KAJIAN TINDAKAN
PRAKTIKUM SESI 2014/2015
KAJIAN TINDAKAN GURU PELATIH
DISEDIAKAN OLEH :
NUR
SYAFFIQAH SYAZZA BINTI AZLI
D
201110*****
SEMESTER
7
NAMA PENYELIA : PROF. DR. MAHZAN BIN ARSHAD
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SESI 2014/2015
1.0
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu
Penyelia
Praktikum :
1.1 Lawatan Sosial
Pemantauan pertama dilaksanakan
pada minggu ketiga iaitu selepas musim perayaan di mana, penyelia praktikum
saya telah hadir ke sekolah bagi menjalankan sesi lawatan sosial bersama pihak
sekolah. Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan tentang keadaan sekolah,
murid, pelaksanaan rancangan pengajaran harian ( RPH ), tesis dan juga kajian
tindakan berkenaan diri dan murid yang telah dipilih. Selain itu, penyelia juga
memberikan sedikit nasihat, motivasi serta cara mengatasi masalah di dalam
kelas. Kawalan kelas amat dititikberatkan dalam menjalankan sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penekanan terhadap pelaksanaan sesi pengajaran dan
pembelajaran juga diberikan tumpuan yang lebih bagi memastikan kami dapat
memastikan bahawa setiap RPH yang dibina dapat diikuti dan perjalanan
pengajaran lebih lancar.
1.2 Pencerapan 1
Pemantauan
kedua telah berlangsung pada 22 September 2014. Prof, memilih untuk hadir pada
hari tersebut bagi memudahkan sesi pencerapan dilaksanakan kepada kami berdua
iaitu Nur Syaffiqah Syazza binti Azli dan juga Siti Nur Wafiyda binti Masrukin
iaitu pasangan praktikum saya. Saya
dicerap pada jam 9.30 pagi hingga 10.10 pagi di kelas 4 Zuhrah dan topik
pengajaran saya pada waktu tersebut adalah rumusan berkenaan kemusnahan hutan.
Alhamdulilah aktiviti pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik. Namun
begitu, banyak lagi input baharu yang diberikan oleh Prof, bagi meningkatkan
lagi pengajaran saya dan membolehkan pengajaran sentiasa berlangsung dengan
baik. Prof menyatakan bahawa pentingnya untuk mengajarkan kemahiran mengesan
isi tersurat dengan baik. Berdasarkan cadangan beliau, latihan melaksanakan
kemahiran ini dilaksanakan secara intensif selama sebulan dan jika guru
kesuntukan masa, guru boleh melaksanakan latihan kemahiran ini dalam masa
seminggu. Kemudian, guru akan mengukur tahap pemahaman murid dengan
mengaplikasikan teknik itu dalam menjawab soalan rumusan pada waktu kelas
minggu yang seterusnya. Pengukuran ini adalah perkara yang penting dalam
memastikan bahawa, teknik dan kemahiran yang diajarkan berjaya membantu murid
menghasilkan rumusan yang lebih baik. Prof juga menyarankan bahawa setiap
pendekatan yang digunakan dalam sesi set induksi disisipkan dengan teknik
memberikan analogi kepada murid bagi memastikan murid menjana idea dan berfikir
luar kotak serta mendapat maklumat baharu dalam sesi set induksi tersebut
sebelum diperkenalkan dengan topik pengajaran. Pentingnya di sini, guru perlu
memupuk sikap berfikir secara kritis dalam diri murid dan merangsang murid
untuk sentiasa mencuba memberikan jawapan yang bersesuaian dengan keperluan
pengajaran. Guru juga perlu memastikan bahawa langkah – langkah yang dibina dalam
rancangan pengajaran harian menuju kepada hasil pembelajaran setiap fasa dan
akhirnya mencapai objektif pembelajaran. Langkah yang sesuai perlu diletakkan
dan diteliti agar objektif pembelajaran yang ingin dicapai selari dengan
aktiviti yang dijalankan. Selain itu, Prof juga banyak memberikan motivasi
kepada saya agar sentiasa komited dan terus berusaha memperbaiki diri dan niat agar
mampu mendidik murid bukan setakat baik dalam segi akademik amalah baik
daripada segi sahsiah dan budi bahasanya. Pengajaran berorientasikan
peperiksaan perlu dikikis dalam diri setiap orang guru agar setiap ilmu yang
disampaikan dapat dicurahkan sepenuhnya dan dapat melihat serta mengukur
kemampuan diri guru berdasarkan kecemerlangan murid dalam kelas dan
peperiksaan, dan bukannya hanya mengajar untuk membantu murid mendapat A dalam
setiap subjek yang dipelajari oleh mereka.
1.3 Pencerapan 2
Pada
tarikh 7 Oktober 2014 berjalannya sesi pencerapan
terakhir. Prof. banyak memberikan motivasi untuk menjadi seorang guru yang
baik. Pengajaran saya pada kali ini bertambah baik dan mendapat pujian daripada
Prof. . Walaupun begitu, saya juga mendapat sedikit komen pada bahagian Fasa :
4 Penilaian, di mana, saya ingin melaksanaan sesi pembentangan, namun masih
kelihatan ada kumpulan yang sedang menyiapkan bahan pembentangan mereka,
sewajarnya pada ketika itu, saya perlu menanti semua murid selesai melakukan
tugasan dan meminta mereka duduk dan bersedia untuk sesi pembentangan. Hal ini
bagi memastikan setiap isi pembentangan daripada rakan mereka dapat dikongsikan
dengan baik dan mereka dapat mencatatkannya dalam peta minda yang telah
disediakan. Unsur humor dan koleksi pantun yang dihasilkan murid telah
menghidupkan lagi suasana pembelajaran pada pagi tersebut. Murid nampak lebih
bertenaga dan seronok menjalankan aktiviti. Antara komen dan pandangan Prof.
mengikut fasa adalah :
Set Induksi :
-
Wow! Tahniah satu
induksi yang memukau pelajar. Bagus, dapat kaitkan antara lirik lagu dan novel
yang dikaji, membawa pelajar berfikir.
Fasa 1 Memberitahu :
-
Ringkasan penerangan
tentang struktur novel, pelajar telah pelajari sebelum ini – ulang kaji.
Fasa 2 Transisi :
-
Kawalan kelas yang
baik. Penjelasan tentang tugasan juga baik, mudah difahami, pelajar telah
melaksanakan tugas menunjukkan mereka faham arahan guru.
-
Ini merupakan ulang
kaji yang baik, khususnya dalam persiapan menghadapi peperiksaan.
-
Guru sepatutnya
menjelaskan sedikit akan pantun yang baik.
Fasa 3 Kerja Kumpulan :
-
Guru membantu pelajar
ketika gerak kerja kumpulan satu langkah yang bijak.
Fasa 4 Penilaian :
-
Ada baiknya sekiranya
pembentangan dilakukan semasa pelajar telah tamat melaksanakan tugasan dan
boleh menumpukan perhatian kepada pembentangan rakan mereka. Mungkin guru boleh
mengulas sedikit tentang pantun yang baik selepas setiap pembentangan.
Penutup Kognitif :
-
Penilaian dapat
mengukur pencapaian objektif ketiga fasa pengajaran ini. Tahniah.
Refleksi :
Satu
pengajaran yang menarik. Tahniah, anda telah menunjukkan bakat sebagai seorang
guru Bahasa Melayu yang amat baik. Pelajar akan mengkagumi guru yang mempunyai
kepelbagaian kebolehan – menjadikan kelas Bahasa Melayu menarik dan disukai
oleh para pelajar. Teruskan usaha dan perjuangan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu
Guru
Pembimbing :
1.4 Pencerapan 1
Berdasarkan
pemantauan satu yang lalu daripada guru pembimbing saya, banyak kesilapan dan
kekurangan telah beliau nyatakan. Pemantauan telah dilaksanakan pada 27 Ogos
2014. Saya dipantau di kelas 4 Bumi. Saya diberikan masa 80 minit bagi
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara kondusif. Banyak perkara yang
dilihat sebagai kekurangan yang wajar diperbaiki, seperti, pelaksanaan fasa
dalam rancangan pembelajaran harian dan teknik memberikan rangsangan melalui
soalan. Hal ini menjadi isu yang utama kerana, saya tidak berpandukan
sepenuhnya mengikut fasa yang telah dibina kerana kesuntukan masa..
Kemudiannya, saya dilihat lebih banyak menggunakan teknik menerang berbanding
merangsang murid untuk bersama – sama aktif di dalam sesi pembelajaran. Model
yang saya gunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah model
konstruktivisme di mana, saya mengajar karangan berpandu yang bertajuk ‘Kesan
Iklan’. Model ini sepertinya kurang berjalan ketika saya mengadakan sesi
pengajaran. Perkara ini berlaku disebabkan oleh, kesilapan saya dalam
merangsang murid untuk sentiasa memberikan idea dala penjelasan dan soalan yang
saya ajukan. Murid pula lebih gemar untuk bercakap dalam bahasa Cina berbanding
bahasa Melayu kerana rata – rata murid kelas ini adalah berbangsa Cina. Guru
pembimbing juga ada menjelaskan bahawa, penerangan berkenaan format menulis
karangan mesti diulang kaji dan diajarkan semula bagi memastikan murid sentiasa
menulis karangan berdasarkan format yang bersesuaian dengan kehendak soalan
karangan yang telah diberikan.
1.5 Pencerapan 2
Pemantauan
kedua dilaksanakan selepas kehadiran penyeliaan pertama Prof. Dr. Mahzan Bin
Arshad. Prof mencerap saya pada 22 September 2014 yang lalu manakala guru
pembimbing mencerap saya pada 23 September 2014. Masa pemantauan sekitar 2 masa
iaitu 80 minit. Saya mengajarkan bahagian KOMSAS dan menjalankan aktiviti
banding beza bagi cerpen Biarkan Samudera dan juga Mellisa. Pada pemantauan
kedua ini, guru pembimbing lebih banyak menekankan akan aspek nilai, KBKK,
pengetahuan sains dan rangsangan kepada murid yang masih belum utuh saya
laksanakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga memberikan
penekanan kepada penguasaan dan pengawalan masa mengikut fasa yang ditetapkan.
Seterusnya, guru turut menyarankan agar sentiasa memastikan bahawa perjalanan
fasa itu sentiasa terancang dan mengikut bahagian atau peringkat yang telah
tersedia. Hal ini penting bagi memastikan bahawa langkah – langkah menuju
kepada objektif pengajaran tersebut kelihatan lebih terarah dan menuju kepada
hasil pembelajaran. Guru pembimbing juga meminat saya memperbaiki teknik
menguruskan proses pengajaran agar tampak efisyen dan kemas. Selain itu, guru
juga menyatakan bahawa saya perlu mengawas penggunaan kata – kata daripada
bahasa pasar dan perlu menggunakan bahasa yang standard ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran.
1.6 Pencerapan 3
1.7 Pencerapan 4
2.0
Isu keperihatinan
Isu
keprihatinan yang dibawa dalam kajian tindakan ini adalah berkenaan pengggunaan
istilah dan juga kemahiran bahasa tinggi, seterusnya adalah berkenaan teknik
penyoalan guru yang masih kurang kukuh dan terancang.
Penyelia Praktikum :
2.1 Pencerapan 1
i.
Mengajar kemahiran
mengarang
Pada
pencerapan pertama yang dilaksanakan oleh Prof, isu terpenting yang dikemukakan
adalah peripentingnya mendidik murid melaksanakan sesuatu tugasan sebagai
contoh tugasan menulis rumusan. Rasionalnya pendedahan akan kemahiran mengarang
ini diajarkan kepada murid agar murid lebih sentiasa peka dan mahir menulis
karangan berdasarkan kehendak soalan dan keperluan situasi karangan tersebut.
Teknik yang kebanyakannya digunakan pada masa sekarang adalah teknik hafalan
yang memperlihatkan murid lebih dominan menghafal dan akhirnya keseluruhan
kelas memiliki karangan yang sama bentuk dan ayatnya. Hal ini demikian, kerana
guru tidak mendidik murid mempunyai kemahiran mengarang. Perkara ini sebenarnya
memberikan implikasi yang besar dalam pendidikan masa kini kerana, murid hanya
mampu mnghafal dan memuntahkannya semula dalam kertas peperiksaan, dan apabila
mereka melalui alam pekerjaan, mereka akan mengalami masalah untuk menulis dan
mengarang kerana mereka tiak memiliki kemahiran tersebut.
ii.
Pembinaan langkah –
langkah pengajaran yang menuju kepada objektif pembelajaran.
Guru juga perlu
memastikan bahawa fokus utama pembelajaran tercapai hasil daripada pembinaan
langkah dan aktiviti ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang betul bagi
merealisasikan objektif yang telah dibuat. Penghasilan langkah yang tidak
seimbang dengan objektif pengajaran sebenarnya membuatkan guru sukar untuk
menggapai objektif pengajaran dan akhirnya ilmu yang perlu diperolehi murid
tidak dapat disampaikan dengan baik dan murid tidak diterima sepenuhnya.
2.2 Pencerapan 2
i.
Pelaksanaan Fasa dan
Ulasan.
Pada
pencerapan kedua ini, Prof. menyatakan bahawa terdapat peningkatan daripada
sesi pengajaran yang sebelumnya. Namun begitu saya dinasihatkan agar sentiasa
peka dengan pelaksanaan tugasan murid agar murid sentiasa bersedia ketika
berlakunya sesi perubahan fasa. Terutamanya ketika sesi pelaksanaan tugasan
kepada pelaksanaan pembentangan. Ketika ini murid perlu dikawal sebaiknya agar
mereka tahu mengunakan masa yang diberikan untuk menyiapkan segala tugasan
sebelum membentangkannya. Selain itu, Prof ada menyatakan bahawa guru perlu
memurnikan dan membuat sedikit ulasan pada akhir setiap pembentang kumpulan.
Guru Pembimbing :
2.3
Pencerapan 1
i.
Teknik Penyoalan
Selain
itu, teknik penyoalan yang saya gunakan masih lemah. Saya masih memulakan
pertanyaan dengan ayat di bawah :
‘Boleh cikgu
tanya kamu satu soalan?’
‘Kamu rasa
bagaimanakah hal ini terjadi?’
Seharusnya
pertanyaan sedemikian tidak perlu lagi saya ajukan kepada murid, sebaliknya
saya perlu terus bertanya tentang apa yang ingin saya tanyakan berdasarkan
penggunaan kata tanya, siapa, apa, bagaimana, mengapa, di mana, bila, atau pun
5W 1H, seharusnya saya cekap dalam penggunaan kata tanya tersebut dalam
mencungkil idea dan kefahaman pelajar. Istilah ‘rasa’ itu sewajarnya tidak
wujud kerana perkataan ‘rasa’ itu sebagai petanda bahawa teknik penyoalan saya
tidak kukuh dan kelihatan ragu – ragu dan mengelirukan murid. Sebagai contoh :
‘Apakah
video yang kamu tonton sebentar tadi?’
‘Mengapakah kamu kelihatan begitu emosi ketika
menonton video ini?’
Soalan
secara terus sebegini membolehkan murid memahami kehendak guru, dan mereka
boleh memberikan apa sahaja jawapan yang relevan dengan video yang mereka tonton.Beradsarkan
penilaian yang guru pembimbing berikan, saya dapat memahami serba sedikit
kekurangan saya dan akan memperbaikinya pada sesi pemantauan kedua kelak.
ii.
Kemahiran memberikan
rangsangan
Saya juga ditegur
berkenaan cara memberikan rangsangan agar murid sentiasa fokus dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, saya lebih banyak menyatakan input
daripada memberikan rangsangan agar murid sentiasa bertanya dan menjawab soalan
yang diajukan. Teknik ini berkait rapat dengan teknik penyoalan, sekiranya
teknik penyoalan saya masih lemah, maka perkara ini menyukarkan lagi guru untuk
merangsang murid. Rangsangan adalah perkara yang penting dalam mewujudkan
keberadaan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya seharusnya
merancang soalan dan pertanyaan yang bakal diajukan bagi memastikan murid
sentiasa peka dalam sesi pembelajaran.
2.5 Pencerapan 2
Bagi
pencerapan kedua ini, guru menyatakan bahawa, terdapat beberapa perkara yang
telah mengalami perubahan dan penambahbaikan seperti yang dinaytaakan pada
pencerapan pertama sebelum ini iaitu teknik merangsang dan juga menyoal. Namun,
guru juga ada menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara lagi yang perlu
dititikberatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan.
Perkara ini seharusnya diteliti bersungguh – sungguh dan dipelajari semula
serta diterapkan di dalam kelas agar ianya dapat diperbaiki ke tahap yang lebih
baik. Pernyataan tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah :
i.
Pengurusan masa
Dalam pencerapan
kali ini, guru sangat mementingkan kawalan masa mengikut fasa. Hal ini kerana,
kawalan masa ini sangat penting bagi memastikan bahawa setiap aktiviti
terlaksana pada waktu yang tepat. Pelaksanaan masa yang tidak baik boleh
menyebabkan berlakunya gangguan pada fasa yang berikutnya. Pengurusan masa ini
penting sejajar dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyarankan
agar melaksanakan Masa Interaksional di mana masa tersebut kondusif dan pada
dengan sesi pengajaran dan tiada gangguan aktiviti yang lain.
ii.
Pengurusan langkah –
langkah mencapai hasil pembelajaran
Masalah berulang
ini masih kelihatan pada pencerapan sesi kedua ini di mana guru dikatakan masih
terlangkau fasa yang lain kerana pengelolaan langkah pengajaran yang masih
belum utuh. Perkara ini penting bagi guru kerana, masalah yang berlaku dalam
sesebuah fasa pengajaran akan menggugat fasa yang berikutnya dan boleh
menyebabkan objektif pengajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya. Guru
dinasihatkan agar terus terusan membaiki kelemahan ini bagi memastikan bahawa
setiap sesi pengajaran yang dijalankan berakhir dengan pencapaian berkesan pada
objektif pembelajaran.
iii.
Penggunaan bahasa pasar
Penggunaan bahasa pasar
ini adalah antara perkara yang penting dan perlu di titik beratkan dalam
memperbaiki sesi pengajaran. Penggunaan perkataan singkatan seperti tak, nak, diorang, dan
korang adalah dilarang sama sekali dalam sesi pengajaran kerana
penggunaan bahasa standard amat penting dalam komunikasi kelas bahasa Melayu
dan guru seharusnya menggunakan bahasa Melayu tinggi di dalam kelas. Masalah
ini perlu diatasi segara agar guru mampu memupuk nilai dan kepentingan
menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam petuturan iaitu komunikasi dan
penulisan. Percakapan sebenarnya mempengaruhi penulisan. Oleh itu, guru sangat
memainkan peranan penting dalam mendidik murid menggunakan bahasa yang betul
dalam percakapan berpandukan cara guru bercakap dan menulis ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran.
2.6 Pencerapan 3
2.7 Pencerapan 4
3.0 Model Pembelajaran
3.1 Model Konstruktivisme (Pencerapan daripada guru pembimbing 1)
3.2 Model KWLH (Pencerapan Penyelia Praktikum 1)
3.3 Model Koperatif (Pencerapan daripada guru pembimbing 2)
3.4 Model Pengajaran
Langsung/Eksplisit (Pencerapan daripada guru
pembimbing 3)
3.5 Model Koperatif (Pencerapan Penyelia Praktikum 2)
4.0
Objektif kajian
Objektif kajian tindakan ini
dilakukan adalah untuk memperbaiki dan menambah baik kekurangan dalam
pengajaran yang telah dilakukan. Kemudiannya kesilapan yang telah dikenal pasti
itu diperbaiki dan dimurnikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan
datang. Objektif ini lebih berfokus
teknik memberi rangsangan kepada murid, dan teknik penyoalan yang berkesan
ketika sesi pengajaran berlangsung. Sebagai tambahan, saya melihat bahawa saya perlu
memperbaiki dan mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu tinggi dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
5.0 Kumpulan sasaran
Murid
yang terlibat dalam pelaksanaan pengajaran ini adalah murid sekolah SMK (P)
Temenggong Ibrahim, Johor iaitu seramai 52 orang murid dan kemudiannya dibahagiakan
kepada dua buah kelas iaitu kelas 4 Bumi seramai 27 orang, dan 4 Zuhrah seramai
25 orang murid. Pemantauan akan berubah – ubah mengikut kehendak guru pembimbing,
beliau berkemungkinan akan memantau kelas 4 Bumi atau 4 Zuhrah mengikut waktu
yag bersesuaian dan topik pembelajaran yang bakal diajar. Kemampuan dan
kebolehan kedua – dua kelas ini adalah sangat berbeza. Hal ini kerana, murid 4
Bumi lebih cekap berbanding murid dari kelas 4 Zuhrah namun mereka kelihatan
lebih pasif, berbeza dengan murid 4 Zuhrah, mereka berada pada tahap sederhana
namun mereka kelihatan lebih aktif dan lebih berminat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran.
6.0 Pelaksanaan kajian
Bagi bahagian pelaksanaan kajian,
saya memilih untuk memperbaiki daripada pencerapan 1 dan 2 oleh penyelia
praktikum saya iaitu Prof. Dr. Mahzan Bin Arshad. Gelungan pertama mewakili
penyeliaan pertama dan gelungan kedua
mewakili penyeliaan pada kedua oleh penyelia praktikum saya. Pelaksanaan kajian
dibuat mengikut fasa-fasa gelungan kajian tindakan seperti yang berikut:
·
Merancang
·
Melaksana
·
Mencerap
·
Menganalisis data dan mereflek
Gelungan 1 ( Penyeliaan Pertama )
6.1 Merancang
Berdasarkan
kaedah merancang, saya telah berkongsi idea dan berbincang dengan guru
pembimbing untuk topik yang sesuai bagi sesi seliaan pertama saya ini. Guru
pembimbing memberikan sedikit panduan pada penyeliaan beliau yang pertama, dari
situ, saya gunakan segala ilmu yang diberikan dan curahkan untuk melaksanakan
dan mengkayakan lagi aktiviti pembelajarn yang berlangsung selama 40 minit.
Puan Hajah Nora mencadangkan supaaya saya melaksanakan pembelajaran rumusan,
kerana sesi pembelajarannya tidak mengambil masa yang begitu lama dan boleh
diselesaikan sepenuhnya selama 40 minit. Antara aktiviti yang telah saya pilih
adalah dengan melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid. Di mana pembelajaran
seperti ini sangat membantu dalam meningkatkan kefahaman murid terutamanya
dalam teknik mengarang rumusan dan mengesan isi tersurat serta tersirat. Selain
itu, ketika penyeliaan 1 berjalan saya menggunakan pendekatan yang sama saya
praktikan dalam kelas rumusan sebelum ini, saya cuba memperbaiki pengajran
rumusan saya hari demi hari bagi memastikan murid sentiasa boleh menyesuaikan
diri dengan aktiviti dan melaksanakan tugasan yang diberikan secara teliti dan
tepat mengikut arahan guru. Pada seliaan pertama ini, saya mendapati bahawa
murid sudah boleh melaksanakan tugsan yang diberikan serta dapat memberikan
komitmen yang baik dalam pelaksanaan aktiviti. Berdasarkan jadual di bawah,
dapat dilihat bahawa saya telah melaksanakan sesi pengajaran pembelajaran
berlandaskan fasa yang telah saya rancang sebaiknya.
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
5
Minit
|
i.
Guru mewujudkan
kesediaan murid
ii.
Guru bertanya khabar
iii.
Guru mencungkil
pandangan murid melalui teknik penyoalan.
-
Mengapakah
kebelakangan ini cuaca di negara kita semakin panas?
iv.
Guru menunjukkan
sebuah replika hutan, guru menunjukkan demonstrasi dengan mencabut pokok –
pokok yang terdapat pada replika tersebut.
-
Murid di berikan
peluang mencabut pokok tersebut.
v.
Guru bertanyakan
soalan :
-
Apakah kata kerja
yang sesuai dengan aktiviti yang rakan kamu sedang jalankan?
vi.
Kemudian guru
menjelaskan akan topik pembelajaran pada hari ini berkenaan dengan tajuk
Kemusnahan Hutan.
|
|
Fasa 1 : K – Apakah yang diketahui oleh pelajar
tentang tajuk teks yang akan
dibaca?
4
Minit
Pelajar mencuba menyatakan pengetahuan mereka
tentang tajuk teks yang akan dibaca berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.
|
i.
Guru memberikan murid
helaian petikan dan juga lembaran kerja KWLH.
ii.
Murid diminta untuk
meneka tajuk utama berkenaan teks tersebut.
iii.
Guru membuka soalan
kepada murid dan meminta murid secara sukarela menjawab soalan yang diajukan.
-
Pada
pendapat kamu apakah punca – punca kemusnahan hutan?
-
Pernahkah
kamu melihat aktiviti penebangan hutan yang berleluasa?
iv.
Seterusnya murid
diminta untuk mencatatkan maklumat yang dinyatakan oleh rakan mereka ke dalam
ruangan K.
|
|
Fasa 2: W – Apakah maklumat yang hendak dicari
dari teks yang akan dibaca?
10
Minit
Pelajar membuat penyenaraian maklumat yang ingin
dicari dalam teks yang akan dibaca berdasarkan telahan mereka terhadap tajuk
teks tersebut.
|
i.
Guru kemudiannya
meminta seorang lagi murid secara sukarela membaca soalan daripada petikan
yang diberikan.
ii.
Seterusnya, murid
lain dipilih secara rawak untuk menyatakan semula kehendak soalan dan murid
tersebut perlu menampalkan papan kehendak soalan pada bahagian pokok peta.
iii.
Guru seterusnya
menerangkan berkenaan format menulis rumusan yang baik.
iv.
Guru seterusnya menerangkan
berkenaan format menulis rumusan yang baik.
v.
Setelah itu, setiap
orang murid perlu mencatatkan kehendak soalan tersebut pada ruangan W.
|
|
Fasa 3: L – Apakah yang telah dipelajari oleh
mereka daripada teks yang dibaca?
15
Minit
|
i.
Guru meminta 2 orang
murid secara sukarela membacakan petikan yang diberikan.
( Guru menampalkan BBM pada papan putih )
ii.
Murid lain pula
ditugaskan untuk mengesan isi tersurat dan menggariskan isi tersurat
tersebut.
iii.
Kemudian, guru
membangkitkan pengetahuan tatabahasa murid dengan mengajukan beberapa maksud
istilah dan maksud peribahasa yang terdapat di dalam petikan yang dibaca oleh
rakan mereka.
-
Pemuliharaan
-
Gondol
-
Tragedi
-
Lestari
-
Padang
jarak, padang tekukur
iv.
Setelah itu, 6 orang
murid dipilih untuk mencatatkan isi tersurat yang mereka perolehi pada papan
putih.
v.
Seorang murid pula
secara sukarela diminta untuk menjana sebuah pendahuluan ringkas berkenaan
tajuk rumusan dan mencatatkannya pada papan putih.
vi.
Guru menjelaskan
penggunaan penanda wacana dalam
menjadikan ayat demi ayat itu memiliki kesinambungan yang baik.
-
Seterusnya,
walaupun, selain itu, natijahnya, akibatnya, juga, oleh sebab itu, dan hal
ini demikian kerana.
vii.
Guru dan murid
kemudiannya melaksanakan perbincangan berkenaan isi tersirat iaitu berkenaan
langkah – langkah pemuliharaan hutan.
-
Penghutanan semula :
Pokok jati, pain ditanam di kawasan yang telah dibalak. Pokok ini matang dan
boleh ditebang dalam masa 10 – 15 tahun.
-
Ladang hutan :
Kerjasama daripada pihak kerajaan atau pun swasta. Pokok yang ditanam adalah
pokok yang tahan daripada serangan penyakit.
-
Pengurusan lestari :
Pokok yang matang sahaja ditebang. Rawatan silvikultur.
|
|
Fasa 4: H –
Bagaimanakah maklumat yang belum
terjawab dapat diperoleh
5 Minit
|
i.
Seterusnya, guru memperkenalkan teknik SAM untuk membina penutup yang
ringkas dan padat bagi rumusan yang telah dihasilkan.
ii.
Murid diminta mencatatkan teknik menulis penutup tersebut pada ruangan H.
iii.
Guru kemudiannya menggunakan teknik menyoal murid berkenaan :-
-
Selain daripada membaca petikan ini, dari manakah lagi
sumber yang kamu boleh gunakan untuk mengesan isi tersirat tambahan yang
lain?
iv.
Guru meminta murid mencatatkan sumber yang dijelaskan oleh rakan mereka
di dalam ruangan H.
|
|
Penutup Kognitif
:
3 Minit
|
i.
Guru meminta murid merumuskan pembelajaran hari ini.
ii.
Guru memberikan motivasi kepada murid berkenaan pemeliharaan hutan.
-
Janganlah suatu hari nanti kita tinggal di kawasan hutan konkrit.
iii.
Guru merumuskan pembelajaran pada hari ini dan meminta murid membina
rumusan penuh dan menjawab soalan pemahaman yang diberikan.
|
|
Murid
dapat dikenalpasti tahap kemampuan mereka mencerap pembelajaran berdasarkan penjelasan
guru pembimbing akan tahap penerimaan murid dalam kelas – kelas sebelumnya.
Murid kelas yang dipantau ini adalah murid daripada kelas keempat daripada 5
buah kelas. Mereka agak lambat untuk menerima sesuatu pembelajaran dan
melaksanakan aktiviti yang diberikan, namun mereka dapat mengikuti pengajaran
saya dengan terancang berpandukan penerangan satu persatu yang telah saya
berikan ketika sesi pengajaran dan pemeblajaran. Bagi saya, penjelasan yang
bermakna itu penting agar murid ketahui perkara yang sewajarnya mereka mampu
lakukan untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Jika dibandingkan murid daripada kelas
pertama iaitu 4 Bumi kelihatan lebih baik dalam penguasaan penulisan karangan
berbanding murid kelas keempat ini iaitu 4 Zuhrah. Selain itu, saya juga
mendapatkan bantuan guru pembimbing untuk menyemak semula rancangan pengajaran
saya bagi memastikan rancangan pengajaran tersebut betul – betul bersesuai
untuk penyeliaan pertama saya dengan pensyarah. Saya memilih bahagian rumusan
untuk dibincangkan. Jika dilihat daripada bahagian perancangan ketika sesi
pengajaran, semuanya berjalan dengan lancar. Prof menyatakan bahawa saya kena
mencari idea baharu dalam menjadikan murid memahami kemahiran mengesan isi
tersurat tersebut. Hal ini kerana, apabila murid dapat membentuk kemahiran
mengesan isi tersurat maka dalam apa jua soalan yang mereka akan temui, mereka
akan mampu menjawab dengan baik dan tidak tersilap dalam membezakan isi
tersurat dan huraian berdasarkan petikan tersebut. Kemahiran tersebut bukan
setakat digunakan dalam menulis rumusan, tetapi kemahiran tersebut juga
digunakan untuk penguasaan bahagian lain dalam pembelajaran bahasa Melayu.
Murid kemudiannya perlu diukur dengan pengaplikasian kemahiran tersebut setelah
ianya dipraktikan secara berkala. Pengaplikasian ini penting dalam menilai sama
ada mereka boleh menerima cara kemahiran tersebut diajar atau pun tidak.
i.
Penyelidik mengkaji literatur yang berkaitan;
Selain itu, saya
turut mendapatkan pendangan guru bahasa Melayu sekolah ini tentang pelaksanaan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan murid. Hal
ini dijadikan sebagai rujukan bagi kami mendapatkan sedikit gambaran awal
berkenaan kemampuan murid, kebolehan dan tahap pengetahuan sedia ada yang telah
dimiliki oleh pelajar. Berdasarkan kajian tindakan saya dapat dilihat bahawa,
guru yang memberikan pendapat pandangan dan berkongsi idea tentang pengawalan
kelas dan sebagainya ini sangat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Sedikit sebanyak saya sudah mendapat gambaran awal akan
persekitaran kedua – dua kelas tersebut.
·
Berbincang dengan guru
pembimbing tentang pelaksanaan kajian :
o Masa
kajian/seliaan
Masa kajian
dijalankan adalah 40 minit, kelas pertama kendalian saya adalah sebelum waktu
rehat bermula jam 8.10 pagi hingga 8.50 pagi. Waktu ini adalah waktu sebelum
rehat dan waktu murid mulai mengantuk, dan saya dapat melihat bagaimana fokus
murid perlu diseimbangkan bagi memastikan minda mereka tidak tersasar daripada
topik pembelajaran. Namun begitu, murid kelihatan lebih bersemangat dan ingin
mencuba menjawab dan berinteraksi dengan baik di dalam kelas. Murid dapat
mengesan isi tersurat menggunakan kaedah yang telah diajarkan sebelum ini.
o Murid
yang terlibat
Murid yang
terlibat dalam penyeliaan pertama ini adalah pelajar kelas 4 Zuhrah yang
memiliki jumlah murid seramai 25 orang. Terdapat 2 orang murid berbangsa Cina, dan
selebihnya adalah murid berbangsa Melayu yang rata – ratanya penduduk setempat.
o Kemahiran
fokus
Kemahiran berfikir, kemahiran
menjana idea, kemahiran menyoal,
kemahiran bercerita, dan kemahiran menerang.
o
Pendekatan/Model/Kaedah pengajaran
Model yang
digunakan adalah model KWLH yang mengandungi 5 fasa iaitu :
i.
Set Induksi : Menarik minat pelajar 5 Minit
ii.
Fasa
1 : K – Apakah yang diketahui oleh pelajar tentang tajuk teks yang akan dibaca?
4 Minit
iii.
Fasa
2 : W – Apakah maklumat yang hendak dicari dari teks yang akan dibaca? 10 Minit
iv.
Fasa
3 : L – Apakah yang telah dipelajari oleh mereka daripada teks yang dibaca? 14 Minit
v.
Fasa 4 : H –
Bagaimanakah maklumat yang belum
terjawab dapat diperolehi? 4 Minit
vi.
Penutup Kognitif : 3 Minit
o Alat
bantu
§ Papan putih
§ Lembaran Kerja ( Petikan, Peta
KWLH )
§ Replika hutan
§ Peta Pokok
§ Papan kehendak soalan
§ Kertas sebak format
penulisan rumusan
§
Marker
Ø Alat
yang digunakan untuk memungut data (wajib dan dijadikan lampiran dalam laporan
nanti)
o Perancangan
pengajaran dan sebagainya
Perancangan pengajaran
dibuat dengan teliti bagi memastikan masa yang diperuntukkan itu dikuasai
sepenuhnya serta objektif yang dibina dapat dicapai sebaiknya. Aktiviti
pengajaran berjalan dengan baik, guru menyediakan teks dan juga berpandukan
rancangan pengajaran harian bagi memastikan guru sentiasa berada pada langkah
yang betul pada waktu yang telah ditetapkan agar pembelajaran tampak lebih
lancar. Bahan bantu mengajar yang digunakan juga disusun mengikut fasa
pengajaran bagi memastikan guru tidak lupa akan perancangan masa dalam
menguruskan bahan bantu mengajar yang telah disediakan.
·
Penyelidik membuat
perancangan secukupnya untuk mengajar.
Perancangan yang
secukupnya dibuat, segala pengurusan bahan bantu mengajar dapat dilaksanakan
mengikut fasa. Penyelidik memastikan waktu yang digunakan sentiasa bersesuaian
dengan fasa yang telah dibina.
6.2 Melaksana
Ketika pelaksanaan pengajaran untuk
penyeliaan pertama ini, saya dapat melihat bahawa pelaksanaan fasa berpandukan
masa memainkan peranan penting dalam kejelasan pengajaran topik pada hari
tersebut. Berdasarkan pemerhatian, dilihat bahawa, fasa 1 berjalan dengan baik
dalam mencungkil pemahaman dan pengetahuan sedia ada murid berkenaan faktor
kepada kemusnahan hutan. Fasa 1 membincangkan tentang apakah yang diketahui
oleh pelajar tentang tajuk teks yang akan dibaca?. Murid dibantu dengan teknik
penyoalan di mana guru memberikan soalan yang membolehkan murid mengulang
semula kehendak soalan yang telah dibaca oleh wakil murid yang sukarela.
Kemudian murid perlu memberikan pandangan berdasarkan soalan yang diajukan oleh
guru berkenaan dengan kemusnahan hutan tersebut. Begitu juga dengan fasa 2 hingga
ke fasa 5 (W – H), guru meminta murid membacakan petikan yang diberikan dan
meminta murid lain menyemak petikan yang dibaca oleh rakan mereka. Berdasarkan
aktiviti ini, murid dapat menumpukan perhatian untuk mengesan isi
tersurat menggunakan kemahiran yang mereka miliki pada sesi pembelajaran
sebelum ini. Guru juga menjalankan pengajaran berdasarkan rancangan pengajaran
model KWLH. Model ini melibatkan pembelajaran berpusatkan murid di mana murid
mencatatkan pengetahuan yang mereka ada K – knowledge
( pengetahuan ), kemudian memahami
kehendak soalan W – what ( apa ), seterusnya mengesan isi tersurat dan
tersirat untuk bahagian L – learn ( belajar /perolehi ) dan mengakhirkan
pencarian maklumat mengikut klasifikasi soalan pada bahagian H atau pun How ( bagaimana ). Kemudiannya saya dan
membuat penilaian ringkas berkenaan kekuatan dan kelemahan saya dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat, banyak masalah penggunaan bahasa
pasar yang masihsaya belum atasi. Selain itu, saya juga kurang prihatin akan
bahasa yang murid sendiri gunakan sama ada bahasa standard atau bahasa rojak.
Penggunaan bahasa tinggi amatlah penting dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu, hal ini guru adalah cerminan utama dalam memastikan bahawa murid
mampu mempelajari bahasa Melayu dengan baik dan mempunyai contoh guru yang baik
dalam berbahasa. Saya juga meneliti kelemahan berdasarkan refleksi yang
dinyatakan oleh Prof. ketika akhir pembelajaran. Berdasarkan kenyataan yang
ditulis oleh Prof. pada borang itulah dapat saya nilai dan memahami kesilapan
yang kami lakukan dalam sesi pengajaran.
6.3 Mencerap
Saya kemudian mencerap dan memungut
data berdasakan alat kajian yang dipersetujui, iaitu menggunakan borang
penilaian yang penyeliaan saya yang telah dicatat oleh Prof.. Borang penilaian
tersebut menjadi bukti dan data yang boleh membantu saya dalam memperbaiki
kekurangan yang ada. Selain itu, guru pembimbing juga ada memberikan nasihat
tambahan dalam memastikan bahawa saya mamapu mengajar dengan baik sama ada
ketika seliaan atau selepas sesi penyeliaan dan pada alam reality. Terdapat
pelbagai pandangan dan pendapat daripada beberapa orang guru pembimbing dan
penyelia praktikum saya. Begitu juga dengan motivasi membina bagi memastikan bahawa
saya sentiasa meningkatkan pengajaran dengan menggunakan pelbagai teknik
penagajarn dan menarik minat murid untu fokus dalam kelas. Selain itu, penyelia
juga ada menasihatkan bahawa untuk menjadi seorang guru, saya haruslah bersedia
untuk menghadapi pelbagai cabaran kelak. Borang penilaian saya telah
dilampirkan dalam buku/fail rancangan pengajaran saya sebagai rujukan untuk
penambahbaikan dan untu seminar refleksi kelak.
6.4 Menganalisis data dan mereflek
Saya
menganalisis dan membuat refleksi akan diri saya sama ada, terdapat berlakunya
kesilapan atau pun tidak. Refleksi yang diberikan Prof. ketika seliaan pertama
ini sangat membantu dalam meningkatkan teknik terbaharu dalam pengajaran saya.
Saya dijelaskan agar sentiasa membawa teknik baharu dalam penyampaian setiap
waktu pengajaran agar murid tidak bosan dan seronok melalui proses pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, saya juga disarankan agar meningkatkan kemahiran
menjawab dan mengesan isi tersurat dengan
cara yang betul agar mereka seterusnya boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut
dalam menjawab soalan peperiksaan kelak. Seterusnya Prof, juga ada menyatakan
bahawa, saya juga perlu sentiasa membetulkan niat dan keinginan ketika mengajar
murid di sekolah. Keikhlasan adalah perkara yang sangat penting dalam
memastikan murid sentiasa dekat dan boleh menerima setiap pengajaran saya. Berdasarkan
penelitian ini, dapat dilihat bahawa, saya akan memperbaiki segala kelemahan dan
meningkatkan kualiti pengajaran yang ada pada sesi penilaian kedua akan datang.
Selain itu, terdapat juga idea – idea baharu yang saya perolehi bagi memastikan
bahawa pengajaran saya sentiasa interaktif, contohnya, Prof. menginginkan saya
mengajar KOMSAS menggunakan teknologi maklumat ( TMK ) pada seliaan yang akan
datang. Beliau ingin melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan bahan bantu
mengajar berasaskan TMK dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS
sebagai bahagian yang menarik ,berkesan, dan mampu diingati oleh murid.
Gelungan 2 ( Penyeliaan kedua )
6.5
Merancang
Pada seliaan yang
ketiga ini, saya memilih untuk menggunakan TMK dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Saya memilih novel Melunas Rindu sebagai topik utama pengajaran
pada hari ini. Sebelum ini, Prof. ada menyatakan bahawa pada seliaan pengajaran
kali ini, beliau ingin saya menggunakan TMK sebagai bahan utama dalam
pengajaran. Pada perancangan saya, saya ingin mengajar menggunakan powerpoint dan menggunakan 4 cabang
multimedia utama iaitu teks, audio, dan video, namun saya tidak dapat membina
animasi grafik untuk sesi pengajaran kali ini. Pengajaran kali ini pula saya
laksanakan di dalam bilik bahasa Melayu SMK (P) Temenggong Ibrahim memandangkan
bilik tersebut begitu kondusif, dan mempunyai peralatan yang cukup untuk
pembelajaran secara interaktif. Selain itu, kedudukan murid juga disesuaikan
secara berkumpulan bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti berkumpulan pada waktu
tersebut. Berikut adalah senarai rancangan pengajaran saya untuk sesi seliaan
kedua pada kali ini :
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Cacatan
|
Set Induksi
5
Minit
|
i.
Guru mewujudkan
kesediaan murid.
ii.
Guru memainkan muzik
lagu ‘Ombak Rindu’
iii.
Guru meminta murid
menyanyikannya bersama – sama.
iv.
Seterusnya guru
bertanyakan murid akan nilai yang diperolehi dalam lagu tersebut dan
mengaitkannya dengan persekitaran murid.
-
Kasih Sayang
-
Kegigihan
-
Kesyukuran
v.
Guru menjelaskan
berkenaan topik pembelajaran pada hari ini iaitu berkaitan dengan watak dan
perwatakan, nilai dan juga pengajaran dalam novel Melunas Rindu.
|
|
Fasa 1 :
Memberitahu
15 Minit
Pengenalan dan
pembinaan isi kandungan
|
i.
Guru meminta pandangan murid berkenaan makna perkataan melunas dan perkataan rindu.
-
Melunas : menyelesaikan
-
Rindu : ingin berjumpa seseorang.
ii.
Guru kemudiannya mengaitkan tajuk novel dengan kisah yang terdapat dalam
novel tersebut.
iii.
Guru meminta seorang murid tampil kehadapan untuk menceritakan sinopsis
novel Melunas Rindu yang telah di baca.
iv.
Kemudian, guru menayangkan slaid tentang sinopsis sebenar novel Melunas
Rindu.
v.
Berdasarkan sinopsis tersebut, guru akan menyoal murid tentang elemen
KOMSAS yang terdapat dalam sinopsis tersebut.
vi.
Seterusnya guru menjelaskan berkenaan 5 elemen KOMSAS yang utama
menggunakan slaid iaitu :
-
Tema/Persoalan
-
Plot
-
Watak dan perwatakan
-
Latar
-
Nilai
-
Pengajaran
vii.
Guru kemudiannya menjelaskan teknik mencipta pantun yang baik kepada
murid.
|
|
Fasa 2 : Transisi
5 Minit
Guru menjelaskan
bagaimana kumpulan boleh berfungsi
Teknik Adaptasi
|
i.
Kemudian guru meminta murid membentuk 5 buah kumpulan.
ii.
Guru memberikan sebuah kotak yang mengandungi 5 kertas warna berbeza dan
meminta murid mencabut warna – warna tersebut :
-
Biru : Tema/Teknik dan plot
-
Jingga : Watak
-
Hijau : Latar
-
Ungu : Nilai
-
Kuning : Pengajaran
iii.
Murid diminta berkumpul mengikut warna masing – masing dan membincangkan
topik yang telah dinyatakan.
iv.
Setiap kumpulan haruslah menguasai 1 bahagian dalam komponen sastera
iaitu :-
-
Tema/plot
-
Watak dan perwatakan
-
Latar
-
Nilai
-
Pengajaran
v.
Kemudian murid diminta untuk mengesan setiap elemen KOMSAS daripada novel Melunas Rindu dan menguasainya
komponen tersebut.
vi.
Kemudian, mereka juga perlu membina serangkap pantun berdasarkan pembahagian kumpulan :
-
1 : Pantun Tema/persoalan
-
2 : Pantun Watak
-
3 : Pantun Latar
-
4 : Pantun Nilai
-
5 : Pantun Pengajaran
vii.
Setelah itu, murid diminta untuk menyampaikan maklumat yang telah
diperolehi daripada pembacaan kepada rakan sekumpulannya.
viii.
Ketika sesi perkongsian maklumat dijalankan, murid lain diminta untuk
mencatat maklumat tersebut dalam peta minda yang telah diberikan.
ix.
Kemudian pantun tersebut akan dicantumkan, menjadi satu cerita berkenaan
novel tersebut. Hal ini bermakna setiap kumpulan akan menghasilkan 1 rangkap pantun yang berbeza
mengikut komponen KOMSAS yang telah diberitahu.
x.
Pantun tersebut akan dicatatkan dalam kertas sebak yang diberikan oleh
guru.
|
|
Fasa 3 : Kerja
kumpulan
25 Minit
Guru memantau dan
membantu usaha pelajar
|
i.
Guru memberikan kertas sebak, dan kad manila kepada murid.
iii.
Seterusnya, guru memantau dan membantu murid dalam melaksanakan tugasan
tersebut.
|
|
Fasa 4 : Penilaian
25
Minit
Setiap individu terlibat
|
i.
Guru mengedarkan peta minda kepada murid.
ii.
Seterusnya, guru meminta setiap kumpulan menghantarkan seorang wakil ke
hadapan dan membentangkan bahagian KOMSAS yang dikaji dan juga pantun novel
Melunas Rindu yang telah dihasilkan.
iii.
Kumpulan yang dapat menghasilkan pantun yang baik dikira sebagai
pemenang.
|
|
Penutup Kognitif
:
5 Minit
|
i.
Murid dapat merumuskan pembelajaran pada hari ini.
ii.
Guru memberikan sedikit motivasi berkenaan nilai – nilai murni yang
terdapat dalam novel Melunas Rindu.
iii.
Guru meminta murid melengkapkan peta minda yang telah diberikan.
iv.
Guru menamatkan kelas dengan serangkap pantun.
Jauh
terpisah cinta Farhana,
Utuh jua
kasih seorang ibu,
Andai
takdir sudah dipena,
Tuhan
sahaja menjadi penentu,
|
|
Saya menyasarkan
segala aktiviti dan keperluan pengajaran dapat digunakan dan dilaksanakan
sepenuhnya. Hal ini bagi memastikan saya membuat perubahan akan setiap perkara
yang perlu diperbaiki sebelum ini, seperti pelaksanaan fasa dan juga penguasaan
masa dalam sesi pengajaran. Masa amatlah penting untuk dipatuhi kerana masa
akan membawa guru mencapai objektif mengikut ketetapan yang telah dirancang
dalam rancangan pengajaran. Berdasarkan pengajaran pada kali ini, murid
kelihatan lewat 2 minit untuk masuk ke kelas. Perkara ini memerlukan saya untuk
mengawal masa set induksi saya dan mengurangkannya kepada 3 minit. Jika saya
tidak mengurangkan waktu set induksi, maka waktu untuk langkah lain juga akan
tertunda dan boleh menyebabkan obejktif pembelajaran tidak tercapai. Saya
sebaik – baiknya cuba untuk mengatasi masalah kekurangan masa tersebut bagi
memastikan objektif pengajaran hari ini dapat dicapai seiring dengan kenyataan
yang telah dicatat pada rancangan pengajaran harian.
ii.
Penyelidik mengkaji literatur yang berkaitan;
·
Berbincang dengan guru
pembimbing tentang pelaksanaan kajian :
o Masa
kajian/seliaan
Masa
kajian/seliaan berjalan selama 80 minit, berbeza dengan seliaan pertama yang hanya
mengambil satu masa sahaja iaitu 40 minit. Kelas bermula pada jam 7.30 pagi
hinggan 8.50 pagi. Waktu ini adalah waktu kedua dan ketiga selepas program Nadi
Ilmu Amalan Membaca (NILAM) pada awal pagi. Saya sentiasa memikirkan akan cara
untuk menarik semangat mereka untuk mulakan pembelajaran memandangkan kelas
bermula pada awal pagi.
o Murid
yang terlibat
Murid yang
terlibat dalam penyeliaan kedua ini adalah pelajar kelas 4 Bumi yang memiliki
jumlah murid seramai 27 orang. Terdapat 17 orang murid berbangsa Cina, dan 10
orang murid berbangsa Melayu yang rata – ratanya penduduk setempat. Murid kelas
terdiri daripada murid cemerlang bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) 2013 yang lalu. Sungguhpun murid kelas ini kebanyakannya berbangsa Cina,
namun mereka memiliki penguasaan bahasa Melayu yang sangat baik.
o Kemahiran
fokus
Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan
kemahiran berfikir secara kritis.
o
Pendekatan/Model/Kaedah pengajaran
Model yang
digunakan adalah model koperatif yang mengandungi 5 fasa iaitu :
Ø Set
Induksi. 5 Minit
Ø Fasa 1 : Memberitahu – Pengenalan dan pembinaan isi
kandungan. 15 Minit
Ø Fasa 2 : Transisi –
Guru menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi. 5 Minit
Ø Fasa 2 : Transisi –
Guru menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi. 5 Minit
Ø Fasa 3 : Kerja kumpulan – Guru memantau dan membantu usaha pelajar. 25 Minit
Ø Fasa
4 : Penilaian – Setiap individu
terlibat. 25 Minit
Ø Penutup Kognitif : 5 Minit
o Alat
bantu
§ Papan putih
§ Lembaran Kerja ( Peta Minda
)
§ Gitar
§ Kertas Sebak
§ Kad manila
§ Komputer
§ LCD
§
Marker
Ø Alat
yang digunakan untuk memungut data (wajib dan dijadikan lampiran dalam laporan
nanti)
o Perancangan
pengajaran dan sebagainya
Perancangan
pengajaran dibuat dengan teliti bagi memastikan masa yang diperuntukkan itu
dikuasai sepenuhnya serta objektif yang dibina dapat dicapai sebaiknya.
Aktiviti pengajaran berjalan dengan baik, guru menyediakan teks dan juga
berpandukan rancangan pengajaran harian bagi memastikan guru sentiasa berada
pada langkah yang betul pada waktu yang telah ditetapkan agar pembelajaran
tampak lebih lancar. Bahan bantu mengajar yang digunakan juga disusun mengikut
fasa pengajaran bagi memastikan guru tidak lupa akan perancangan masa dalam
menguruskan bahan bantu mengajar yang telah disediakan. Momentum bahagian ini
dikekalkan seperti pada penyeliaan pertama penyelia praktikum.
·
Penyelidik membuat
perancangan secukupnya untuk mengajar.
Perancangan yang
secukupnya dibuat, segala pengurusan bahan bantu mengajar dapat dilaksanakan
mengikut fasa. Penyelidik memastikan waktu yang digunakan sentiasa bersesuaian
dengan fasa yang telah dibina.
6.6
Melaksana
Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran ( PdP) pada kali ini memberikan saya satu dimensi baharu kerana
saya berada dalam proses memperbaiki kualiti pengajaran saya berpandukan
kelemahan – kelemahan yang saya ketahui daripada komen guru pembimbing dan juga
penyelia praktikum. Berdasarkan seliaan guru pembimbing, beliau banyak menjelaskan
agar memperbaiki kawalan masa, mematuhi fasa pengajaran, kemahiran memberikan
rangsangan kepada murid dan menggunakan bahasa Melayu tinggi dalam sesi
pengajaran. Kemudian berdasarkan komen pensyarah, beliau menyarankan agar saya
meningkatkan lagi mutu pengajaran dengan mengajar murid akan kemahiran –
kemahiran tertentu bersesuaian dengan soalan yang bakal mereka jawab.
Bertepatan dengan tujuan saya dalam mencapai objektif dan juga memperbaiki
kelemahan saya, saya menyusun sebuah teks bagi memudahkan saya membuat rujukan
dan membolehkan saya mengawal masa mengikut aktivit serta memandu saya
melaksanakan sebuah penerangan yang baik. Sebelum ini, pada seliaan pertama
saya juga ada menyediakan teks bagi sesi pengajaran saya agar setiap langkah
lebih terarah dan tersusun. Kemudian, begitu juga pada bahagian penyeliaan
kedua ini, saya menyediakan teks berpandukan langkah – langkah dalam rancangan
pengajaran harian yang telah saya bina. Jelasnya, teks atau skrip pengajaran
tersebut sangat membantu saya membolehkan setiap perkara yang saya rancang pada
fasa – fasa tersebut mencapai objektif fasa tersebut. Sebagai contoh saya ada
menggunakan teknik penyoalan dan juga menjana idea pada bahagian set induksi,
saya seterusnya menyediakan soalan yang ingin diajukan. Perkara ini bukan
sahaja membentuk pengajaran saya lebih holistik malah membantu saya mencapai
objektif fasa yang telah saya catat pada bahagian awal rancangan pengajaran
tersebut. Selain itu, skrip sangat membantu saya dalam mengunakan bahasa Melayu
tinggi dan membolehkan saya sentiasa mengingati soalan yan bakal diajukan
kepada murid sebagai satu rangsangan agar minda murid sentiasa berada di dalam
kelas dan fokus. Susunan langkah yang telah saya pindahkan dalam bentuk teks
membantu saya mengawal setiap kelancaran pelaksanaan pengajaran. Bagi bahagian
kejelasan memberikan arahan, saya menggunakan langkah bernombor contohnya :
F2
|
-
Baik, adalah kamu faham akan teknik
menulis PANTUN tersebut?
-
Seterusnya, kita akan mengadakan 2
aktiviti dalam 1 masa…
-
Sila dengar dengan jelas dan berikan
tumpuan sepenuhnya.
-
1.
Baik
yang pertama, saya akan serahkan KOTAK MISTERI ini, haha misteri sangat!
Haha… di dalam kotak ini terkandung kertas berwarna, sila ambil kertas
berwarna tersebut dan duduk mengikut
warna yang telah kamu perolehi. Pastikan! Setiap kumpulan mempunyai berlainan
bangsa, iaitu bercampur antara murid berbangsa Melayu dan juga Cina.
-
2.
Kedua,
kamu dikehendaki membuat satu pembentangan berkenaan :
-
Tema/plot
-
Watak
dan perwatakan
-
Latar
-
Nilai
-
Pengajaran
-
Baik, setelah itu, sila berbincang
akan maklumat yang kamu perolehi dan berikan contoh pada setiap maklumat yang
kamu perolehi ketika sesi pembentangan,
-
Kamu digalakkan menggunakan teknik
peta minda dalam pembentang sebentar nanti.
-
3.
Seterusnya, setelah selesai mencari maklumat, saya
ingin kamu membina SERANGKAP PANTUN,
berpandukan ELEMEN KOMSAS yang kamu laksanakan.
-
Pantun yang menarik apabila kamu mampu
menyelitkan, maklumat tersebut dalam bentuk kata yang PUITIS dan INDAH bagi
memastikan pantun kamu tampak menarik dan juga berinformasi.
-
Setiap kumpulan perlu membina
serangkap pantun sahaja.
-
Setelah itu, kamu akan melaksanakan
pembentangan aktiviti yang telah kamu lakukan dihadapan kelas.
-
Boleh?
|
6.7
Mencerap
Ketika sesi
penyeliaan kedua ini berjalan, saya secara tidak langsung mencerap kemampuan
murid dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Hal ini kerana, sebelum
penyeliaan kedua ini berjalan, saya telah pun mengaplikasikan rancangan
pengajaran yang sama pada kelas 4 Zuhrah, dan murid mengalami kesukaran untuk
melaksanakan tugasan dan tidak dapat menerima arahan dengan jelas. Oleh itu,
saya cuba memperbaiki bahagian penerangan dan juga memurnikan semula rancangan
pengajaran ini bagi memastikan ianya mudah dan ringkas serta aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan tampak lebih
sesuai dan relevan dengan topik pembelajaran. Memandangkan kelas 4 Bumi
memiliki ramai murid berbangsa Cina, mungkin mereka akan mengalami sedikit
kesulitan untuk mencipta pantun, dan saya telah menjelaskan bahawa, setiap
kumpulan perlu memiliki beberapa orang murid Melayu bagi bersama – sama
membantu dalam menjana idea membina pantun berdasarkan elemen sastera yang
diberikan. Pencerapan awal yang dijalankan pada kelas 4 Zuhrah sebelum ini
membantu agar saya memperbaiki setiap rentak pengajaran bagi memastikan murid
mampu mencapai obejktif pembelajaran pada hari ini. Pemerhatian dijalankan
secara berkala dengan memantau murid melaksanakan kerja berkumpulan ketika Fasa 3 : Kerja Kumpulan. Saya juga
menggunakan teknik penyoalan dengan bertanyakan kepada murid akan masalah yang
mereka hadapi dalam melaksanakan aktiviti yang telah diberikan. Soalan yang
diajukan sebenarnya membantu memudahkan saya mencerap perkara dan masalah yang
timbul dalam aktiviti pembelajaran ini.
6.8
Menganalisis data dan mereflek
Saya
menganalisis data dan melaksanakan refleksi berpandukan pencerapan penerimaan
pembelajaran murid dan juga nasihat dan bimbingan daripada Prof. . Saya telah mengadaptasi dan mengelolakan
idea dan pandangan Prof. untuk melihat penggunaan ICT dalam pengajaran pada
seliaan kedua ini. Saya telah menggabungkan penggunaan ICT dan juga
pembelajaran KOMSAS bagi menarik perhatian murid. Kemudiannya saya telah
menggunakan lirik lagu sebagai satu bahan bagi membolehkan murid dapat
mengingat kembali dan satu teknik ulang kaji yang berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya, saya mendapati, terdapat kesilpan pada bahagian
pembentangan. Saya sewajarnya memberikan ruang kepada murid untuk menyelesaikan
sepenuhnya bahan pembentangan mereka sebelum masuk ke bahagian penilaian. Murid
juga dilihat dapat mengulang kaji pembelajaran dalam suasana yang kondusif dan
menyeronokkan. Mereka lebih mudah menerima pembelajaran hari ini yang saya beri sedikit nafas baharu dalam pengajaran
KOMSAS yang sebelum ini dianggap bosan dan menyukarkan. Seterusnya, penggunaan
bahan bantu mengajar berasaskan TMK juga sebenarnya sangat sesuai dengan
pembelajaran KOMSAS. Hal ini kerana, penyampaian lebih jelas berbanding
pengajaran konvensional. Murid boleh mempelajari sesuatu bahan KOMSAS itu
berpandukan tontonan video lakonan, montaj dan juga bahan berbentuk audio. Saya
mengetengahkan pengajaran berasaskan montaj atau video berteks dan kemudiannya
saya menggunakan powerpoint untuk
menjalankan pembentangan. Aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan
baik, murid dapat mengulang kaji, dapat membina pantun dan dapat mengimbas tema
dan persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, nilai dan pengajaran
novel Melunas Rindu. Objektif pengajaran tercapai.
7.0 Rumusan
Kesimpulannya, terdapat pebagai ilmu baharu
yang kami perolehi hasil daripada perbincangan dalam merancang rancangan
pengajaran baharu sehingga kepada respon daripada guru pembimbing dan penyelia
praktikum. Terdapat beberapa teknik pengajaran yang dapat diperbaiki seperti
teknik variasi rangsangan, dan teknik menerang. Kemudian, saya mencari
alternative terbaharu bagi membolehkan pengajarn menjadi lebih menarik. Pelbagai
lagi kekurangan kecil yang telah saya sendiri lakukan ketika seliaan kedua.
Perkara ini menjadi pengajaran pada saya agar sentiasa peka ketika berada dalam
sesi mengajar. Umumnya, ilmu yang diperolehi ini datang secara langsung dan
tidak langsung berdasarkan persekitaran sesi pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat yang diberikan oleh guru pembimbing dan penyelia telah saya jadikan
sebagai panduan agar dapat saya perbaiki pada pengajaran yang berikutnya dan
juga ketika melangkah ke alam persekolah selepas mendapat petempatan mengajar
kelak.
8.0 Kajian selanjutnya
Berkemungkinan kajian seterusnya akan saya
lakukan untuk melihat tahap penerimaan murid ketika mempelajarai sesuatu topik
dengan menggunakan teknik dan kemahiran yang betul. Kemahiran menulis karangan
dan menjawab soalan kefahaman rumusan mahupun KOMSAS. Saya akan mendidik murid
cara menjawab dan memahami kemudian saya akan meminta murid mengaplikasikannya
pada pembelajaran seterusnya. Saya ingin melihat sama ada kemahiran menjawab
yang diajarkan tersebut berjaya atau pun masih perlukan pengukuhan Kemahiran
menjawab ini penting bagi memastikan bahawa murid tahu akan cara menulis,
merumus, mengesan jawapan dengan baik, daripada menghafal cara menulis
karangan, dan menghafal jawapan – jawapan daripada skema jawapan yang
diberikan. Pengajaran kemahiran menjawab soalan ini adalah perkara yang penting
bagi memastikan murid dapat menerapkan dan sebati dalam diri dan menjadikan
pembelajaran bahasa Melayu ini adalah pembelajaran sepanjang hayat.