RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KONSTRUKTIVISME )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Zuhrah
Bilangan Pelajar : 24
Orang
Tarikh : 14 Ogos 2014
Masa : 9.00 – 10.20 pagi
Tema : Amalan Gaya Hidup Sihat
Tajuk : Punca – punca prestasi sukan negara
semakin merosot.
Genre : Karangan Bahagian A (Karangan
berdasarkan ilustrasi kartun)
Model : Konstruktivisme
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
7.0 Mendapat maklumat
daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton.
HPK
7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran
keseluruhan, idea utama dan isi penting dan isi relevan tentang bahan yang
didengar, dibaca dan ditonton.
|
Aras 2 ( ii )
Berkongsi idea yang bernas dengan menokok tambah dan
mengukuhkan idea dengan menggunakan variasi ayat yang gramatis dan jelas
maksudnya.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menulis karangan berdasarkan
ilustrasi kartun berkenaan punca – punca prestasi sukan Negara semakin merosot
yang mengandungi 200 – 250 patah perkataan.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum : Ilmu bahasa Melayu dan sosial
Nilai murni : Bekerjasama, ketekunan, toleransi, keyakinan
Ilmu : Sosial dan kemasyarakatan.
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara
kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui tentang jenis sukan di dunia
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Kertas sebak
iii.
Logo sukan Komenwel
iv.
Lembaran soalan
v.
Marker
Fasa/Isi pembelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
5 ( minit )
Menarik minat pelajar
i. Berikan
jenis sukan yang kamu ketahui dan terkenal di dunia?
ii. Siapakah
Menteri Pembangunan Belia dan Sukan di Malaysia?
iii. Logo
sukan apakah yang sedang saya paparkan ?
iv. Apakah
yang kamu tahu tentang sukan Komenwel?
|
i.
Guru mewujudkan
kesediaan murid.
ii.
Guru
membincangkan tentang contoh sukan yang terkenal didunia.
iii.
Guru menyatakan
tentang sukan yang telah berlangsung pada bulan lepas.
iv.
Guru menunjukkan
logo sukan komenwel terkini ( Glasgow ).
v.
Guru menyoal
murid berkenaan maklumat tentang sukan komenwel.
vi.
Guru menjelaskan
tentang topik pembelajaran hari ini.
|
|
Fasa 1 : Orientasi
( 15 minit )
Menetapkan
hala tuju pembelajaran
i.
Apakah yang
sedang berlaku dalam dunia sukan di Malaysia?
ii.
Mengapakah
terjadinya perkara sedemikian?
|
i.
Guru menjelaskan tentang isu yang berlaku dalam bidang sukan terutamanya
di Malaysia.
ii.
Guru menjelaskan tentang format menulis karangan berdasarkan ilustrasi
kartun.
iii.
Guru menjelaskan tentang topik utama yang perlu dikesan dalam membina
karangan berpandu ini.
|
|
Fasa
2 : Pencetusan idea
(
15 minit )
Pelajar bertukar-tukar pengalaman dan
menambah pengetahuan
sedia ada
|
i.
Guru meminta murid secara sukarela menceritakan tentang pengetahuan sukan
yang mereka miliki.
ii.
Guru bertanyakan tentang kejayaan atlet atau kontinjen sukan negara yang
mereka ketahui.
iii.
Murid berbincang secara berkumpulan untuk mengemukakan isi berkenaan
punca kemerosotan mutu sukan negara.
iv.
Isi tersebut dicatatkan pada kertas sebak.
v.
Murid menyediakan isi yang lengkap bersama huraian yang sewajarnya.
|
|
Fasa
3 : Penstrukturan semula
(
20 minit )
Menyusun semula
pengetahuan hasil percampuran idea lama dengan idea baru
Membentuk skema pengalaman baharu
|
i.
Guru meminta setiap kumpulan tampil kehadapan untuk menyatakan isi yang
telah mereka perolehi.
ii.
Setiap kumpulan bergilir – gilir membentangkan isi yang mereka telah
perolehi.
iii.
Isi yang telah mereka perolehi diteliti dan dibincangkan bersama beserta
huraian selengkapnya.
iv.
Guru memilih 2 orang murid untuk memberikan jawapan bagi pendahuluan dan
penutup karangan tersebut.
Isi penting :
i.
Badan – badan
sukan diterajui oleh orang yang bukan pakar dalam bidang sukan tertentu
kebanyakan persatuan sukan di Malaysia diketuai oleh ahli politik atau
kerabat diraja.
ii.
Ibu bapa tidak
menggalakkan anak – anak melibatkan diri dalam bidang sukan kerana berpendapa
bahawa bidang ini tidak mempunyai masa depan.
iii.
Kemudahan sukan
yang tidak seimbang – kemudahan sukan hanya terdapat di bandar – bandar
sedangkan di kawasan pedalaman terdapat banyak bakat terpendam dalam pelbagai
bidang sukan.
|
|
Fasa 4 : Aplikasi idea
( 20 minit )
Melaksanakan tugasan dalam situasi
|
i.
Guru meminta murid membina perenggan masing – masing dengan sempurna berkenaan
isi punca yang telah mereka perolehi dalam kumpulan.
ii.
Murid diminta mencatatkan perenggan yang telah mereka bincangkan dalam
buku karangan.
iii.
Guru meminta 2 orang murid kehadapan dan menuliskan isi yang telah
dimuatkan dalam sebuah perenggan yang lengkap dan sempurna.
|
|
Penutup
(
5 minit )
Membuat rumusan dan menggabungkan pengetahuan sedia
ada pelajar dengan pengetahuan yang baru diterima.
Penutup kognitif
|
i.
Guru meminta murid untuk menyatakan pendapat mereka mengenai isi
pelajaran pada hari ini.
ii.
Setelah itu, guru sendiri akan membuat rumusan mengenai isi pembelajaran
pada hari ini.
iii.
Guru meminta murid melengkapkan kerja rumah yang diberikan.
|
|
Refleksi :
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment