut pokok – pokok yang terdapat pada replika tersebut.
-          Murid di berikan peluang mencabut pokok tersebut.
      v.            Guru bertanyakan soalan :
-          Apakah kata kerja yang sesuai dengan aktiviti yang rakan kamu sedang jalankan?
    vi.            Kemudian guru menjelaskan akan topik pembelajaran pada hari ini berkenaan dengan tajuk Kemusnahan Hutan.


Fasa 1 : K – Apakah yang diketahui oleh pelajar tentang tajuk teks yang akan dibaca?
4 Minit

Pelajar mencuba menyatakan pengetahuan mereka tentang tajuk teks yang akan dibaca berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

        i.            Guru memberikan murid helaian petikan dan juga lembaran kerja KWLH.
      ii.            Murid diminta untuk meneka tajuk utama berkenaan teks tersebut.
    iii.            Guru membuka soalan kepada murid dan meminta murid secara sukarela menjawab soalan yang diajukan.
-          Pada pendapat kamu apakah punca – punca kemusnahan hutan?
-          Pernahkah kamu melihat aktiviti penebangan hutan yang berleluasa?
    iv.            Seterusnya murid diminta untuk mencatatkan maklumat yang dinyatakan oleh rakan mereka ke dalam ruangan K.


Fasa 2: W – Apakah maklumat yang hendak dicari dari teks yang akan dibaca?
10 Minit

Pelajar membuat penyenaraian maklumat yang ingin dicari dalam teks yang akan dibaca berdasarkan telahan mereka terhadap tajuk teks tersebut.

        i.            Guru kemudiannya meminta seorang lagi murid secara sukarela membaca soalan daripada petikan yang diberikan.
      ii.            Seterusnya, murid lain dipilih secara rawak untuk menyatakan semula kehendak soalan dan murid tersebut perlu menampalkan papan kehendak soalan pada bahagian pokok peta.
    iii.            Guru seterusnya menerangkan berkenaan format menulis rumusan yang baik.
    iv.            Guru seterusnya menerangkan berkenaan format menulis rumusan yang baik.
      v.            Setelah itu, setiap orang murid perlu mencatatkan kehendak soalan tersebut pada ruangan W.



Fasa 3: L – Apakah yang telah dipelajari oleh mereka daripada teks yang dibaca?
15 Minit

  • Pelajar membaca teks secara teliti.
  • Pelajar mencuba mendapatkan maklumat yang telah tersenarai dalam Fasa 2.
  • Pelajar menyenaraikan semula maklumat yang tidak dapat diperoleh dalam teks yang dibaca.

         i.            Guru meminta 2 orang murid secara sukarela membacakan petikan yang diberikan.
( Guru menampalkan BBM pada papan putih )

       ii.            Murid lain pula ditugaskan untuk mengesan isi tersurat dan menggariskan isi tersurat tersebut.
     iii.            Kemudian, guru membangkitkan pengetahuan tatabahasa murid dengan mengajukan beberapa maksud istilah dan maksud peribahasa yang terdapat di dalam petikan yang dibaca oleh rakan mereka.
-          Pemuliharaan
-          Gondol
-          Tragedi
-          Lestari
-          Padang jarak, padang tekukur
     iv.            Setelah itu, 6 orang murid dipilih untuk mencatatkan isi tersurat yang mereka perolehi pada papan putih.
       v.            Seorang murid pula secara sukarela diminta untuk menjana sebuah pendahuluan ringkas berkenaan tajuk rumusan dan mencatatkannya pada papan putih.
     vi.            Guru menjelaskan penggunaan penanda wacana dalam menjadikan ayat demi ayat itu memiliki kesinambungan yang baik.
-          Seterusnya, walaupun, selain itu, natijahnya, akibatnya, juga, oleh sebab itu, dan hal ini demikian kerana.
   vii.            Guru dan murid kemudiannya melaksanakan perbincangan berkenaan isi tersirat iaitu berkenaan langkah – langkah pemuliharaan hutan.
-          Penghutanan semula : Pokok jati, pain ditanam di kawasan yang telah dibalak. Pokok ini matang dan boleh ditebang dalam masa 10 – 15 tahun.
-          Ladang hutan : Kerjasama daripada pihak kerajaan atau pun swasta. Pokok yang ditanam adalah pokok yang tahan daripada serangan penyakit.
-          Pengurusan lestari : Pokok yang matang sahaja ditebang. Rawatan silvikultur.


Fasa 4: H – Bagaimanakah  maklumat yang belum terjawab dapat diperoleh
5 Minit

  • Pelajar mencadangkan sumber lain untuk mendapatkan maklumat yang dicari.
  • Pelajar mencuba mencari sumber lain untuk mendapatkan maklumat yang belum diperoleh.

        i.            Seterusnya, guru memperkenalkan teknik SAM untuk membina penutup yang ringkas dan padat bagi rumusan yang telah dihasilkan.
      ii.            Murid diminta mencatatkan teknik menulis penutup tersebut pada ruangan H.
    iii.            Guru kemudiannya menggunakan teknik menyoal murid berkenaan :-
-          Selain daripada membaca petikan ini, dari manakah lagi sumber yang kamu boleh gunakan untuk mengesan isi tersirat tambahan yang lain?
    iv.            Guru meminta murid mencatatkan sumber yang dijelaskan oleh rakan mereka di dalam ruangan H.

Penutup Kognitif :
3 Minit

        i.            Guru meminta murid merumuskan pembelajaran hari ini.
      ii.            Guru memberikan motivasi kepada murid berkenaan pemeliharaan hutan.
-          Janganlah suatu hari nanti kita tinggal di kawasan hutan konkrit.
    iii.            Guru merumuskan pembelajaran pada hari ini dan meminta murid membina rumusan penuh dan menjawab soalan pemahaman yang diberikan.


Murid dapat dikenalpasti tahap kemampuan mereka mencerap pembelajaran berdasarkan penjelasan guru pembimbing akan tahap penerimaan murid dalam kelas – kelas sebelumnya. Murid kelas yang dipantau ini adalah murid daripada kelas keempat daripada 5 buah kelas. Mereka agak lambat untuk menerima sesuatu pembelajaran dan melaksanakan aktiviti yang diberikan, namun mereka dapat mengikuti pengajaran saya dengan terancang berpandukan penerangan satu persatu yang telah saya berikan ketika sesi pengajaran dan pemeblajaran. Bagi saya, penjelasan yang bermakna itu penting agar murid ketahui perkara yang sewajarnya mereka mampu lakukan untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Jika dibandingkan murid daripada kelas pertama iaitu 4 Bumi kelihatan lebih baik dalam penguasaan penulisan karangan berbanding murid kelas keempat ini iaitu 4 Zuhrah. Selain itu, saya juga mendapatkan bantuan guru pembimbing untuk menyemak semula rancangan pengajaran saya bagi memastikan rancangan pengajaran tersebut betul – betul bersesuai untuk penyeliaan pertama saya dengan pensyarah. Saya memilih bahagian rumusan untuk dibincangkan. Jika dilihat daripada bahagian perancangan ketika sesi pengajaran, semuanya berjalan dengan lancar. Prof menyatakan bahawa saya kena mencari idea baharu dalam menjadikan murid memahami kemahiran mengesan isi tersurat tersebut. Hal ini kerana, apabila murid dapat membentuk kemahiran mengesan isi tersurat maka dalam apa jua soalan yang mereka akan temui, mereka akan mampu menjawab dengan baik dan tidak tersilap dalam membezakan isi tersurat dan huraian berdasarkan petikan tersebut. Kemahiran tersebut bukan setakat digunakan dalam menulis rumusan, tetapi kemahiran tersebut juga digunakan untuk penguasaan bahagian lain dalam pembelajaran bahasa Melayu. Murid kemudiannya perlu diukur dengan pengaplikasian kemahiran tersebut setelah ianya dipraktikan secara berkala. Pengaplikasian ini penting dalam menilai sama ada mereka boleh menerima cara kemahiran tersebut diajar atau pun tidak.
                                i.            Penyelidik  mengkaji literatur yang berkaitan;
Selain itu, saya turut mendapatkan pendangan guru bahasa Melayu sekolah ini tentang pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan murid. Hal ini dijadikan sebagai rujukan bagi kami mendapatkan sedikit gambaran awal berkenaan kemampuan murid, kebolehan dan tahap pengetahuan sedia ada yang telah dimiliki oleh pelajar. Berdasarkan kajian tindakan saya dapat dilihat bahawa, guru yang memberikan pendapat pandangan dan berkongsi idea tentang pengawalan kelas dan sebagainya ini sangat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sedikit sebanyak saya sudah mendapat gambaran awal akan persekitaran kedua – dua kelas tersebut.

·         Berbincang dengan guru pembimbing tentang pelaksanaan kajian :
o   Masa kajian/seliaan
Masa kajian dijalankan adalah 40 minit, kelas pertama kendalian saya adalah sebelum waktu rehat bermula jam 8.10 pagi hingga 8.50 pagi. Waktu ini adalah waktu sebelum rehat dan waktu murid mulai mengantuk, dan saya dapat melihat bagaimana fokus murid perlu diseimbangkan bagi memastikan minda mereka tidak tersasar daripada topik pembelajaran. Namun begitu, murid kelihatan lebih bersemangat dan ingin mencuba menjawab dan berinteraksi dengan baik di dalam kelas. Murid dapat mengesan isi tersurat menggunakan kaedah yang telah diajarkan sebelum ini.

o   Murid yang terlibat
Murid yang terlibat dalam penyeliaan pertama ini adalah pelajar kelas 4 Zuhrah yang memiliki jumlah murid seramai 25 orang. Terdapat 2 orang murid berbangsa Cina, dan selebihnya adalah murid berbangsa Melayu yang rata – ratanya penduduk setempat.

o   Kemahiran fokus
Kemahiran berfikir, kemahiran menjana idea,  kemahiran menyoal, kemahiran bercerita, dan kemahiran menerang.

o   Pendekatan/Model/Kaedah pengajaran

Model yang digunakan adalah model KWLH yang mengandungi 5 fasa iaitu :
                                                                                                        i.            Set Induksi : Menarik minat pelajar    5 Minit
                                                                                                      ii.            Fasa 1 : K – Apakah yang diketahui oleh pelajar tentang tajuk teks yang akan dibaca?                        4 Minit
                                                                                                    iii.            Fasa 2 : W – Apakah maklumat yang hendak dicari dari teks yang akan dibaca?                         10 Minit
                                                                                                    iv.            Fasa 3 : L – Apakah yang telah dipelajari oleh mereka daripada teks yang dibaca?                        14 Minit
                                                                                                      v.            Fasa 4 : H – Bagaimanakah  maklumat yang belum terjawab dapat diperolehi?                         4 Minit
                                                                                                    vi.            Penutup Kognitif :                              3 Minit

o   Alat bantu
§  Papan putih
§  Lembaran Kerja ( Petikan, Peta KWLH )
§  Replika hutan
§  Peta Pokok
§  Papan kehendak soalan
§  Kertas sebak format penulisan rumusan
§  Marker
Ø  Alat yang digunakan untuk memungut data (wajib dan dijadikan lampiran dalam laporan nanti)

o   Perancangan pengajaran dan sebagainya
Perancangan pengajaran dibuat dengan teliti bagi memastikan masa yang diperuntukkan itu dikuasai sepenuhnya serta objektif yang dibina dapat dicapai sebaiknya. Aktiviti pengajaran berjalan dengan baik, guru menyediakan teks dan juga berpandukan rancangan pengajaran harian bagi memastikan guru sentiasa berada pada langkah yang betul pada waktu yang telah ditetapkan agar pembelajaran tampak lebih lancar. Bahan bantu mengajar yang digunakan juga disusun mengikut fasa pengajaran bagi memastikan guru tidak lupa akan perancangan masa dalam menguruskan bahan bantu mengajar yang telah disediakan.

·         Penyelidik membuat perancangan secukupnya untuk mengajar.
Perancangan yang secukupnya dibuat, segala pengurusan bahan bantu mengajar dapat dilaksanakan mengikut fasa. Penyelidik memastikan waktu yang digunakan sentiasa bersesuaian dengan fasa yang telah dibina.

6.2       Melaksana
            Ketika pelaksanaan pengajaran untuk penyeliaan pertama ini, saya dapat melihat bahawa pelaksanaan fasa berpandukan masa memainkan peranan penting dalam kejelasan pengajaran topik pada hari tersebut. Berdasarkan pemerhatian, dilihat bahawa, fasa 1 berjalan dengan baik dalam mencungkil pemahaman dan pengetahuan sedia ada murid berkenaan faktor kepada kemusnahan hutan. Fasa 1 membincangkan tentang apakah yang diketahui oleh pelajar tentang tajuk teks yang akan dibaca?. Murid dibantu dengan teknik penyoalan di mana guru memberikan soalan yang membolehkan murid mengulang semula kehendak soalan yang telah dibaca oleh wakil murid yang sukarela. Kemudian murid perlu memberikan pandangan berdasarkan soalan yang diajukan oleh guru berkenaan dengan kemusnahan hutan tersebut. Begitu juga dengan fasa 2 hingga ke fasa 5 (W – H), guru meminta murid membacakan petikan yang diberikan dan meminta murid lain menyemak petikan yang dibaca oleh rakan mereka. Berdasarkan aktiviti ini, murid dapat menumpukan perhatian untuk  mengesan        isi tersurat menggunakan kemahiran yang mereka miliki pada sesi pembelajaran sebelum ini. Guru juga menjalankan pengajaran berdasarkan rancangan pengajaran model KWLH. Model ini melibatkan pembelajaran berpusatkan murid di mana murid mencatatkan pengetahuan yang mereka ada K – knowledge  ( pengetahuan ), kemudian memahami kehendak soalan W – what  ( apa ), seterusnya mengesan isi tersurat dan tersirat untuk bahagian L – learn  ( belajar /perolehi ) dan mengakhirkan pencarian maklumat mengikut klasifikasi soalan pada bahagian H atau pun How ( bagaimana ). Kemudiannya saya dan membuat penilaian ringkas berkenaan kekuatan dan kelemahan saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat, banyak masalah penggunaan bahasa pasar yang masihsaya belum atasi. Selain itu, saya juga kurang prihatin akan bahasa yang murid sendiri gunakan sama ada bahasa standard atau bahasa rojak. Penggunaan bahasa tinggi amatlah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, hal ini guru adalah cerminan utama dalam memastikan bahawa murid mampu mempelajari bahasa Melayu dengan baik dan mempunyai contoh guru yang baik dalam berbahasa. Saya juga meneliti kelemahan berdasarkan refleksi yang dinyatakan oleh Prof. ketika akhir pembelajaran. Berdasarkan kenyataan yang ditulis oleh Prof. pada borang itulah dapat saya nilai dan memahami kesilapan yang kami lakukan dalam sesi pengajaran.
6.3       Mencerap
            Saya kemudian mencerap dan memungut data berdasakan alat kajian yang dipersetujui, iaitu menggunakan borang penilaian yang penyeliaan saya yang telah dicatat oleh Prof.. Borang penilaian tersebut menjadi bukti dan data yang boleh membantu saya dalam memperbaiki kekurangan yang ada. Selain itu, guru pembimbing juga ada memberikan nasihat tambahan dalam memastikan bahawa saya mamapu mengajar dengan baik sama ada ketika seliaan atau selepas sesi penyeliaan dan pada alam reality. Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat daripada beberapa orang guru pembimbing dan penyelia praktikum saya. Begitu juga dengan motivasi membina bagi memastikan bahawa saya sentiasa meningkatkan pengajaran dengan menggunakan pelbagai teknik penagajarn dan menarik minat murid untu fokus dalam kelas. Selain itu, penyelia juga ada menasihatkan bahawa untuk menjadi seorang guru, saya haruslah bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran kelak. Borang penilaian saya telah dilampirkan dalam buku/fail rancangan pengajaran saya sebagai rujukan untuk penambahbaikan dan untu seminar refleksi kelak.
6.4       Menganalisis data dan mereflek
            Saya menganalisis dan membuat refleksi akan diri saya sama ada, terdapat berlakunya kesilapan atau pun tidak. Refleksi yang diberikan Prof. ketika seliaan pertama ini sangat membantu dalam meningkatkan teknik terbaharu dalam pengajaran saya. Saya dijelaskan agar sentiasa membawa teknik baharu dalam penyampaian setiap waktu pengajaran agar murid tidak bosan dan seronok melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga disarankan agar meningkatkan kemahiran menjawab dan mengesan isi tersurat  dengan cara yang betul agar mereka seterusnya boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam menjawab soalan peperiksaan kelak. Seterusnya Prof, juga ada menyatakan bahawa, saya juga perlu sentiasa membetulkan niat dan keinginan ketika mengajar murid di sekolah. Keikhlasan adalah perkara yang sangat penting dalam memastikan murid sentiasa dekat dan boleh menerima setiap pengajaran saya. Berdasarkan penelitian ini, dapat dilihat bahawa, saya akan memperbaiki segala kelemahan dan meningkatkan kualiti pengajaran yang ada pada sesi penilaian kedua akan datang. Selain itu, terdapat juga idea – idea baharu yang saya perolehi bagi memastikan bahawa pengajaran saya sentiasa interaktif, contohnya, Prof. menginginkan saya mengajar KOMSAS menggunakan teknologi maklumat ( TMK ) pada seliaan yang akan datang. Beliau ingin melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan TMK dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS sebagai bahagian yang menarik ,berkesan, dan mampu diingati oleh murid.





Gelungan 2 ( Penyeliaan kedua )

6.5       Merancang
Pada seliaan yang ketiga ini, saya memilih untuk menggunakan TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya memilih novel Melunas Rindu sebagai topik utama pengajaran pada hari ini. Sebelum ini, Prof. ada menyatakan bahawa pada seliaan pengajaran kali ini, beliau ingin saya menggunakan TMK sebagai bahan utama dalam pengajaran. Pada perancangan saya, saya ingin mengajar menggunakan powerpoint dan menggunakan 4 cabang multimedia utama iaitu teks, audio, dan video, namun saya tidak dapat membina animasi grafik untuk sesi pengajaran kali ini. Pengajaran kali ini pula saya laksanakan di dalam bilik bahasa Melayu SMK (P) Temenggong Ibrahim memandangkan bilik tersebut begitu kondusif, dan mempunyai peralatan yang cukup untuk pembelajaran secara interaktif. Selain itu, kedudukan murid juga disesuaikan secara berkumpulan bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti berkumpulan pada waktu tersebut. Berikut adalah senarai rancangan pengajaran saya untuk sesi seliaan kedua pada kali ini :
Fasa & Objektif Fasa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Cacatan
Set Induksi
5 Minit

        i.            Guru mewujudkan kesediaan murid.
      ii.            Guru memainkan muzik lagu ‘Ombak Rindu’
    iii.            Guru meminta murid menyanyikannya bersama – sama.
    iv.            Seterusnya guru bertanyakan murid akan nilai yang diperolehi dalam lagu tersebut dan mengaitkannya dengan persekitaran murid.
-          Kasih Sayang
-          Kegigihan
-          Kesyukuran
      v.            Guru menjelaskan berkenaan topik pembelajaran pada hari ini iaitu berkaitan dengan watak dan perwatakan, nilai dan juga pengajaran dalam novel Melunas Rindu.



Fasa 1 : Memberitahu
15 Minit
Pengenalan dan pembinaan isi kandungan


        i.            Guru meminta pandangan murid berkenaan makna perkataan melunas dan perkataan rindu.
-          Melunas : menyelesaikan
-          Rindu : ingin berjumpa seseorang.
      ii.            Guru kemudiannya mengaitkan tajuk novel dengan kisah yang terdapat dalam novel tersebut.
    iii.            Guru meminta seorang murid tampil kehadapan untuk menceritakan sinopsis novel Melunas Rindu yang telah di baca.
    iv.            Kemudian, guru menayangkan slaid tentang sinopsis sebenar novel Melunas Rindu.
      v.            Berdasarkan sinopsis tersebut, guru akan menyoal murid tentang elemen KOMSAS yang terdapat dalam sinopsis tersebut.
    vi.            Seterusnya guru menjelaskan berkenaan 5 elemen KOMSAS yang utama menggunakan slaid iaitu :
-          Tema/Persoalan
-          Plot
-          Watak dan perwatakan
-          Latar
-          Nilai
-          Pengajaran
  vii.            Guru kemudiannya menjelaskan teknik mencipta pantun yang baik kepada murid.



Fasa 2 : Transisi
5 Minit
Guru menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi















Teknik Adaptasi

        i.            Kemudian guru meminta murid membentuk 5 buah kumpulan.
      ii.            Guru memberikan sebuah kotak yang mengandungi 5 kertas warna berbeza dan meminta murid mencabut warna – warna tersebut :
-          Biru : Tema/Teknik dan plot
-          Jingga : Watak
-          Hijau : Latar
-          Ungu : Nilai
-          Kuning : Pengajaran
    iii.            Murid diminta berkumpul mengikut warna masing – masing dan membincangkan topik yang telah dinyatakan.
    iv.            Setiap kumpulan haruslah menguasai 1 bahagian dalam komponen sastera iaitu :-
-          Tema/plot
-          Watak dan perwatakan
-          Latar
-          Nilai
-          Pengajaran
      v.            Kemudian murid diminta untuk mengesan setiap elemen KOMSAS daripada novel Melunas Rindu dan menguasainya komponen tersebut.
    vi.            Kemudian, mereka juga perlu membina serangkap pantun berdasarkan pembahagian kumpulan :

-          1 : Pantun Tema/persoalan
-          2 : Pantun Watak
-          3 : Pantun Latar
-          4 : Pantun Nilai
-          5 : Pantun Pengajaran

  vii.            Setelah itu, murid diminta untuk menyampaikan maklumat yang telah diperolehi daripada pembacaan kepada rakan sekumpulannya.
viii.            Ketika sesi perkongsian maklumat dijalankan, murid lain diminta untuk mencatat maklumat tersebut dalam peta minda yang telah diberikan.
    ix.            Kemudian pantun tersebut akan dicantumkan, menjadi satu cerita berkenaan novel tersebut. Hal ini bermakna setiap kumpulan akan menghasilkan 1 rangkap pantun yang berbeza mengikut komponen KOMSAS yang telah diberitahu.
      x.            Pantun tersebut akan dicatatkan dalam kertas sebak yang diberikan oleh guru.


Fasa 3 : Kerja kumpulan
25 Minit
Guru memantau dan membantu usaha pelajar

        i.            Guru memberikan kertas sebak, dan kad manila kepada murid.
      ii.            Murid diberikan masa selama 25 Minit untuk melaksanakan perbincangan.
    iii.            Seterusnya, guru memantau dan membantu murid dalam melaksanakan tugasan tersebut.


Fasa 4 : Penilaian
25 Minit
Setiap individu terlibat

        i.            Guru mengedarkan peta minda kepada murid.
      ii.            Seterusnya, guru meminta setiap kumpulan menghantarkan seorang wakil ke hadapan dan membentangkan bahagian KOMSAS yang dikaji dan juga pantun novel Melunas Rindu yang telah dihasilkan.
    iii.            Kumpulan yang dapat menghasilkan pantun yang baik dikira sebagai pemenang.



Penutup Kognitif :
5 Minit

         i.            Murid dapat merumuskan pembelajaran pada hari ini.
       ii.            Guru memberikan sedikit motivasi berkenaan nilai – nilai murni yang terdapat dalam novel Melunas Rindu.
     iii.            Guru meminta murid melengkapkan peta minda yang telah diberikan.
     iv.            Guru menamatkan kelas dengan serangkap pantun.
Jauh terpisah cinta Farhana,
Utuh jua kasih seorang ibu,
Andai takdir sudah dipena,
Tuhan sahaja menjadi penentu,


Saya menyasarkan segala aktiviti dan keperluan pengajaran dapat digunakan dan dilaksanakan sepenuhnya. Hal ini bagi memastikan saya membuat perubahan akan setiap perkara yang perlu diperbaiki sebelum ini, seperti pelaksanaan fasa dan juga penguasaan masa dalam sesi pengajaran. Masa amatlah penting untuk dipatuhi kerana masa akan membawa guru mencapai objektif mengikut ketetapan yang telah dirancang dalam rancangan pengajaran. Berdasarkan pengajaran pada kali ini, murid kelihatan lewat 2 minit untuk masuk ke kelas. Perkara ini memerlukan saya untuk mengawal masa set induksi saya dan mengurangkannya kepada 3 minit. Jika saya tidak mengurangkan waktu set induksi, maka waktu untuk langkah lain juga akan tertunda dan boleh menyebabkan obejktif pembelajaran tidak tercapai. Saya sebaik – baiknya cuba untuk mengatasi masalah kekurangan masa tersebut bagi memastikan objektif pengajaran hari ini dapat dicapai seiring dengan kenyataan yang telah dicatat pada rancangan pengajaran harian.
                              ii.            Penyelidik  mengkaji literatur yang berkaitan;

·         Berbincang dengan guru pembimbing tentang pelaksanaan kajian :
o   Masa kajian/seliaan
Masa kajian/seliaan berjalan selama 80 minit, berbeza dengan seliaan pertama yang hanya mengambil satu masa sahaja iaitu 40 minit. Kelas bermula pada jam 7.30 pagi hinggan 8.50 pagi. Waktu ini adalah waktu kedua dan ketiga selepas program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) pada awal pagi. Saya sentiasa memikirkan akan cara untuk menarik semangat mereka untuk mulakan pembelajaran memandangkan kelas bermula pada awal pagi.

o   Murid yang terlibat
Murid yang terlibat dalam penyeliaan kedua ini adalah pelajar kelas 4 Bumi yang memiliki jumlah murid seramai 27 orang. Terdapat 17 orang murid berbangsa Cina, dan 10 orang murid berbangsa Melayu yang rata – ratanya penduduk setempat. Murid kelas terdiri daripada murid cemerlang bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 yang lalu. Sungguhpun murid kelas ini kebanyakannya berbangsa Cina, namun mereka memiliki penguasaan bahasa Melayu yang sangat baik.

o   Kemahiran fokus
Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara kritis.

o   Pendekatan/Model/Kaedah pengajaran

Model yang digunakan adalah model koperatif yang mengandungi 5 fasa iaitu :
Ø  Set Induksi.                                                           5 Minit
Ø  Fasa 1 : Memberitahu – Pengenalan dan pembinaan isi kandungan.                                                  15 Minit
Ø  Fasa 2 : Transisi Guru menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi.                                                5 Minit
Ø  Fasa 2 : Transisi Guru menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi.                                                5 Minit
Ø  Fasa 3 : Kerja kumpulan Guru memantau dan membantu usaha pelajar.                                                    25 Minit
Ø  Fasa 4 : Penilaian Setiap individu terlibat.         25 Minit
Ø  Penutup Kognitif :                                                5 Minit

o   Alat bantu
§  Papan putih
§  Lembaran Kerja ( Peta Minda )
§  Gitar
§  Kertas Sebak
§  Kad manila
§  Komputer
§  LCD
§  Marker
Ø  Alat yang digunakan untuk memungut data (wajib dan dijadikan lampiran dalam laporan nanti)

o   Perancangan pengajaran dan sebagainya
Perancangan pengajaran dibuat dengan teliti bagi memastikan masa yang diperuntukkan itu dikuasai sepenuhnya serta objektif yang dibina dapat dicapai sebaiknya. Aktiviti pengajaran berjalan dengan baik, guru menyediakan teks dan juga berpandukan rancangan pengajaran harian bagi memastikan guru sentiasa berada pada langkah yang betul pada waktu yang telah ditetapkan agar pembelajaran tampak lebih lancar. Bahan bantu mengajar yang digunakan juga disusun mengikut fasa pengajaran bagi memastikan guru tidak lupa akan perancangan masa dalam menguruskan bahan bantu mengajar yang telah disediakan. Momentum bahagian ini dikekalkan seperti pada penyeliaan pertama penyelia praktikum.

·         Penyelidik membuat perancangan secukupnya untuk mengajar.
Perancangan yang secukupnya dibuat, segala pengurusan bahan bantu mengajar dapat dilaksanakan mengikut fasa. Penyelidik memastikan waktu yang digunakan sentiasa bersesuaian dengan fasa yang telah dibina.


6.6       Melaksana
            Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ( PdP) pada kali ini memberikan saya satu dimensi baharu kerana saya berada dalam proses memperbaiki kualiti pengajaran saya berpandukan kelemahan – kelemahan yang saya ketahui daripada komen guru pembimbing dan juga penyelia praktikum. Berdasarkan seliaan guru pembimbing, beliau banyak menjelaskan agar memperbaiki kawalan masa, mematuhi fasa pengajaran, kemahiran memberikan rangsangan kepada murid dan menggunakan bahasa Melayu tinggi dalam sesi pengajaran. Kemudian berdasarkan komen pensyarah, beliau menyarankan agar saya meningkatkan lagi mutu pengajaran dengan mengajar murid akan kemahiran – kemahiran tertentu bersesuaian dengan soalan yang bakal mereka jawab. Bertepatan dengan tujuan saya dalam mencapai objektif dan juga memperbaiki kelemahan saya, saya menyusun sebuah teks bagi memudahkan saya membuat rujukan dan membolehkan saya mengawal masa mengikut aktivit serta memandu saya melaksanakan sebuah penerangan yang baik. Sebelum ini, pada seliaan pertama saya juga ada menyediakan teks bagi sesi pengajaran saya agar setiap langkah lebih terarah dan tersusun. Kemudian, begitu juga pada bahagian penyeliaan kedua ini, saya menyediakan teks berpandukan langkah – langkah dalam rancangan pengajaran harian yang telah saya bina. Jelasnya, teks atau skrip pengajaran tersebut sangat membantu saya membolehkan setiap perkara yang saya rancang pada fasa – fasa tersebut mencapai objektif fasa tersebut. Sebagai contoh saya ada menggunakan teknik penyoalan dan juga menjana idea pada bahagian set induksi, saya seterusnya menyediakan soalan yang ingin diajukan. Perkara ini bukan sahaja membentuk pengajaran saya lebih holistik malah membantu saya mencapai objektif fasa yang telah saya catat pada bahagian awal rancangan pengajaran tersebut. Selain itu, skrip sangat membantu saya dalam mengunakan bahasa Melayu tinggi dan membolehkan saya sentiasa mengingati soalan yan bakal diajukan kepada murid sebagai satu rangsangan agar minda murid sentiasa berada di dalam kelas dan fokus. Susunan langkah yang telah saya pindahkan dalam bentuk teks membantu saya mengawal setiap kelancaran pelaksanaan pengajaran. Bagi bahagian kejelasan memberikan arahan, saya menggunakan langkah bernombor contohnya :



F2

-          Baik, adalah kamu faham akan teknik menulis PANTUN tersebut?
-          Seterusnya, kita akan mengadakan 2 aktiviti dalam 1 masa…
-          Sila dengar dengan jelas dan berikan tumpuan sepenuhnya.
-          1. Baik yang pertama, saya akan serahkan KOTAK MISTERI ini, haha misteri sangat! Haha… di dalam kotak ini terkandung kertas berwarna, sila ambil kertas berwarna tersebut dan duduk  mengikut warna yang telah kamu perolehi. Pastikan! Setiap kumpulan mempunyai berlainan bangsa, iaitu bercampur antara murid berbangsa Melayu dan juga Cina.
-          2. Kedua, kamu dikehendaki membuat satu pembentangan berkenaan :
-          Tema/plot
-          Watak dan perwatakan
-          Latar
-          Nilai
-          Pengajaran
-          Baik, setelah itu, sila berbincang akan maklumat yang kamu perolehi dan berikan contoh pada setiap maklumat yang kamu perolehi ketika sesi pembentangan,
-          Kamu digalakkan menggunakan teknik peta minda dalam pembentang sebentar nanti.
-          3. Seterusnya, setelah selesai mencari maklumat, saya ingin  kamu membina SERANGKAP PANTUN, berpandukan ELEMEN KOMSAS yang kamu laksanakan.
-          Pantun yang menarik apabila kamu mampu menyelitkan, maklumat tersebut dalam bentuk kata yang PUITIS dan INDAH bagi memastikan pantun kamu tampak menarik dan juga berinformasi.
-          Setiap kumpulan perlu membina serangkap pantun sahaja.
-          Setelah itu, kamu akan melaksanakan pembentangan aktiviti yang telah kamu lakukan dihadapan kelas.
-          Boleh?


6.7       Mencerap
Ketika sesi penyeliaan kedua ini berjalan, saya secara tidak langsung mencerap kemampuan murid dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Hal ini kerana, sebelum penyeliaan kedua ini berjalan, saya telah pun mengaplikasikan rancangan pengajaran yang sama pada kelas 4 Zuhrah, dan murid mengalami kesukaran untuk melaksanakan tugasan dan tidak dapat menerima arahan dengan jelas. Oleh itu, saya cuba memperbaiki bahagian penerangan dan juga memurnikan semula rancangan pengajaran ini bagi memastikan ianya mudah dan ringkas serta aktiviti  pembelajaran yang dilaksanakan tampak lebih sesuai dan relevan dengan topik pembelajaran. Memandangkan kelas 4 Bumi memiliki ramai murid berbangsa Cina, mungkin mereka akan mengalami sedikit kesulitan untuk mencipta pantun, dan saya telah menjelaskan bahawa, setiap kumpulan perlu memiliki beberapa orang murid Melayu bagi bersama – sama membantu dalam menjana idea membina pantun berdasarkan elemen sastera yang diberikan. Pencerapan awal yang dijalankan pada kelas 4 Zuhrah sebelum ini membantu agar saya memperbaiki setiap rentak pengajaran bagi memastikan murid mampu mencapai obejktif pembelajaran pada hari ini. Pemerhatian dijalankan secara berkala dengan memantau murid melaksanakan kerja berkumpulan ketika Fasa 3 : Kerja Kumpulan. Saya juga menggunakan teknik penyoalan dengan bertanyakan kepada murid akan masalah yang mereka hadapi dalam melaksanakan aktiviti yang telah diberikan. Soalan yang diajukan sebenarnya membantu memudahkan saya mencerap perkara dan masalah yang timbul dalam aktiviti pembelajaran ini.

