Monday 21 January 2019

Pembahagian Waktu Mengajar BM KSSM

Pembahagian waktu mengajar KSSM dan cara saya menyediakan buku latihan murid.👩‍🏫

Kita sedia maklum waktu mengajar KSSM yg sebenar ialah 2+2+2+2 = 8 @ 4.0... Tetapi kebanyakkan sekolah hanya dapat buat 2+2+2+1 = 7 masa seminggu, atau 2+2+1+1 = 6 shj sbb kte kekurangan waktu. Selalunya sekolah yang buat 7 masa seminggu nie, 1 masa diperuntukkan 30 minit shj dan sk tersebut 2 sesi. Tp kalau macam sk sy 6 masa, 1 masa 35-40 minit bergantung pada hari. Jd ikut sk kte lah mcmne nak susun janji menepati kehendak yg sepatutnya.

2 masa - kemhiran mendengar bertutur
2 masa - kemahiran membaca
2 masa - kemahiran menulis
1 masa - tatabahasa dan seni bahasa

Kemahiran bertutur dan mendengar ini, cikgu hanya perlu buat aktiviti sahaja. Hanya 20% aktiviti menulis dibenarkan. Sama ada aktiviti berkumpulan guna kertas sebak, membuat peta minda berkumpulan, atau kendiri sebelum dibentangkan.

Kemahiran membaca juga begitu. Aktiviti sepenuhnya. Saya suka kem membaca nie cikgu, sbb kte ajar anak-anak membaca ikrar iklan, promosi, teks pengacaraan dsb. Kita ajar mereka baca dengan intonasi yang betul. Sbb itu mmg sepenuhnya aktiviti. Minta mereka buat kumpulan. Latihan beramai-ramai kemudian bentangkan cara penyampaian mereka. Hanya 20% menulis shj. Itu pun jika perlu.

Yg 2 masa 3 kemahiran nie tak ada masalah. Yg masalah selalu ada konflik dan salah faham ialah tatabahasa dan seni bahasa...bagaimanakah nak mengajar 1 masa 2 perkara?

Begini cikgu, tatabahasa dan seni bahasa adalah aspek sampingan dalam BM. Aspek ini perlu diajar selang seli mengikut minggu. Ini bermakna, jika 1 masa yg minggu ini cikgu dah ajar tatabahasa, maka minggu depan, waktu 1 masa cikgu kena ajar seni bahasa. Hal ini bererti sebulan kita akan ajar 2 kali tatabahasa dan 2 kali seni bahasa.

Macam mana nak ajar? Mana sempat?

Sempat cikgu, kerana, tatabahasa dan seni bahasa adalah sampingan, topik yg perlu diajarkan tidaklah banyak berbanding zaman PT3 2014-2018 cikgu boleh bukak DSKP dan lihat, topik ape yg kita kena ajar mengikut DSKP setiap tingkatan. Tak banyak cikgu. Lebih mudah, kerana skopnya dikecilkan.

Apabila cikgu lihat seni bahasa perkara sama juga berlaku, murid F1 hanya perlu belajar Sinopsis, tema, dan persoalan...SEPANJANG TAHUN. Maka murid sepatutnya boleh menguasai. Tak perlu cg pening nak ajar latar ke ape ke...haha...

Bila naik F2 seni bahasa, mereka perlu belajar watak perwatakan, nilai dan pengajaran...
Pendek kata KSSM nie step by step cg...
Masuk F3 semua penghasilan karya sahaja.

Kenapa mereka nak kita ajar sebahagian aspek shj? . Hal ini kerana, seni bahasa ialah sampingan dlm pembelajaran BM, mereka nak murid menghayati sastera, bukan menghafal sastera macam zaman pmr dan pt3.

Cara pembahagian buku.

Saya menggunakan
1. Fail + Test pad/ buku tulis panjang (Penulisan)
2. 1 buku kecil - seni bahasa
3. 1 buku kecil - ringkasan dan ulasan
4. Modul

Mana pergi buku tatabahasa? Mana sempat 1 masa nak salin nota seni bahasa?

Sebab itu kami disarankan menghasilkan modul, asalnya sk sy mmg sediakan modul tiap tahun. Tp bila masuk tahun ada KSSM nie...modul sangat penting bagi sy...modul menjimatkan masa sy.

Modul saya merangkumi aspek tatabhasa, seni bahasa, ringkasan dan ulasan.

Bila kelas tatabahasa, murid akan belajar guna modul, yg sy dah buat ikut SP beserta nota disetiap SP diikuti dgn soalan.

Begitu juga bahagian Seni bahasa, saya mulakan dgn nota kemudian deretan soalan latihan mengikut DSKP.

* Jadi automatiknya dalam 1 masa cikgu boleh buat penerangan, dan aktiviti, latihan boleh dibuat terus kerana nota dah sedia ada, xperlu dah salin menyalin...boleh juga murid bawa balik modul utk siapkan latihan yg telah disediakan.

Ringkasan dan ulasan ialah soalan2 latihan.
Dan jawapannya perlu ditulis dalam buku latihan ringkasan dan ulasan.

Buat modul mmg penat sikit, tp memudahkan cg sepanjang tahun, tanpa perlu kuar lagi duit untuk photostat bahan ..murid bayar sekli...guna setahun terus. Modul murid boleh siimpan utk rujukan tahun hadapan.

Begitu cikgu.😊

👩‍🏫🍋

5 comments:

  1. Cikgu blh tak nk tgk contoh modul tatabahasa dan seni bahasa yg cikgu buat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas penjelasan ya.memang berbaloi berkenalan dengan cikgu dan mengikuti penjelasan ini. Tahniah cikgu!

    ReplyDelete
  3. terima kasih..klau blh share utk lihat modul

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi cikgu. Ada tak contoh modul tatabahasa dan seni bahasa tingkat 1.

    ReplyDelete