Monday 13 October 2014

RPH KOMSAS ( W5 ) Mahsuri dan Adat Sezaman

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
( MODEL PENGAJARAN LANGSUNG/EKSPLISIT )

Nama                           :           Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli        D 20111047479
Tingkatan                    :           4 Bumi
Bilangan Pelajar          :           27 Orang
Tarikh                          :           19 Ogos 2014
Masa                            :           7.30 – 8.50 Pagi
Tema                           :           Kemasyarakatan
Tajuk                           :           Mahsuri dan Adat Sezaman
Genre                          :           KOMSAS
Model                          :           Pengajaran Langsung
Bidang                        :           Interpersonal

Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran

HPU
1.0 Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang seusuatu yang diperihalkan oleh orang lain.

HPK
1.4  Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan.

ARAS 2 (i)
Berbincang dengan menggunakan soalan bercapah aras tinggi dan memberikan jawapan yang tepat secara bertatasusila.


Objektif                                  :   Pada akhir pembelajaran, murid dapat mengetahui tema dan persoalan, gaya bahasa, unsur bunyi, nilai dan pengajaran daripada sajak Mahsuri dan Adat Sezaman.
Kemahiran Bahasa               :  Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa                        :  Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum            :  Moral, sastera Melayu
Nilai murni                              :   Bekerjasama, ketekunan, bertanggungjawab, berdikari
Ilmu                                         :  
Kemahiran Bernilai Tambah           : Kemahiran menjana idea, berfikiran kreatif, dan berfikiran kritis.
Pengetahuan sedia ada                     :
                                                        i.            Murid mengetahui tentang nilai – nilai murni.


Alat dan bahan bantu mengajar : 
        i.            Papan putih
      ii.            Lembaran Kerja ( Peta Minda )
    iii.            LCD
    iv.            Projektor
      v.            Komputer Riba
    vi.            Marker
Fasa & Objektif Fasa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Induksi Set
5 Minit

        i.            Siapakah Mahsuri menurut oengetahuan kamu?
      ii.            Apakah yang kamu faham tentang sajak yang telah rakan kamu deklamasikan?


        i.            Guru mewujudkan kesediaan murid.
      ii.            Murid diminta untuk mendeklamasikan sajak yang bakal dibincangkan.
    iii.            Guru menyoal murid tentang isi yang mereka perolehi pada sajak yang telah dibacakan.
    iv.            Murid memberikan respon berkenaan Mahsuri.


Fasa 1 : Pengenalan dan sorotan
5 Minit

Murid `ditarik’ untuk mengikuti pembelajaran


         i.            Guru melekatkan gambar mahsuri pada papan putih.
       ii.            Guru meminta murid menyatakan pelbagai kata adjektif yang mereka dapat gambarkan daripada gambar Mahsuri yang telah dilekatkan.
     iii.            Guru menceritakan serba sedikit tentang Mahsuri.
     iv.            Murid juga didedahkan serba sedikit tentang sajak Adat Sezaman.


Fasa 2 : Persembahan
30 Minit

Isi baharu diperkenalkan dan dihuraikan

         i.            Murid membentangkan tema, gaya bahasa, unsur bunyi, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sajak Mahsuri.
       ii.            Murid membentangkan tentang tema, gaya bahasa, unsur bunyi, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sajak Adat Sezaman .
     iii.            Murid diminta mencatat maklumat yang diperolehi dalam buku mereka.


Fasa 3 : Latihan berpandu
30 Minit

Murid melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah pengawasan guru

        i.            30 minit yang kemudian adalah pelaksanaan aktiviti pembelajaran KOMSAS.
      ii.            Guru memberikan kertas berbeza warna kepada setiap orang murid.
    iii.            Guru mengadakan aktiviti ‘pop kuiz’ di mana guru membahagikan murid ke dalam 3 kumpulan.
    iv.            Murid – murid ini perlu menjawab soalan yang diberikan berdasarkan powerpoint.
      v.            Undang – undang permainan pop kuiz :
-       Murid perlu menghantar 3 orang wakil untuk menjawab soalan.
-       Wakil boleh meminta bantuan dan pandangan rakan sekumpulan untuk memberikan jawapan.
-       Murid pertama yang mengangkat kad board berwarna ‘biru’ akan diberikan peluang menjawab soalan.
-       Seorang orang murid diminta untuk mencatat masa, dan seorang lagi murid ditugaskan untuk membantu guru dalam memilih kumpulan yang sudah bersedia untuk menjawab.
-       Setiap soalan mengandungi 10 markah.


Fasa 4 : Latihan kendiri
5 Minit

Murid melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran mereka sendiri

        i.            Guru meminta murid menyelesaikan latihan topik pembelajaran di rumah.
      ii.            Guru menjelaskan sedikit sebanyak berkenaan soalan dan memberikan sedikit panduan menjawab soalan.
    iii.            Murid melaksanakan tugasan mereka di rumah.

Penutup Kognitif
5 Minit

         i.            Guru merumuskan pembelajaran pada hari tersebut.
       ii.            Guru meminta murid menjelaskan tentang isi pembelajaran yang telah mereka perolehi pada hari ini.
     iii.            Guru merumuskan secara keseluruhan tentang pembelajaran KOMSAS pada hari ini.


Refleksi : ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________



No comments:

Post a Comment