RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL PENGAJARAN
LANGSUNG/EKSPLISIT )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 1 Oktober 2014
Masa : 8.10 – 8.50 pagi
Tema : Warisan Bangsa
Tajuk : Pelajar Aliran Sastera
Genre : Rumusan
Model : Pengajaran Langsung/Eksplisit
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
7.0 Mendapatkan maklumat
daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton.
HPK
7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan
tersirat daripada sesuatu bahan.
|
Aras
1 ( iv )
Mengenal pasti pernyataan fakta dan
penafsiran dalam teks.
|
Fasa
|
Objektif
fasa
|
Set
Induksi :
|
Murid
dapat membezakan subjek daripada aliran sastera dan aliran sains.
|
Fasa
1 :
|
Murid
dapat menjana idea berkenaan subjek sastera yang diminati.
|
Fasa
2 :
|
Murid
dapat menyemak petikan yang dibaca oleh rakan dan mengesan isi tersurat
daripada petikan tersebut.
|
Fasa
3 :
|
Murid
dapat menilai sama ada isi tersurat yang mereka perolehi adalah relevan dan
mencari isi tersirat berdasarkan perbincangan dengan rakan sekelas dan guru.
|
Fasa
4 :
|
Murid
dapat melaksanakan aktiviti dengan melaksanakan aktiviti menulis rumusan.
|
Penutup
:
|
Murid
dapat merumus topik pembelajaran hari ini.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyenaraikan isi tersurat
tentang langkah – langkah mengatasi
kekurangan pelajar aliran sastera dan isi tersurat berkenaan punca – punca pelajar
tidak meminati aliran sastera menggunakan lembaran kerja yang diberikan serta
kaedah menulis penutup yang betul.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, bertanggungjawab, kerajinan,
berkeyakinan
Ilmu : Pengetahuan am dan pendidikan bahasa Melayu
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran menjana idea, kemahiran menganalisis, kemahiran menghubungkait dan
kemahiran berfikir secara kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui kursus atau subjek yang terdapat dalam kelas aliran sastera.
ii.
Murid
pernah mempelajari subjek- subjek yang terdapat dalam kelas aliran sastera.
iii.
Murid
mengetahui cara menulis pendahuluan rumusan dan cara mengesan isi tersurat dan
isi tersirat.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja
iii.
Papan aktiviti suai padan
iv.
Replika sekolah
v.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
|||
Set
Induksi
3 Minit
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid.
ii.
Guru membacakan sedikit pantun
Kalau
ada sumur di ladang,
Bolehlah
saya menumpang mandi,
Kalaulah
ada umur yang panjang,
Harapnya
kita berjumpa lagi,
iii.
Guru bertanyakan murid akan
maksud pantun yang dibaca tadi.
iv.
Guru meletakkan dua jenis
perkataan di hadapan kelas iaitu perkataan ‘sains’ dan perkataan ‘sastera’.
v.
Pertama guru bertanyakan murid
akan perkataan ‘sains’ sama ada ianya bahasa pinjaman atau pun tidak. Begitu
juga istilah ‘sastera’ guru meminta murid menyatakan maksud ‘sastera’ yang
mereka fahami.
vi.
Guru seterusnya meminta wakil murid
memilih senarai subjek yang dipaparkan dan menampalkan subjek tersebut pada
kelompok yang betul ditampal pada papan putih.
vii.
Guru memberikan sedikit motivasi
berkenaan aliran yang terdapat dalam sekolah dan institusi pengajian tinggi.
viii.
Guru menjelaskan topik
pembelajaran pada hari ini.
|
||||
Fasa
1 : Pengenalan dan sorotan
4 Minit
Murid
`ditarik’ untuk mengikuti pembelajaran
|
i.
Kemudian guru menunjukkan replika
sekolah sebagai simbolik untuk murid menjelaskan sendiri isi tersurat dan isi
tersirat.
ii.
Beberapa orang murid diminta
secara sukarela menyatakan perkara tersurat yang dilihat oleh mereka
berdasarkan replika bangunan sekolah tersebut.
iii.
Kemudian guru meminta seorang
lagi murid menyatakan tentang bahagian yang tersirat pada replika tersebut.
iv.
Guru bertanyakan kepada murid
tentang beza subjek sastera dan subjek sains.
v.
Murid dijelaskan berkenaan
kepentingan mempelajari dan mengaplikasikan subjek sastera dan sains dalam
kehidupan seharian.
vi.
Guru menjelaskan format menulis
rumusan dengan baik.
|
||||
Fasa
2 : Persembahan
15 Minit
Isi baharu diperkenalkan dan dihuraikan
|
i.
Guru mengedarkan lembaran kerja.
ii.
Guru meminta seorang murid
membacakan soalan yang tertera pada petikan tersebut.
-
Langkah
– langkah mengatasi kekurangan pelajar aliran sastera.
-
Punca
– punca pelajar tidak meminati aliran sastera.
iii.
Kemudian guru bertanyakan
kehendak soalan tersebut kepada murid yang lain bagi mewujudkan fokus dalam
kelas.
iv.
Guru memilih dua orang murid
secara bergilir untuk membacakan perenggan pertama dan kedua petikan yang
telah diberikan. Manakala murid lain di minta untuk menyemak.
v.
Setelah selesai murid pertama
membaca kedua – dua perenggan tersebut, guru kemudiannya memilih seorang
murid untuk menyatakan isi tersurat
yang telah diperolehi ketika sesi menyemak bacaan petikan daripada rakan
mereka.
vi.
Seterusnya guru menyoal murid
secara rawak akan makna perkataan
berikut :
-
Mutakhir
vii.
Prosedur di atas di ulang semula
bagi sesi membaca dan menyemak isi tersurat bagi perenggan ketiga dan
keempat.
viii.
Seterusnya, guru menyoal murid
secara rawak akan makna perkataan
berikut :
-
Remeh
-
Elektif
|
||||
Fasa 3 : Latihan berpandu
10 Minit
Murid melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah
pengawasan guru
|
i.
Guru menjelaskan penggunaan penanda
wacana dalam menjadikan ayat demi ayat itu memiliki kesinambungan yang
baik.
-
Seterusnya, walaupun, selain itu, natijahnya,
akibatnya, juga, oleh sebab itu, dan hal ini demikian kerana.
ii.
Murid yang telah memberikan jawapan diminta untuk ke hadapan dan
mencatatkan isi tersurat yang telah mereka perolehi pada papan hitam.
iii.
Kemudian, guru mengaitkan analogi ‘replika sekolah’ tadi dengan aktiviti
mengesan isi tersirat.
iv.
Guru menggunakan interaksi dua hala bagi memastikan murid dapat mengesan
isi tersirat yang bersesuaian dengan kehendak soalan.
v.
Isi tersirat tersebut akan dibincangkan bersama – sama tahap
kerelevanannya.
-
Kurangnya minat membaca dalam kalangan pelajar.
-
Menganggap bahawa aliran sastera adalah aliran yang membosankan.
-
Tidak ada faedah dan tiada nilai ekonomi.
-
Kurang memahami konsep sastera :- metafora, elipsis,
hiperbola dan personifikasi.
vi.
Guru menerangkan teknik menulis penutup menggunakan teknik SAM.
|
||||
Fasa 4 : Latihan kendiri
5 Minit
Murid melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran
mereka sendiri
|
i.
Guru memberikan masa sebanyak 10 minit untuk mencatat hasil daripada
perbincangan sebentar tadi pada lembaran kerja.
ii.
Guru memantau aktiviti murid dan memberikan bantuan.
|
||||
Penutup Kognitif
3 Minit
|
i.
Guru meminta seorang murid merumusakan pembelajaran hari ini.
ii.
Guru memberikan sedikit motivasi tentang pentingnya menguasai aliran
sastera dan keperluannya dalam kehidupan seharian.
-
Shahnon Ahmad menyatakan, pendidikan kesusasteraan ini
penting dalam peranannya membina pemikiran dan sahsiah manusia kerana dalam
kesusasteraan itu banyak mengandungi unsur-unsur mendidik nilai kemanusiaan
yang tinggi. Contoh, pantun budi, dan pantun nasihat.
iii.
Guru meminta murid menyelesaikan tugasan dirumah.
|
Refleksi
:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment