RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL PENGAJARAN
LANGSUNG/EKSPLISIT )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Zuhrah
Bilangan Pelajar : 24
Orang
Tarikh : 12 Ogos 2014
Masa : 10.30 – 11.10 pagi
Tema : Amalan Gaya Hidup Sihat
Tajuk : Harapan peminat terhadap kemajuan
bola sepak tempatan dan rintangan – rintangan untuk
meningkatkan mutu bola sepak negara.
Genre : Rumusan
Model : Pengajaran Langsung/Eksplisit
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
7.0 Mendapat maklumat
daripada sumber yang didengar, dibaca dan ditonton.
HPK
7.1 Mengenal pasti dan
menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama dan isi penting dan isi relevan
tentang bahan yang didengar, dibaca
dan ditonton.
|
Aras 2 (i)
Membaca pantas secara luncuran dan imbasan untuk
menghubungkaitkan idea.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyenaraikan 6 isi tersurat
berkenaan harapan peminat terhadap bola sepak tempatan dan 2 isi tersirat
berkenaan rintangan – rintangan untuk meningkatkan mutu bola sepak negara.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum : Ilmu bahasa Melayu dan sosial
Nilai murni : Bekerjasama, ketekunan, toleransi, keyakinan
Ilmu :
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran menjana idea, meramal, menghubungkait dan menganalisis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui nama pasukan bola sepak negara.
ii.
Murid
mempunyai pengetahuan umum tentang sukan bola sepak dalam dan luar negara
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja
iii.
Papan kerja
iv.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
Set
Induksi
5 Minit
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid.
ii.
Guru menunjukkan gambar pemain
bola sepak kebangsaan.
iii.
Guru meminta murid menyatakan
pemain bola sepak yang mereka gemari.
iv.
Murid memberikan respons
berkenaan jumlah pemain dan jurulatih pasukan bola sepak yang mereka kenali.
v.
Guru bersoal jawab tentang
pengetahuan am murid berkenaan bola sepak
vi.
Guru menerangkan tentang topik
pembelajaran hari ini.
|
|
Fasa
1 : Pengenalan dan sorotan
5 Minit
Murid
`ditarik’ untuk mengikuti pembelajaran
|
i.
Murid ditarik dengan soalan
pengetahuan berkenaan sukan bola sepak.
ii.
Murid memberikan pandangan mereka
berkenaan hala tuju pasukan bola sepak di Malaysia.
iii.
Guru menjelaskan serba sedikit
berkenaan sukan bola sepak.
|
|
Fasa
2 : Persembahan
5 Minit
Isi baharu diperkenalkan dan dihuraikan
|
i.
Murid diminta untuk membaca teks
secara sukarela.
ii.
Murid lain menyemak dan
menggariskan isi tersurat yang mereka perolehi berpandukan pembacaan daripada
rakan mereka
iii.
Murid diminta untuk menyatakan
isi tersirat yang dapat mereka kesan selepas aktiviti perbincangan.
|
|
Fasa 3 : Latihan berpandu
10 Minit
Murid melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah
pengawasan guru
|
i.
Guru memberikan kumpulan kepada murid.
ii.
Murid mencatat isi yang telah mereka perolehi pada papan kerja yang telah
disediakan.
iii.
Murid diminta untuk meletakkan jawapan mereka pada papan kerja yang
disediakan.
iv.
Murid ditugaskan membincangkan isi tersirat dalam setiap kumpulan.
|
|
Fasa 4 : Latihan kendiri
10 Minit
Murid melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran
mereka sendiri
|
i.
Murid diminta untuk menyiapkan latihan yang diberikan.
ii.
Jawapan yang tepat perlulah diisi pada ruangan jawapan yang disediakan.
iii.
Murid perlu menampalkan lembaran kerja tersebut pada buku rumusan mereka.
|
|
Penutup Kognitif
5 Minit
|
i.
Guru meminta murid untuk menyatakan pendapat mereka mengenai isi
pelajaran pada hari ini.
ii.
Setelah itu, guru sendiri akan membuat rumusan mengenai isi pembelajaran
pada hari ini.
Guru meminta murid melengkapkan maklumat berkenaan pembelajaran hari ini
ke dalam buku nota.
|
|
No comments:
Post a Comment