RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KWLH )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 8 September 2014
Masa : 10.30 – 11.10 pagi
Tema : Minggu Kerjaya
Tajuk : Sektor Pertanian
Genre : Rumusan
Model : KWLH
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
8.0 Memproses maklumat
untuk keperluan tertentu.
HPK
8.1
Menyaring maklumat mengikut klasifikasi
|
ARAS 1 ( i )
Menyusun maklumat berdasarkan kriteria tertentu
|
Fasa
|
Objektif fasa
|
Set Induksi :
|
Murid dapat meneka
dan menjelaskan buah – buahan yang mereka ketahui berdasarkan teka – teki
yang diberikan
|
Fasa 1 ( K ) :
|
Murid menyumbang pendapat
berkenaan sektor pertanian yang mereka ketahui.
|
Fasa 2 ( W ) :
|
Murid dapat
mengetahui kehendak soalan berkenaan isi tersurat dan isi tersirat yang perlu
dicari.
|
Fasa 3 ( L ) :
|
Murid dapat
menyenaraikan isi tersurat dan tersirat dalam lembaran KWLH.
|
Fasa 4 ( H ) :
|
Murid menjalani sesi
mengulan kaji berkenaan teknik penulisan rumusan dan menyediakan penutup yang
baik menggunakan teknik SAM.
|
Penutup :
|
Murid dapat
menjelaskan hasil pembelajarn yang mereka perolehi.
Murid dapat
melaksanakan tugasan menyenaraikan isi tersurat dan tersirat berpandukan
petikan yang diberikan.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat mengesan isi tersurat dan isi
tersirat berpandukan petikan yang telah dibincangkan bersama berkenaan sebab –
sebab sektor pertanian tidak boleh diabaikan dan kesan – kesan mengetepikan
bidang pertanian.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, ketekunan, toleransi, keyakinan
Ilmu : Geografi
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara
kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui contoh – contoh makanan daripada hasil pertanian.
ii.
Murid
mengetahui cara untuk mengesan isi tersurat.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja
iii.
Lembaran KWLH
iv.
Soalan teka – teki
v.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
5
Minit
|
i.
Guru bermain teka teki bersama
murid.
ii.
Murid yang berjaya memberikan
jawapan yang tepat akan diberikan ganjaran.
iii.
Kemudian guru menunjukkan
beberapa gambar buah – buahan.
iv.
Seterusnya guru menjelaskan
tentang topik pembelajaran pada hari tersebut.
|
|
Fasa 1 : K – Apakah yang diketahui oleh
pelajar tentang tajuk teks yang akan dibaca?
5
Minit
Pelajar mencuba menyatakan pengetahuan
mereka tentang tajuk teks yang akan dibaca berdasarkan pengetahuan sedia ada
mereka.
|
i.
Guru bertanyakan kepada murid
tentang aktiviti pertanian yang dijalankan di Malaysia.
-
Apakah antara aktiviti pertanian
yang dijalankan di Malaysia?
-
Negeri manakah yang menjalankan
aktiviti :
ü Penanaman
padi
ü Sawit
ü Teh
ü Nanas
-
secara besar – besaran?
-
Apakah jentera yang sering
digunakan dalam pertanian?
ii.
Guru memberi petikan rumusan
berkenaan pertanian.
|
|
Fasa 2: W – Apakah maklumat yang hendak
dicari dari teks yang akan dibaca?
10
Minit
Pelajar membuat penyenaraian maklumat
yang ingin dicari dalam teks yang akan dibaca berdasarkan telahan mereka
terhadap tajuk teks tersebut.
|
i.
Murid secara sukarela kemudiannya
diminta untuk membaca soalan daripada petikan.
ii.
Murid lain diminta mengesan
kehendak soalan dan menyatakannya.
iii.
Murid diminta untuk menyenaraikan
maklumat tersebut dalam ruangan KWLH yang diberikan bersama – sama soalan.
iv.
Penyenaraian dibuat bagi
memudahkan pencarian ketika sesi perbincangan.
|
|
Fasa 3: L – Apakah yang telah dipelajari
oleh mereka daripada teks yang dibaca?
10
Minit
|
i.
Guru meminta kerjasama murid
secara sukarela untuk membacakan petikan yang diberikan.
ii.
Murid lain pula diminta untuk
mengesan isi tersurat yang dimahukan dalam soalan.
iii.
Setelah selesai murid dan guru
melaksanakan perbincangan berkenaan isi tersirat.
iv.
Maklumat yang diperolehi
disenaraikan dalam bahagian L dalam lembaran kerja yang diberikan.
|
|
Fasa 4: H –
Bagaimanakah maklumat yang belum
terjawab dapat diperoleh
5 Minit
|
i.
Kemudian guru menjelaskan kembali format penulisan rumusan yang baik.
ii.
Guru menyatakan tentang teknik penutup rumusan SAM bagi memastikan bahawa
penutup rumusan murid dapat ditulis dengan baik dalam rumusan murid.
iii.
Murid juga disarankan untuk mencari maklumat tambahan berkenaan isi
tersirat tentang kesan – kesan mengetepikan bidang pertanian dalam internet
di rumah dan mencatakannya pada ruangan H.
|
|
Penutup
Kognitif :
5 Minit
|
i.
Guru meminta murid merumuskan pembelajaran hari ini.
ii.
Guru memberikan sedikit motivasi berkenaan kerjaya daripada sektor
pertanian.
iii.
Guru meminta murid menyelesaikan tugasan yang diberikan dan menampalnya
ke dalam buku latihan.
|
|
Refleksi
:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment