RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL PENGAJARAN
LANGSUNG/EKSPLISIT )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 11 September 2014
Masa : 8.20 – 9.00 pagi
Tema : Sosial
Tajuk : Ayat Perintah/tatabahasa
Genre : Tatabahasa
Model : Pengajaran Langsung/Eksplisit
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
9.0 Menyampaikan maklumat
untuk tujuan tertentu.
HPK
9.1 Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata,
peribahasa dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara
tersusun dan kohesif.
|
ARAS 1 ( i )
Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata,
pepatah dan pelbagai ragam ayat yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.
|
Objektif
: Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1.
Melaksanakan
sesuatu arahan dengan tindakan yang wajar
2.
Membina
ayat perintah dengan betul
3.
Menjawab
dengan betul empat daripada lima soalan kefahaman.
Sistem
Bahasa : Tatabahasa : Ayat Perintah
Pengisisan
Kurikulum:
Ilmu :
Pendidikan Moral
Nilai :
Berani, Rajin, Patuh, Kerjasama
Kemahiran
Bernilai Tambah:
Kemahiran
Berfikir : Menjana idea, menganalisis
Kemahiran
Belajar Cara Belajar : Membaca, perbincangan
Kecerdasan
Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal
Kontekstual
: Menghubungkait pengalaman dengan pembelajaran
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
sudah pernah diarah melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti
Bahan
Bantu Mengajar (BBM):
Lembaran
kerja, kad manila, kad situasi, pen marker, kad ayat
Langkah /
Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
P & P
|
Catatan
|
Set induksi
(5 minit)
|
1.Permainan
:
-
Menyampaikan maklumat
2.
Sampul Rahsia
|
1. Guru
meminta ketua kumpulan tampil ke depan untuk mencabut pesanan yang terdapat
di dalam sampul rahsia.
2.
Ketua kumpulan diberi masa mengingati maklumat dan menyampaikan pesanan
kepada setiap ahli kumpulan.
3. Ahli
kumpulan terakhir akan menyatakan maklumat yang diterima.
4. Guru
mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran pada hari ini.
|
|
Langkah 1
(15 minit)
|
1.Permainan
:
-
‘Pesan Nenek’ – membuat simulasi berdasarkan situasi yang dipilih
2.
Simulasi
|
1. Guru
meminta ketua kumpulan tampil ke depan untuk mencabut sampul rahsia yang
mengandungi kad situasi.
2.
Berdasarkan situasi yang diberi, murid diminta membuat simulasi terhadap
arahan yang tertera pada kad situasi.
3. Guru
membimbing perbincangan murid.
|
|
Langkah 2
(10 minit )
|
1.Tatabahasa
:
- Ayat
Perintah
|
1.
Berdasarkan simulasi yang dilakukan, murid diminta membina 2 ayat perintah
yang mengandungi adegan simulasi
2. Guru
membimbing tugasan murid.
|
|
Langkah 3
(15 minit)
|
1.Perbincangan
Kumpulan:
-
Membina 4 ayat majmuk yang mengandung kata perintah
2.
Pembentangan
|
1. Guru
meminta ketua kumpulan tampil ke depan untuk mengambil kertas manila dan pen
marker.
2. Guru
memberi arahan tajuk perbincangan
3. Guru
membimbing perbincangan murid
4.
Wakil setiap kumpulan akan membentang hasil perbincangan
|
|
Langkah 4
(10 minit)
|
1.Soalan
kefahaman
|
1.
Murid diminta untuk melaksanakan tugasan berdasarkan buku gajet A
2. Guru
meminta murid menjawab soalan secara perbincangan.
3. Guru
membimbing tugasan murid-murid.
|
|
Penutup
(5 minit)
|
1.Rumusan
|
1. Murid
merumuskan pelajaran pada hari tersebut.
2. Guru
memberikan sedikit motivasi sebelum kelas berakhir.
|
Refleksi
:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment