RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KONSTRUKTIVISME )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Zuhrah
Bilangan Pelajar : 24
Orang
Tarikh : 21 Ogos 2014
Masa : 9.00 – 10.20 pagi
Tema : Amalan Gaya Hidup Sihat
Tajuk : Risiko – risiko merokok.
Genre : Rencana
Model : Konstruktivisme
Bidang :
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
3.0 Berunding secara santun untuk mendapatkan
persetujuan dan kata sepakat
HPK
3.2 Berbincang untuk emnerima dan menolak pandangan
orang lain secara terbuka untuk mencapai kata sepakat.
|
ARAS 1 ( iii )
Menerima dan menolak pandangan dengan mengemukakan
hujah dan alas an supaya tidak menyinggung perasaan yang dapat diterima oleh
pihak lain.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menulis karangan jenis rencana yang
mengandungi 350 patah perkataan berkenaan risiko – risiko tabiat merokok.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum : Ilmu bahasa Melayu dan sosial
Nilai murni : Bekerjasama, bertanggungjawab, berdikari,
bertoleransi
Ilmu : Sosial dan kemasyarakatan.
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran menjana idea, berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran
berfikir secara kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui tentang kandungan yang ada dalam sebatang rokok.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Replika rokok
iii.
Lembaran Kerja 5W1H
iv.
Marker
Fasa/Isi pembelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
5 ( minit )
Menarik minat pelajar
|
i.
Guru mewujudkan
kesediaan murid.
ii.
Guru menunjukkan
replika rokok.
iii.
Guru bertanyakan
murid tentang isi kandung yang ada dalam sebatang rokok.
iv.
Guru meminta
murid menjelaskan jenis rokok yang mereka ketahui.
v.
Guru mencungkil
pengetahuan murid berkenaan harga rokok.
-
Apakah isi yang
terkandung dalam rokok?
-
Berikan contoh jenama
rokok yang kamu ketahui?
-
Berapakah harga bagi setiap
kotak rokok?
vi.
Guru memberikan
sedikit motivasi tentang menjauhi tabiat merokok.
vii.
Guru menjelaskan
tentang topik pembelajaran pada hari tersebut.
|
|
Fasa 1 : Orientasi
( 15 minit )
Menetapkan
hala tuju pembelajaran
i.
|
i.
Guru memberikan lembaran soalan.
-
Merokok masih menjadi amalan segelintir anggota masyarakat walaupun jelas
terbukti bahawa merokok membahayakan kesihatan. Sehubungan dengan itu, anda
ingin menulis rencana yang ebrtajuk ‘Risiko – risiko Tabiat Merokok’. Tulis
rencana selengkapnya.
ii.
Guru meminta murid membacakan soalan tersebut.
iii.
Guru meminta murid lain secara sukarela menjelaskan apa yang terkandung
dan juga kehendak soalan tersebut.
iv.
Guru menjelaskan maksud perkataan‘risiko’dalam soalan yang telah
diberikan.
v.
Guru menjelaskan tentang teknik menulis rencana.
|
|
Fasa
2 : Pencetusan idea
(
15 minit )
Pelajar bertukar-tukar pengalaman dan
menambah pengetahuan
sedia ada
|
i.
Murid diminta untuk berada dalam kumpulan yang telah ditetapkan.
ii.
Murid diminta untuk menjelaskan tentang pengetahuan mereka berkenaan
risiko – risiko yang mereka sedari daripada tabiat merokok.
iii.
Murid juga diminta untuk mencatatkan maklumat tersebut dalam peta minda
yang telah dibekalkan.
iv.
Aktiviti ini dibantu dan dipantau oleh guru.
|
|
Fasa
3 : Penstrukturan semula
(
20 minit )
Menyusun semula
pengetahuan hasil percampuran idea lama dengan idea baru
Membentuk skema pengalaman baharu
|
i.
Setelah perbincangan selesai wakil murid bagi setiap kumpulan diminta
untuk menyatakan isi yang telah mereka perolehi.
ii.
Setiap isi yang telah diperolehi dihuraikan dengan baik ketika sesi
pembentangan.
iii.
Guru bertindak melakukan pemantauan secara klinikal di mana guru
memperbaiki struktur ayat dan juga isi yang telah mereka perolehi melalui
sesi penerangan selepas murid membuat pembentangan.
iv.
Guru mengajar murid menggunakan teknik 5W1H bagi membolehkan murid dapat
mencambah idea dalam meghuraikan isi.
v.
Isi yang terbaik akan disusun atur bagi membolehkan murid menyalinnya dan
menyusunnya mengikut tahap kesesuaian isi dalam rencana kelak.
|
|
Fasa 4 : Aplikasi idea
( 20 minit )
Melaksanakan tugasan dalam situasi
|
i.
Idea dan huraian yang telah dibincangkan dimasukkan ke dalam peta minda
yang telah diberikan.
ii.
Guru meminta agar setiap orang murid menyediakan satu perenggan isi berkenaan
risiko – risiko tabiat merokok.
iii.
Kemudian guru meminta murid secara sukarela membentangkan isi yang telah
mereka satukan menjadi perenggan.
iv.
Guru memilih 4 orang murid untuk membacakan isi yang telah mereka
selesaikan bagi tujuan penambahbaikan
|
|
Penutup Kognitif
(
5 minit )
Membuat rumusan dan menggabungkan pengetahuan sedia
ada pelajar dengan pengetahuan yang baru diterima.
|
i.
Guru meminta murid untuk menyatakan pendapat mereka mengenai isi
pelajaran pada hari ini.
ii.
Setelah itu, guru sendiri akan membuat rumusan mengenai isi pembelajaran
pada hari ini.
iii.
Guru meminta murid menyiapkan tugasan yang diberikan.
|
|
Ada contoh karangan tak?
ReplyDelete