RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL PENGAJARAN
LANGSUNG/EKSPLISIT )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Zuhrah
Bilangan Pelajar : 25
Orang
Tarikh : 23 September 2014
Masa : 10.30 – 11.10 pagi
Tema : Minggu Kerjaya
Tajuk : Perubatan Herba
Genre : Rumusan
Model : Pengajaran Langsung/Eksplisit
Bidang :
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
7.0 Mendapatkan maklumat
daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton.
HPK
7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan
tersirat daripada sesuatu bahan.
|
Aras
1 ( iv )
Mengenal pasti pernyataan fakta dan
penafsiran dalam teks.
|
Fasa
|
Objektif
fasa
|
Set
Induksi :
|
|
Fasa
1 :
|
|
Fasa
2 :
|
|
Fasa
3 :
|
|
Fasa
4 :
|
|
Penutup
:
|
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyenaraikan 6 isi tersurat dan 2
isi tersirat berkenaan manfaat mengkudu dalam bidang perubatan dan langkah –
langkah untuk mengekalkan tumbuhan tersebut.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, berdikari dan bertanggungjawab
Ilmu : Perubatan dan farmasi
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara
kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
memahami makna istilah manfaat dan mengetahui makna langkah – langkah.
ii.
Murid
boleh mengesan isi tersurat dengan baik.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja ( Peta Minda )
iii.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
Set
Induksi
5 Minit
|
i.
Mewujudkan kesediaan murid.
ii.
Guru menunjukkan ubat ubatan yang
sering digunakan oleh semua orang.
iii.
Guru menyoal murid tentang
kandungan bahan kimia yang terdapat dalam ubat – ubatan tersebut.
iv.
Guru menjelaskan tentang topik
pembelajaran pada hari ini.
|
|
Fasa
1 : Pengenalan dan sorotan
5 Minit
Murid
`ditarik’ untuk mengikuti pembelajaran
|
i.
Guru menjalankan aktiviti
meningkatkan daya fokus murid iaitu aktiviti 2 x Botol.
ii.
Aktiviti ini dijalankan bagi
memastikan murid bersedia untuk meneruskan aktiviti pembelajaran seterusnya.
|
|
Fasa
2 : Persembahan
10 Minit
Isi baharu diperkenalkan dan dihuraikan
|
i.
Seorang murid ditawarkan secara
sukarela untuk membaca teks.
ii.
Guru meminta murid lain mengesan
dan menyemak isi tersurat ketika sesi membaca petikan tersebut.
iii.
Kemudian guru meminta 6 orang
murid secara sukarela untuk melengkapkan bahagian isi tersirat plan berpaksikan
buah mengkudu di hadapan kelas.
iv.
Setelah selesai, guru meminta 2
orang wakil untuk menyatakan isi tersurat yang mereka perolehi.
v.
Kemudian mereka perlu mencatatkan
jawapan dipapan putih.
|
|
Fasa 3 : Latihan berpandu
10 Minit
Murid melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah
pengawasan guru
|
i.
Guru melaksanakan perbincangan bersama dengan murid.
ii.
Guru memperbaiki dan membetulkan isi tersurat dan tersirat jika
terdapatnya kesilapan.
iii.
Guru merangsang murid dalam membincangkan jawapan soalan kefahaman yang terdapat
dalam lembaran kerja tersebut.
|
|
Fasa 4 : Latihan kendiri
5 Minit
Murid melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran
mereka sendiri
|
i.
Murid diminta untuk mencatatkan jawapan pada lembaran kerja yang telah
diberikan.
ii.
Murid juga diminta untuk menyelesaikan bahagian pendahuluan, isi
tersurat, dan isi tersirat serta penutup rumusan.
|
|
Penutup Kognitif :
5 Minit
|
i.
Guru meminta murid menyatakan isi pembelajaran pada hari ini.
ii.
Guru membantu memberikan sedikit motivasi kepada murid tentang perubatan tradisional
atau pun perubatan herba.
iii.
Guru meminta murid melaksanakan tugasan yang telah diberikan dan
menampalkan tugasan tersebut dalam buku latihan masing – masing.
|
|
Refleksi
:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
terima kasih cikgu syaza kongsi ilmu ni.
ReplyDeletemenarik
ReplyDelete