RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL PENGAJARAN
LANGSUNG/EKSPLISIT )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 11 September 2014
Masa : 8.20 – 9.00 pagi
Tema : Sosial
Tajuk : Ayat songsang kepada ayat susunan
biasa, kenal pasti makna, kesalahan penggunaan ejaan, imbuhan,
istilah dan peribahasa.
Genre : Tatabahasa
Model : Pengajaran Langsung/Eksplisit
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
9.0 Menyampaikan maklumat
untuk tujuan tertentu.
HPK
9.1 Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata,
peribahasa dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara
tersusun dan kohesif.
|
ARAS 1 ( i )
Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata,
pepatah dan pelbagai ragam ayat yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.
|
Fasa
|
Objektif fasa
|
Set
Induksi
|
|
Fasa
1
|
|
Fasa
2
|
|
Fasa
3
|
|
Fasa
4
|
|
Penutup
|
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat mengenalpasti makna perkataan dan
membina ayat, memahami bentuk ayat songsang, mengesan kesalahan ejaan, imbuhan,
istilah, kesalahan tatabahasa dan mengenalpasti peribahasa yang bersesuaian.
Kemahiran Bahasa
: Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, ketekunan dan kerajinan
Ilmu : Ilmu bahasa Melayu dan sosial
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara
kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui serba sedikit tentang makna istilah.
ii.
Murid
boleh menulis ayat menggunakan subjek dan predikat yang betul.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Buku latihan
iii.
Marker
Fasa &
Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set
Induksi
( 5 minit )
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid
ii.
Murid diminta untuk membuat
sedikit aktiviti regangan.
iii.
Guru memberikan sedikit motivasi
berkenaan pembelajaran melalui penceritaan.
iv.
Guru menjelaskan topik
pengajaran.
|
|
Fasa
1 : Pengenalan dan sorotan
(
10 Minit )
Murid
`ditarik’ untuk mengikuti pembelajaran
|
i.
Murid diberikan sebuah kotak
kecil untuk permainan kotak beracun.
ii.
Guru menjelaskan aktiviti
permainan dan undang – undang permainan.
iii.
Murid yang memperolehi kotak
tersebut perlu menjawab soalan yang diberikan dalam kotak tersebut.
iv.
Permainan berlangsung selama 5
minit.
v.
Murid yang tidak dapat menjawab
soalan tatabahasa yang diberikan akan diminta untuk menyanyi dihadapan kelas.
|
|
Fasa
2 : Persembahan
(
5 Minit )
Isi baharu diperkenalkan dan dihuraikan
|
i.
Guru menjelaskan topik
pembelajaran dengan lebih terperinci.
ii.
Guru meminta murid secara
sukarela menyatakan tentang pengetahuan mereka berkenaan ayat songsang dan
ayat susunan biasa.
iii.
Guru menguji kemahiran murid
dalam menjawab soalan kesalahan ejaan dan mengenal pasti makna peribahasa yang
diberikan.
iv.
Guru menjelaskan tentang ayat songsang
dan soalan kesalahan ejaan serta mengenal pasti makna kepada murid berdasarakan
soalan berpandukan buku latihan.
|
|
Fasa 3 : Latihan berpandu
( 10 Minit )
Murid melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah pengawasan guru
|
i.
Kemudian murid diminta untuk menyiapkan soalan pertama bagi setiap bahagian soalan latihan :
-
Bina ayat berdasarkan istilah.
-
Tukar susunan ayat songsang kepada ayat susunan biasa.
-
Kenal pasti kesalahan ejaan, imbuhan dan kesalahan tatabahasa.
-
Peribahasa.
ii.
Guru memantau aktiviti murid.
iii.
Murid diminta untuk berbincang secara pasangan tentang jawapan yang telah
disiapkan.
iv.
Guru membimbing dan mengawas aktiviti murid.
v.
Guru dan murid menjalankan aktiviti perbincangan berkenaan jawapan yang
tela disediakan murid.
vi.
Jawapan murid yang tepat akan menjadi rujukan kepada rakan sekelas
mereka.
|
|
Fasa 4 : Latihan kendiri
( 5 Minit )
Murid melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran mereka sendiri
|
i.
Murid diminta semua menyelesaikan soalan yang telah diberikan.
ii.
Guru membimbing murid secara berkala.
iii.
Guru menjalankan aktiviti membincangkan jawapan secara menyeluruh pada soalan
yang telah diberikan.
|
|
Penutup Kognitif
( 5 minit )
|
Murid diminta membuat rumusan berkenaan pembelajaran
tatabahasa pada hari tersebut.
Penutup kognitif :
-
Guru membuat rumusan terhadap isi pengajaran.
-
Guru meminta murid menyiapkan latihan yang diberikan.
Guru memberikan motivasi kepada murid.
|
|
Refleksi
:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment