RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL PENGAJARAN
LANGSUNG/EKSPLISIT )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Zuhrah
Bilangan Pelajar : 24
Orang
Tarikh : 26 Ogos 2014
Masa : 10.30 – 11.10 pagi
Tema : Minggu Kerjaya
Tajuk : Industri Periklanan
Genre : Rumusan
Model : Pengajaran Langsung
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
8.0 Memproses maklumat
untuk keperluan tertentu.
HPK
8.2 Menyusun maklumat mengikut keutamaan.
|
ARAS ( ii )
Menyusun maklumat berdasarkan criteria tertentu.
|
Fasa
|
Objektif
Fasa
|
Set
Induksi
|
|
Fasa
1 :
Pengenalan
dan sorotan
|
|
Fasa
2 :
Persembahan
|
|
Fasa
3 :
Latihan
berpandu
|
|
Fasa
4 :
Latihan
kendiri
|
|
Penutup
|
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menghasilakn sebuah rumusan secara
berpandu berkenaan masalah – masalah yang dihadapi oleh industri periklanan di
Malaysia dan langkah – langkah untuk menangani masalah industri periklanan negara
sepanjang 120 patah perkataan.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, bertanggungjawab dan berdikari
Ilmu : Pengetahuan am
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiranmembuat hipotesis, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara
kritis.
Pengetahuan sedia ada :
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja
iii.
Contoh helaian iklan/media bercetak
iv.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
Set
Induksi
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid.
ii.
Guru meminta murid menyatakan
tentang jenis iklan yang mereka ketahui.
iii.
Guru meminta murid melakukan
salah satu bentuk pengiklanan yang sering mereka lihat dan tonton di
televisyen.
iv.
Guru menjelaskan tentang topik
pembelajaran pada hari ini.
|
|
Fasa
1 : Pengenalan dan sorotan
Murid
`ditarik’ untuk mengikuti pembelajaran
|
i.
Murid ditarik dengan contoh –
contoh bahan iklan secara media cetak atau media masa.
ii.
Murid diminta untuk membezakan
jenis iklan, sama ada iklan tersebut berkenaan perubatan, barangan kosmetik,
perabot, pakaian, dan lain lagi.
iii.
Murid diminta untuk melaksanakan
satu aktiviti membuat keratan iklan tentang produk belacan.
iv.
Tugasan ini perlu dirangka.
v.
Kemudian murid perlu
menyelesaikannya di rumah, iaitu sebagai kerja rumah.
vi.
Tugasan yang telah siap perlu
dilekatkan dalam buku rumusan.
|
|
Fasa
2 : Persembahan
Isi baharu diperkenalkan dan dihuraikan
|
i.
Guru meminta murid membaca
petikan yang telah diberikan.
ii.
Aktiviti kali ini lebih menjurus
kepada mengesan isi tersurat secara berperingkat dalam setiap perenggan.
iii.
Murid diminta secara sukarela
menulis dihadapan kelas tentnag isi tersurat yang telah diperolehi.
iv.
Guru melaksanakan perbincangan
bersama murid selepas murid membentangkan isi tersurat yang telah mereka
perolehi.
|
|
Fasa 3 : Latihan berpandu
Murid melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah
pengawasan guru
|
i.
Guru meminta murid melengkapkan ruangan jawapan melalui perbincangan yang
telah dijalankan.
ii.
Jawapan yang tepat berkenaan isi tersurat perlu dicatatkan.
iii.
Guru mengawas setiap tugasan yang dilakukan oleh murid.
|
|
Fasa 4 : Latihan kendiri
Murid melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran
mereka sendiri
|
i.
Kemudian guru menjalankan pula aktiviti sumbang saran.
ii.
Aktiviti ini dijalankan bagi mencari isi tersirat berkenaan langkah –
langkah untuk menangani masalah industri pengiklanan negara.
iii.
Murid diminta untuk memberikan apa jua respon berkenaan isi tersirat.
iv.
Guru membantu memperbaiki struktur ayat serta memantapkan isi tersirat
yang telah dinyatakan oleh murid tersebut.
v.
Murid diminta untuk mengesan dan mencari isi tersirat yang kedua bagi
melengkapkan latihan dalam lembaran yang telah diberikan.
|
|
Penutup Kognitif
|
i.
Guru meminta murid merumuskan pembelajaran pada hari ini.
ii.
Murid pula diminta untuk memberikan respon berkenaan aktiviti yang telah
dijalankan.
iii.
Guru akhirnya meringkaskan pembelajaran hari ini dan memberikan sedikit
motivasi kepada murid.
|
|
Refleksi
:
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment