RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KOPERATIF )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Zuhrah
Bilangan Pelajar : 24
Orang
Tarikh : 28 September 2014
Masa : 10.30 – 11.10 pagi
Tema : Warisan Bangsa
Tajuk : Cempaka Berdarah dan Gelanggang Tuk
Wali
Genre : KOMSAS
Model : Koperatif
Bidang :
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
10.0 Memahami dan
memberikan respons peribadi tentang karya sastera
HPK
10.6 Mengulas
karya sastera dariaspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan
sudut pandangan.
|
ARAS 2 (i)
Membanding beza watak dan perwatakan dan latar dalam
karya yang sama atau pun berlainan.
|
Fasa
|
Objekif Fasa
|
Set Induksi
|
|
Fasa 1 : Memberitahu
|
|
Fasa 2 :Transisi
|
|
Fasa 3 :Kerja
Kumpulan
|
|
Fasa 4 : Penilaian
|
|
Penutup :
|
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat membandingkan tema dan persoalan,
watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa dan nilai dan pengajaran dalam bentuk
peta banding daripada drama Cempaka Berdarah dan Gelanggang Tuk Wali.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, bertanggungjawab, dan
berkeyakinan.
Ilmu : Kesusasteraan, budaya dan sejarah.
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran menjana idea, menganalisis, menghubungkait dan memiliki berfikir
secara kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
sudah membaca drama Cempaka Berdarah dan Gelanggang Tuk Wali serta memahami
sinopsisnya.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja ( Peta Minda x 2 + Peta Banding x 1 )
iii.
Kertas Sebak x 2
iv.
Big Book
v.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Cacatan
|
|||
Set Induksi
3
Minit
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid.
ii.
Guru menampalkan kertas sebak
untuk permainan perkataan tersembunyi.
iii.
Dua orang murid dipilih untuk
mnyelesaikan aktiviti Teka Kata.
iv.
Setelah itu, murid diminta untuk
meneka topik pembelajaran pada hari ini.
v.
Guu kemudiannya menyatakan topik
pembelajaran hari ini iaitu berkenaan drama Cempaka Berdarah dan Gelanggang
Tuk Wali.
|
|
|||
Fasa 1 :
Memberitahu
5 Minit
Pengenalan dan
pembinaan isi kandungan
|
i.
Guru memanggil seorang murid untuk menceritakan sinopsis drama Cempaka
Berdarah.
ii.
Guru bertanyakan murid berkenaan :
-
Analogi bunga cempaka
iii.
Guru mencatatkan ringkasan cerita tersebut pada bahagian kiri papan
hitam.
iv.
Guru kemudiannya menjelaskan bahagian yang bakal dicari dalam aktiviti drama
Cempaka Berdarah ini iaitu :-
-
Tema
-
Persoalan
-
Watak perwatakan
-
Latar
-
Gaya Bahasa
-
Nilai
-
Pengajaran
|
|
|||
Fasa 2 :
Transisi
2 Minit
Guru
menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi
|
i.
Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
ii.
Guru membahagikan murid menggunakan kertas warna yang berbeza.
iii.
Teknik pembelajaran kali ini adalah dinamakan teknik jigsaw II.
iv.
Guru menjelaskan bahawa, setiap orang murid di dalam kumpulan tersebut
akan mendapat sampul surat.
v.
Terdapat 7 bahagian penting KOMSAS dalam sampul surat tersebut.
vi.
Setiap orang murid perlu mencabutnya dan menjadi ’juru’dalam subunit
sesuatu topik.
vii.
Setiap orang murid atau ’juru’ diberikan masa untuk membaca dan mengumpul
maklumat.
viii.
Seterusnya, selepas 5 Minit, akan berlangsungnya aktiviti soalan jawab di
mana, setiap’juru’ akan bergilir – gilir menjelaskan ilmu mereka, dan
manakala murid yang lain dalam kumpulan tersebut akan mencatatkan bahgian
yang sedang dibincangkan dalam peta minda yang diberikan.
ix.
Murid diminta untuk mencatatkan maklumat tersebut dalam big book yang telah diberikan oleh
guru
|
|
|||
Fasa 3 : Kerja
kumpulan
15 Minit
Guru memantau
dan membantu usaha pelajar
|
i.
Guru kemudiannya memantau dan memberikan masa yang sesuai kepada murid
untuk melaksanakan sesi membaca dan menyerap maklumat.
ii.
Guru juga akan memaklumkan bahawa masa untuk perbincangan boleh
dimulakan.
|
|
|||
Fasa 4 : Penilaian
15
Minit
Setiap individu terlibat
|
i.
Kemudian, guru akan meminta seorang wakil daripada setiap kumpulan untuk
membentangkan ilmu atau perkara yang telah mereka perolehi sebagai guru.
ii.
Guru meminta murid – murid mengajukan soalan kepada ’juru’ pilihan
tersebut.
iii.
’Juru’ pilihan perlu membentangkan menggunakan peta minda yang disediakan
pada kertas sebak yang ditampalkan pada papan putih.
iv.
Murid lain diminta untuk mendengar dan mencatatkan informasi yang
disampaikan oleh rakan yang membentang dalam peta minda.
|
|
Gelanggang Tuk Wali :
Fasa 1 :
Memberitahu
1 Minit
Pengenalan dan
pembinaan isi kandungan
|
i.
Guru menjelaskan sesi pembelajaran kedua berkenaan drama Gelanggang Tuk
Wali.
ii.
Murid kedua diminta untuk menyatakan sinopsis drama tersebut.
|
|
Fasa 2 :
Transisi
1 Minit
Guru
menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi
|
i.
Guru menjelaskan aktiviti yang
sama perlu dilaksanakan oleh setiap kumpulan.
ii.
Guru juga menjelaskan aktiviti
banding beza yang dijalankan pada fasa penilaian.
iii.
Guru kemudiannya menjelaskan bahagian yang bakal dicari dalam aktiviti drama
Gelanggang Tuk Wali iaitu:-
-
Tema
-
Persoalan
-
Watak perwatakan
-
Latar
-
Gaya Bahasa
-
Nilai
-
Pengajaran
|
|
Fasa 3 : Kerja
kumpulan
15 Minit
Guru memantau
dan membantu usaha pelajar
|
i.
Aktiviti mengaplikasikan proses
pembelajaran pada drama Cempaka Berdarah pula diulang semula pada drama
Gelanggang Tuk Wali
ii.
Sesi pembentangan mengikut
bahagian ‘juru’ juga dilaksanakan.
iii.
Murid perlu mencatatkan maklumat
yang mereka perolehi dalam big book.
|
|
Fasa 4 : Penilaian
20
Minit
Setiap individu terlibat
|
i.
Pada bahagian ini, guru
mencantumkan kerja kumpulan murid kepada 2 bahagian.
ii.
Guru menampalkan BBM dan
menggunakan konsep banding beza di mana setiap bahagian KOMSAS dalam drama
Cempaka berdarah dan Gelanggang Tuk Wali.
iii.
Setiap komponen kesusasteraan ini
dibandingkan satu persatu bagi memudahkan murid mencerap ilmu yang telah
mereka perolehi dan mengulang kajinya semula secara lebih sistematik.
iv.
Dalam aktiviti banding beza ini,
guru turut menyelitkan unsur tatabahasa dengan meminta murid menyatakan kata adjektif yang sesuai untuk watak
utama dalam drama Cempaka Beradarah dan Gelanggang Tuk Wali.
v.
Setiap perbincangan yang dijalankan
sering dengan respon murid dalam melengkapkan lagi ruangan banding beza
tersebut.
|
|
Penutup
Kognitif :
3
Minit
|
i.
Guru kemudinnya meminta wakil murid menyatakan isi pembelajaran pada hari
ini.
ii.
Guru mengulas kedua – dua cerpen yang telah dibincangkan dan memberikan
sedikit pandangan tentang sesi pembentangan pada hari ini.
iii.
Murid diminta untuk melengkapkan peta minda mereka dan menampalnya dalam
buku latihan.
|
|
Refleksi :
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment