RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL PENGAJARAN
LANGSUNG/EKSPLISIT )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 28 Ogos 2014
Masa : 8.20 – 9.00 pagi
Tema : Minggu Kerjaya
Tajuk : Ayat pasif dan ayat aktif.
Genre : Tatabahasa
Model : Pengajaran Langsung/Eksplisit
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
9.0 Menyampaikan maklumat
untuk tujuan tertentu.
HPK
9.1 Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata,
peribahasa dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara
tersusun dan kohesif.
|
ARAS 1 ( i )
Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata,
pepatah dan pelbagai ragam ayat yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.
|
Fasa
|
Objektif
fasa
|
Set
Induksi :
|
|
Fasa
1 :
|
|
Fasa
2 :
|
|
Fasa
3 :
|
|
Fasa
4 :
|
|
Penutup
:
|
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat mengetahui cara untuk menukar ayat
pasif kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. Murid dapat memperbaiki
cara pembinaan ayat berdasarkan frasa yang diberikan, mengesan kesalahan ejaan,
tatabahasa dan istilah serta memahami maksud peribahasa.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, bertanggungjawab, dan berdikari
Ilmu : Ilmu bahasa Melayu dan sosial
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara
kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i. Murid mengetahui ayat aktif dan ayat pasif
ii.
Murid dapat membina ayat yang baik berdasarkan istilah atau frasa yang diberikan.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Buku latihan
iii.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
Set
Induksi
5 Minit
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid.
ii.
Guru membuat aktiviti teka kata
tentang pembelajaran hari ini.
iii.
2 orang murid diminta untuk
terlibat dalam aktiviti teka kata ini.
iv.
Guru menjelaskan tentang topik
pembelajaran pada hari ini.
|
|
Fasa
1 : Pengenalan dan sorotan
5 Minit
Murid
`ditarik’ untuk mengikuti pembelajaran
|
i.
Murid dijelaskan tentang ayat
aktif dan juga ayat pasif.
ii.
Guru meminta 2 orang murid secara
sukarela memberikan contoh ayat pasif dan seorang lagi murid memberikan
contoh ayat aktif.
|
|
Fasa
2 : Persembahan
10 Minit
Isi baharu diperkenalkan dan dihuraikan
|
i.
Guru menjelaskan tentang ayat
aktif dan juga ayat pasif.
ii.
Guru menyoal murid tentang kata
sendi, imbuhan yang perlu ada dalam ayat pasif.
iii.
Guru meminta 3 orang wakil murid
menjawab soalan menukar ayat pasif kepada ayat aktif.
|
|
Fasa 3 : Latihan berpandu
10 Minit
Murid melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah pengawasan
guru
|
i.
Guru seterusnya memandu murid melaksanakan perbincangan berkenaan latihan
praktis 20 yang terdapat dalam buku latihan.
ii.
Guru menjelaskan serba sedikit berkenaan frasa yang terdapat pada soalan
(a).
iii.
Kemudian, guru beralih kepada soalan dibahagian (c), guru meminta murid
hadir ke hadaan menuliskan kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan yang mereka
temui dalam petikan ringkas yang disediakan.
iv.
Seterusnya, guru dan murid melaksanakan perbincangan bersama berkaitan
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Murid
diminta untuk memberikan respon pada setiap soalan yang diajukan.
v.
Guru juga meminta wakil murid untuk menjalankan satu lagi aktiviti
peribahasa, guru meminta murid membacakan soalan dan meminta murid kedua/lain
meneka peribahasa yang dimaksudkan berdasarkan bahasa tubuh yang rakan mereka
tunjukkan.
vi.
Aktiviti ini melibatkan semua murid.
|
|
Fasa 4 : Latihan kendiri
5 Minit
Murid melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran
mereka sendiri
|
i.
Murid diminta untuk melaksanakan tugasan mereka sepenuhnya.
ii.
Guru memantau segala aktiviti murid dan memberikan bantuan berkaitan
permasalahan menjawab soalan yang telah diberikan.
|
|
Penutup Kognitif
5 Minit
|
i.
Murid merumus tentang topik pembelajaran hari ini.
ii.
Guru meringkaskan topik pengajaran dan mengulang semula topik tersebut
secara menyeluruh.
iii.
Guru meminta murid menyiapkan tugasan yang diberikan.
|
|
Refleksi
:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment