Monday 13 October 2014

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
 ( MODEL KOPERATIF )

Nama                           :           Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli        D 20111047479
Tingkatan                    :           4 Bumi
Bilangan Pelajar          :           27 Orang           
Tarikh                          :           26 Ogos 2014
Masa                            :           7.30 – 8.50 pagi
Tema                           :           Minggu Kerjaya
Tajuk                           :           Sajak Tiba Waktunya dan Prosa Tradisional Hikayat Indra Nata
Genre                          :           KOMSAS
Model                          :           Koperatif
Bidang                        :           Maklumat

Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran

HPU
8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu.
HPK
8.1 Membuat pertimbangan secara teliti terhadap maklumat yang telah disusun.

ARAS 1 ( vii )
Membaca dengan teliti  dan mengubah suai maklumat (ditambah, dibuang, atau digabungkan ) berdasarkan fakta dan respons baru yang diterima.

Fasa
Objektif Fasa
Set Induksi


Fasa 1 :


Fasa 2 :


Fasa 3 :


Fasa 4 :


Penutup :




Objektif                                  :   Pada akhir pembelajaran, murid dapat membina soalan berkenaan tema, gaya bahasa, unsur bunyi, nilai dan pengajaran bagi sajak tiba waktunya serta tema, persoalan, plot, watak, gaya bahasa, latar, nilai dan pengajaran bagi prosa hikayat Indera Nata.
Kemahiran Bahasa               :  Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa                        :  Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum            : 
Nilai murni                              :   Kasih sayang, patriotisme, dan kesyukuran
Ilmu                                         :   Sejarah, sastera Melayu dan pendidikan moral.

Kemahiran Bernilai Tambah           : Kemahiran menjana idea, meramal, menghubungkait dan menganalisis.
Pengetahuan sedia ada                     :
                                                                                i.            Murid mengetahui tentang legenda Mahsuri.
                                                                              ii.            Murid mengetahui cara untuk mendeklamasikan sajak.
Alat dan bahan bantu mengajar : 
        i.            Papan putih
      ii.            Lembaran Kerja ( Peta Minda )
    iii.            Buku soalan Big book
    iv.            Marker
Fasa & Objektif Fasa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
5 Minit

        i.            Guru mewujudkan kesediaan murid
      ii.            Guru meminta murid murid mendeklamasikan sajak tiba waktunya.
    iii.            Guru bersoal jawab tentang isi sajak.
    iv.            Guru menjelaskan maksud prosa.
      v.             Guru menjelaskan topik pembelajaran pada hari ini.



Fasa 1 : Memberitahu
20 Minit

Pengenalan dan pembinaan isi kandungan


        i.            Guru menceritakan serba sedikit tentang isi sajak yang telah dideklamasikan oleh murid.
      ii.            Seterusnya guru meminta seorang murid untuk membentangkan sajak tiba waktunya.
    iii.            Kemudiannya guru juga membuat pembentangan berkenaan hikayat Indera Nata.
    iv.            Murid diminta untuk mencatat maklumat yang diperolehi dalam peta minda.



Fasa 2 : Transisi
10 Minit

Guru menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi

        i.            Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
      ii.            Murid diminta untuk memahami penerangan guru berkenaan aktiviti berkumpulan pada sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.
    iii.            Murid diminta untuk mencatatkan maklumat yang diperolehi dalam kertas bersaiz A3 berkenaan tema, gaya bahasa, unsur bunyi, nilai dan pengajaran tentang sajak tiba waktunya dan prosa tradisional iaitu hikayat Indera Nata.
    iv.            Guru menyatakan tentang tugasan murid dalam setiap kumpulan.
      v.            Murid diminta untuk menggubal soalan sendiri.
    vi.            2 kumpulan akan menggubal 10 soalan berkenaan sajak tiba waktunya manakala 2 buah kumpulan diminta untuk menggubal soalan berkenaan prosa tradisional iaitu hikaya Indera Nata.
  vii.            Soalan tersebut perlu dicatat dengan kreatif di atas buku soalan yang telah disediakan oleh guru.


Fasa 3 : Kerja kumpulan
30 Minit

Guru memantau dan membantu usaha pelajar

        i.            Guru memantau kerja murid.
      ii.            Guru membantu murid membina soalan dan membuat aktiviti sumbang saran bagi memastikan soalan yang bakal dibina itu relevan dan sesuai dengan sajak dan prosa tradisional yang dipelajari.



Fasa 4 : Penilaian
10 Minit

Setiap individu terlibat

        i.            Guru meminta setiap kumpulan membentangkan 5 soalan daripada 10 soalan yang dibina dan membuat kuiz kecil dan meminta semua kumpulan menjawabnya dengan baik.
      ii.            Murid perlu menulis jawapan pada papan putih.
    iii.            Kumpulan yang mempunyai markah yang tepat dikira sebagai pemenang.

Penutup Kognitif :
5Minit

         i.            Murid merumuskan pembelajaran hari ini secara sukarela atas permintaan guru.
       ii.            Guru merumus secara ringkas tentang pembelajaran hari ini.
     iii.            Murid diminta untuk melengkapkan buku KUKOM tersebut dan menghantarkannya pada esok hari.
     iv.            Guru memberikan sedikit motivasi tentang pembelajaran hari ini.



Refleksi :

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________



No comments:

Post a Comment