Monday 21 January 2019

Kepentingan Buku Rujukan dan Latihan Bahasa Melayu KBSM untuk KSSM

Buku rujukan/latihan BM zaman KBSM.

Sedikit panduan untuk rakan-rakan yang masih buntu dgn KSSM dan juga Format baharu PT3, sy mencadangkan, anda gali semula perpustakaan sekolah, atau rak buku anda, atau mana-mana rujukan untuk menggali semula buku rujukan dan latihan BAHASA MELAYU zaman KBSM atau lebih tepat lagi zaman PMR.

Meneliti dan menganalisis DSKP selama 2 tahun dan format BM terbaharu menyebabkan sy terbuka hati melihat semula kertas peperiksaan zaman PMR, dan checkmate! Soalan PT3 tahun ini sy ramalkan akan dikeluarkan seakan-akan PMR semula, dan bezanya bahagian-bahagian shj...tp bentuk, gaya semua kembali ke PMR

Bezanya PMR dulu dan PT3 skrg ialah terdapat :
1. Pemahaman teks
2. Ulasan (Berasaskan PT3 2014-2018)
3. Seni Bahasa/KOMSAS dalam bentuk subjektif spt PT3 2014-2018 (dulu PMR Komsas dlm bentuk Objektif)

*2 modul BM telah sy siapkan berdasarkan format terkini iaitu modul BM F3 dan modul BM F1. (Modul ini bahan latihan yg sy buat sendiri, ada yg sy kumpul dari bahan-bahan lembaran kerja yg sy guna serta dibukukan utk latihan anak-anak)

*suka untuk sy ingatkan, buku latihan di pasaran tidak semuanya tepat dan kebanyakannya masih terikat dgn format PT3 2014-2018 dan tidak mengikut spekulasi format terbaru dan kehendak DSKP. Ada lebih baik cikgu gubal sendiri soalan atau kumpul bahan latihan zaman KBSM ini dan lahirkan soalan dlm format terkini berunjurkan DSKP ting.1-3.

Ikhlas dari,
Cikgu Lemon 🍋

No comments:

Post a Comment