6.8       Menganalisis data dan mereflek
Saya menganalisis data dan melaksanakan refleksi berpandukan pencerapan penerimaan pembelajaran murid dan juga nasihat dan bimbingan daripada Prof.  . Saya telah mengadaptasi dan mengelolakan idea dan pandangan Prof. untuk melihat penggunaan ICT dalam pengajaran pada seliaan kedua ini. Saya telah menggabungkan penggunaan ICT dan juga pembelajaran KOMSAS bagi menarik perhatian murid. Kemudiannya saya telah menggunakan lirik lagu sebagai satu bahan bagi membolehkan murid dapat mengingat kembali dan satu teknik ulang kaji yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, saya mendapati, terdapat kesilpan pada bahagian pembentangan. Saya sewajarnya memberikan ruang kepada murid untuk menyelesaikan sepenuhnya bahan pembentangan mereka sebelum masuk ke bahagian penilaian. Murid juga dilihat dapat mengulang kaji pembelajaran dalam suasana yang kondusif dan menyeronokkan. Mereka lebih mudah menerima pembelajaran hari ini yang saya  beri sedikit nafas baharu dalam pengajaran KOMSAS yang sebelum ini dianggap bosan dan menyukarkan. Seterusnya, penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan TMK juga sebenarnya sangat sesuai dengan pembelajaran KOMSAS. Hal ini kerana, penyampaian lebih jelas berbanding pengajaran konvensional. Murid boleh mempelajari sesuatu bahan KOMSAS itu berpandukan tontonan video lakonan, montaj dan juga bahan berbentuk audio. Saya mengetengahkan pengajaran berasaskan montaj atau video berteks dan kemudiannya saya menggunakan powerpoint untuk menjalankan pembentangan. Aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik, murid dapat mengulang kaji, dapat membina pantun dan dapat mengimbas tema dan persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, nilai dan pengajaran novel Melunas Rindu. Objektif pengajaran tercapai.

7.0 Rumusan
Kesimpulannya, terdapat pebagai ilmu baharu yang kami perolehi hasil daripada perbincangan dalam merancang rancangan pengajaran baharu sehingga kepada respon daripada guru pembimbing dan penyelia praktikum. Terdapat beberapa teknik pengajaran yang dapat diperbaiki seperti teknik variasi rangsangan, dan teknik menerang. Kemudian, saya mencari alternative terbaharu bagi membolehkan pengajarn menjadi lebih menarik. Pelbagai lagi kekurangan kecil yang telah saya sendiri lakukan ketika seliaan kedua. Perkara ini menjadi pengajaran pada saya agar sentiasa peka ketika berada dalam sesi mengajar. Umumnya, ilmu yang diperolehi ini datang secara langsung dan tidak langsung berdasarkan persekitaran sesi pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diberikan oleh guru pembimbing dan penyelia telah saya jadikan sebagai panduan agar dapat saya perbaiki pada pengajaran yang berikutnya dan juga ketika melangkah ke alam persekolah selepas mendapat petempatan mengajar kelak.
8.0 Kajian selanjutnya
Berkemungkinan kajian seterusnya akan saya lakukan untuk melihat tahap penerimaan murid ketika mempelajarai sesuatu topik dengan menggunakan teknik dan kemahiran yang betul. Kemahiran menulis karangan dan menjawab soalan kefahaman rumusan mahupun KOMSAS. Saya akan mendidik murid cara menjawab dan memahami kemudian saya akan meminta murid mengaplikasikannya pada pembelajaran seterusnya. Saya ingin melihat sama ada kemahiran menjawab yang diajarkan tersebut berjaya atau pun masih perlukan pengukuhan Kemahiran menjawab ini penting bagi memastikan bahawa murid tahu akan cara menulis, merumus, mengesan jawapan dengan baik, daripada menghafal cara menulis karangan, dan menghafal jawapan – jawapan daripada skema jawapan yang diberikan. Pengajaran kemahiran menjawab soalan ini adalah perkara yang penting bagi memastikan murid dapat menerapkan dan sebati dalam diri dan menjadikan pembelajaran bahasa Melayu ini adalah pembelajaran sepanjang hayat.