RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL PENGAJARAN
LANGSUNG/EKSPLISIT )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 21 Ogos 2014
Masa : 8.20 – 9.00 pagi
Tema : Patriotisme
Tajuk : Cakap ajuk cakap pindah, bina ayat,
kesalahan ejaan, imbuhan, istilah dan tatabahasa, memberi
maksud peribahasa.
Genre : Tatabahasa
Model : Pengajaran Langsung
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
9.0 Menyampaikan maklumat
untuk tujuan tertentu.
HPK
9.1 Menggunakan kata, istilah, frasa rangkai kata,
peribahasa dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara
tersusun dan kohesif.
|
ARAS 1 ( i )
Menentukan kata, istilah, frasa, rangkai kata,
pepatah, dan pelbagai ragam ayat yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat membina ayat dengan menggunakan
perkataan yang telah diberikan, mengesan kesalahan ejaan, istilah, imbuhan
serta makna peribahasa mengetahui tentang cakap ajuk dan cakap pindah,
berdasarkan soalan yang diberikan.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum : Ilmu bahasa Melayu dan sosial
Nilai murni : Bekerjasama, ketekunan, toleransi, keyakinan
Ilmu :
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara
kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mempunyai kemahiran mengesan kesalahan istilah, imbuhan dan juga kesilapan
tatabahasa melalui latihan sebelum ini.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Buku latihan
iii.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Cacatan
|
Set
Induksi
5 Minit
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid.
ii.
Guru meminta murid melakukan
sedikit regangan.
iii.
Guru melakukan sedikit aktiviti
meneka soalan yang telah diberikan.
iv.
Soalan berkenaan adalah berkait
rapat dengan pembelajaran pada hari tersebut yang berfokuskan kepada cakap
ajuk dan cakap pindah.
v.
Guru menerangkan tentang topik
pembelajaran.
|
|
Fasa
1 : Pengenalan dan sorotan
5 Minit
Murid
`ditarik’ untuk mengikuti pembelajaran
|
i.
Murid diminta untuk melakonkan
sebuah dialog.
ii.
Guru memberikan skrip dialog
kepada 2 orang murid.
iii.
Guru meminta 2 orang murid
berdialog dengan intonasi yang baik dihadapan kelas.
iv.
Guru meminta seorang murid secara
sukarela menjelaskan tentang isi dialog yang telah rakan mereka lakonkan.
v.
Guru menjelaskan secara
terperinci keterangan berkenaan dialog yang telah dilakonkan oleh murid.
|
|
Fasa
2 : Persembahan
10 Minit
Isi baharu diperkenalkan dan dihuraikan
|
i.
Guru menjelaskan tentang cakap
ajuk dan cakap pindah.
ii.
Guru menyatakan tentang
perihalnya memahami dan memindahkan maksud daripada sebuah dialog kepada ayat
penyata dan kepentingan untuk mendialogkan ayat penyata kepada bentuk dialog.
iii.
Guru memberikan sekeping ayat
penyata dan meminta murid melaksanakan aktiviti berkenaan cakap ajuk dan
cakap pindah.
|
|
Fasa 3 : Latihan berpandu
10 Minit
Murid melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah
pengawasan guru
|
i.
Guru melaksanakan perbincangan berkenaan cakap ajuk
cakap pindah, bina ayat, kesalahan ejaan, imbuhan, istilah dan tatabahasa,
memberi maksud peribahasa.
ii.
Guru meminta murid memberikan respon
ketika melakukan aktiviti latihan secara perbincangan.
iii.
Guru meminta pengelibatan semua
murid dalam menjawab setiap soalan yang telah dinyatakan dalam buku latihan.
|
|
Fasa 4 : Latihan kendiri
10 Minit
Murid melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran
mereka sendiri
|
i.
Murid diberikan masa untuk membuat latihan seterusnya.
ii.
Guru membuat pemantauan dan memantau serta membantu murid yang lemah
dalam membina ayat dan mengenal pasti kesalahan serta memperbaiki kesilapan
murid dalam membentuk cakap ajuk kepada cakap pindah.
|
|
Penutup Kognitif :
|
i.
Murid diberikan
peluang mengemukakan isi pembelajaran pada hari ini.
ii.
Guru merumuskan
isi pembelajaran pada hari ini secara ringkas.
iii.
Murid diminta
untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
|
|
Refleksi
:
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment