RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KOPERATIF )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 7 Oktober 2014
Masa : 7.30 – 8.50 pagi
Tema : Warisan Bangsa
Tajuk : Melunas Rindu
Genre : KOMSAS
Model : Koperatif
Bidang : Estetik
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
10.0 Memahami dan
memberikan respons peribadi tentang karya sastera
HPK
10.6 Mengulas
karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan
sudut pandangan.
|
ARAS 1 (v)
Menjelaskan aspek watak dan perwatakan, latar, plot,
gaya bahasa dan sudut pandangan dalam karya
|
Fasa
|
Objekif Fasa
|
Set Induksi
|
Murid dapat meneka topik
pembelajaran pada hari ini dan dapat mengetahui serba sedikit berkenaan nilai
murni yang terdapat dalam novel yang bakal dipelajari.
|
Fasa 1 : Memberitahu
|
Murid dapat
mengetahui makna istilah melunas dan istilah rindu dan dapat memahami
perkaitannya dengan kisah dalam novel tersebut dan kemudiannya dapat
mempelajari serba sedikit tentang watak utama dalam cerita tersebut.
|
Fasa 2 : Transisi
|
Murid dapat memahami
aktiviti yang bakal dilaksanakan iaitu :
i.
Melengkapkan peta minda dengan
maklumat tentang komponen KOMSAS yang diperolehi berdasarkan perbincangan
secara jigsaw ii.
ii.
Dapat membina serangkap pantun
berkenaan komponen yang dibentangkan.
|
Fasa 3 : Kerja
Kumpulan
|
Murid dapat
melaksanakan tugasan yang diberikan berdasarkan penjelasan guru pada bahagian
transisi.
|
Fasa 4 : Penilaian
|
Murid dapat
menghasilkan serangkap pantun serta melengkapkan peta minda yang diperolehi
melalui pembentang rakan daripada kumpulan mereka dan kumpulan lain.
|
Penutup :
|
Murid dapat
merumuskan pembelajaran pada hari ini.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat melengkapkan peta minda berkenaan tema/persoalan,
watak dan perwatakan, latar, nilai dan pengajaran serta mencipta serangkap
pantun berdasarkan komponen KOMSAS yang mereka kaji melalui aktiviti
perbincangan teknik jigsaw ii.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, bertanggungjawab, berani dan
berkeyakinan
Ilmu : Kesusasteraan dan pendidikan moral
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara
kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
telah membaca novel Melunas Rindu
ii.
Murid
mengetahui sinopsis dan watak dalam novel tersebut.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja ( Peta Minda )
iii.
Kertas Sebak
iv.
Komputer
v.
LCD
vi.
Montaj
vii.
Kerusi
viii.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Cacatan
|
Set Induksi
5
Minit
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid.
ii.
Seterusnya guru meminta dua orang
wakil murid tampil ke hadapan.
iii.
Guru memberikan helaian kertas
dialog kepada murid dan meminta
murid melakonkan dialog tersebut.
iv.
Kemudian guru meminta murid lain
menyatakan jawapan akan sesi lakonan tadi.
v.
Guru membangkitkan motivasi murid
berkenaan nilai dan pengajaran yang terdapat pada dialog tersebut dan
mengaitkannya dengan persekitaran murid.
vi.
Guru menjelaskan berkenaan topik
pembelajaran pada hari ini iaitu berkaitan dengan watak dan perwatakan, nilai
dan juga pengajaran dalam novel Melunas Rindu.
|
|
Fasa 1 :
Memberitahu
15 Minit
Pengenalan dan
pembinaan isi kandungan
|
i.
Guru meminta pandangan murid berkenaan makna perkataan melunas dan perkataan rindu.
-
Melunas : menyelesaikan
-
Rindu : ingin berjumpa seseorang.
ii.
Guru kemudiannya mengaitkan tajuk novel dengan kisah yang terdapat dalam
novel tersebut.
iii.
Guru meminta seorang murid tampil kehadapan untuk menceritakan sinopsis
novel Melunas Rindu yang telah di baca.
iv.
Kemudian, guru menayangkan montaj berkenaan watak – perwatakan yang terdapat
dalam novel Melunas Rindu.
v.
Guru kemudiannya memanggil seorang murid tampil ke hadapan dan duduk di
atas kerusi yang disediakan.
vi.
Aktiviti ini dinamakan sebagai kerusi panas.
vii.
Guru meminta murid daripada kumpulan lain bertanyakan soalan tentang
watak perwatakan yang terdapat dalam montaj tersebut kepada murid yang berada
di kerusi panas tersebut.
viii.
Guru menjelaskan serba sedikit berkenaan teknik mengarang pantun untuk
aktiviti yang seterusnya.
ix.
Aktiviti seterusnya dipanggil sebagai teknik adaptasi menggunakan teknik
jigsaw ii.
|
|
Fasa 2 :
Transisi
5 Minit
Guru
menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi
Teknik Jigsaw II
Teknik Adaptasi
|
i.
Kemudian guru meminta murid membentuk 5 buah kumpulan.
ii.
Guru menjelaskan teknik pembelajaran secara jigsaw ii.
iii.
Setiap anggota kumpulan haruslah menguasai 1 bahagian dalam komponen
sastera iaitu :-
-
Tema/persoalan
-
Watak dan perwatakan
-
Latar
-
Nilai
-
Pengajaran
iv.
Kemudian murid diminta untuk mengesan setiap komponen KOMSAS daripada novel Melunas Rindu dan menguasainya
komponen tersebut.
v.
Kemudian, mereka juga perlu membina serangkap pantun berdasarkan pembahagian kumpulan :
-
1 : Pantun Tema/persoalan
-
2 : Pantun Watak
-
3 : Pantun Latar
-
4 : Pantun Nilai
-
5 : Pantun Pengajaran KOMSAS yang dipelajari.
vi.
Setelah itu, murid diminta untuk menyampaikan maklumat yang telah
diperolehi daripada pembacaan kepada rakan sekumpulannya.
vii.
Ketika sesi perkongsian maklumat dijalankan, murid lain diminta untuk
mencatat maklumat tersebut dalam peta minda yang telah diberikan.
viii.
Kemudian pantun tersebut perlu dicantumkan, menjadi satu cerita berkenaan
novel tersebut. Hal ini bermakna setiap kumpulan akan menghasilkan 1 rangkap pantun yang berbeza mengikut
komponen KOMSAS yang telah diberitahu.
ix.
Pantun tersebut akan dicatatkan dalam kertas sebak yang diberikan oleh
guru.
|
|
Fasa 3 : Kerja
kumpulan
25 Minit
Guru memantau
dan membantu usaha pelajar
|
i.
Guru memberikan peta minda dan juga kertas sebak kepada murid.
ii.
Murid diberikan masa selama 20 Minit untuk melaksanakan perbincangan.
iii.
Seterusnya, guru memantau dan membantu murid dalam melaksanakan tugasan
tersebut.
|
|
Fasa 4 : Penilaian
25
Minit
Setiap individu terlibat
|
i.
Seterusnya, guru meminta setiap kumpulan menghantarkan seorang wakil
kehadapan dan membentangkan pantun
novel Melunas Rindu yang telah dihasilkan.
ii.
Kumpulan yang dapat menghasilkan pantun yang baik dikira sebagai pemenang.
|
|
Penutup
Kognitif :
5 Minit
|
i.
Murid dapat merumuskan pembelajaran pada hari ini.
ii.
Guru memberikan sedikit motivasi berkenaan nilai – nilai murni yang
terdapat dalam novel Melunas Rindu.
iii.
Guru meminta murid melengkapkan peta minda yang telah diberikan.
iv.
Guru menamatkan kelas dengan serangkap pantun.
Jauh terpisah cinta Farhana,
Utuh lagi kasih seorang ibu,
Andai takdir sudah dipena,
Tuhan sahaja menjadi penentu,
|
|
Refleksi :
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum cikgu...saya nak minta izin guna idea utk kelas saya yang berikutnya...
ReplyDeletenak minta izin ambik idea dr sini ye..
ReplyDeletenak minta izin ambik idea dr sini ye..
ReplyDelete