RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL PENGAJARAN
LANGSUNG/EKSPLISIT )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 14 Ogos 2014
Masa : 8.20 – 9.00 pagi
Tema : Sosial dan Kemasyarakatan
Tajuk : Kata hubung, bina ayat, kesalahan
ejaan, imbuhan, istilah dan tatabahasa, penggunaan kata hubung
serta peribahasa.
Genre : Tatabahasa
Model : Pengajaran langsung
Bidang :
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
9.0 Menyampaikan maklumat
untuk tujuan tertentu.
HPK
9.1
Menggunakan kata, istilah, frasa rangkai kata, peribahasa dan ayat yang tepat
serta indah untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif.
|
Aras 1 ( i )
Menentukan kata, istilah, frasa, rangkai kata,
pepatah, dan pelbagai ragam ayat yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat membina ayat dengan menggunakan
perkataan yang telah diberikan, mengesan kesalahan ejaan, istilah, penggunaan
kata hubung dan imbuhan serta makna peribahasa berdasarkan soalan yang
diberikan.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum : Ilmu bahasa Melayu dan sosial
Nilai murni : Bekerjasama, bertanggungjawab, berdikari dan berkeyakinan.
Ilmu :
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara
kritis.
Pengetahuan sedia ada :
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Buku soalan
iii.
Roda Tatabahasa
iv.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
Set
Induksi
5 Minit
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid.
ii.
Guru menyuruh murid berdiri dan memainkan
satu permainan yang dinamakan sebagai ‘Simon kata’
iii.
Permainan ini dimainkan bagi
mewujudkan keberadaan murid di dalam kelas.
iv.
Kemudian guru menyatakan tentang
topik pembelajaran pada hari ini.
|
|
Fasa
1 : Pengenalan dan sorotan
10 Minit
Murid
`ditarik’ untuk mengikuti pembelajaran
|
i.
5 orang murid diminta secara
sukarela ke hadapan kelas untuk memainkan ‘roda tatabahasa’.
ii.
Murid yang telah memainkan roda
tersebut perlu menjawab soalan yang diberikan.
iii.
Murid juga perlu menyalin semula
soalan dan jawapan tersebut dalam buku tatabahasa mereka.
|
|
Fasa
2 : Persembahan
5 Minit
Isi baharu diperkenalkan dan dihuraikan
|
i.
Guru menjelaskan tentang kata
hubung.
ii.
Guru meminta murid merujuk soalan
berdasarkan buku latihan yang mereka miliki.
|
|
Fasa 3 : Latihan berpandu
10 Minit
Murid melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah
pengawasan guru
|
i.
Guru memberikan masa untuk murid berbincang secara berpasangan.
ii.
Murid mengesan kesalahan ejaan, istilah, penggunaan kata hubung dan
imbuhan serta makna peribahasa berdasarkan soalan yang diberikan.
|
|
Fasa 4 : Latihan kendiri
5 Minit
Murid melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran
mereka sendiri
|
i.
Guru berbincang bersama murid tentang mengesan kesalahan ejaan, istilah,
penggunaan kata hubung dan imbuhan serta makna peribahasa berdasarkan soalan
yang diberikan.
ii.
Murid diminta menjawab soalan yang diberikan ke dalam buku latihan
tatabahasa.
|
|
Penutup
5 Minit
|
i.
Guru meminta murid untuk menyatakan pendapat mereka mengenai isi
pelajaran pada hari ini.
ii.
Setelah itu, guru sendiri akan membuat rumusan mengenai isi pembelajaran
pada hari ini.
Guru meminta murid melengkapkan maklumat berkenaan pembelajaran hari ini
ke dalam buku nota.
|
|
Refleksi
:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment