RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KONSTRUKTIVISME )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 6 Ogos 2014
Masa : 8.10 – 9.30 pagi
Tema : Patriotisme
Tajuk : Melaka Bandaraya Bersejarah
Genre : Karangan ( Surat Kiriman Tidak Rasmi )
Model : Konstruktivisme
Bidang : Interpersonal
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
2.0 Memberikan pendapat
yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan
HPK
2.3 Mencetuskan idea bernas semasa memberikan
pendapat dalam perbincangan.
|
ARAS 1 ( iv )
Mendengar pendapat yang dikemukakan untuk memberikan
respons yang sesuai
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menulis sepucuk surat kiriman tidak
rasmi yang mengandungi 350 patah perkataan tentang pengalaman mengikuti
rombongan ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum : Ilmu bahasa Melayu dan sosial
Nilai murni : Bekerjasama, ketekunan, toleransi, keyakinan
Ilmu : Sosial dan kemasyarakatan.
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara
kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui maklumat tentang tempat – tempat bersejarah di Malaysia.
ii.
Murid
mengetahui format penulisan surat kiriman tidak rasmi.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja ( Peta Minda )
iii.
Sampul Surat
iv.
Gambar tempat – tempat bersejarah
v.
Setem
vi.
Marker
Fasa/Isi pembelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
ABM/KBT/Nilai
|
Set Induksi
5 ( minit )
Menarik minat pelajar
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid.
ii.
Guru menunjukkan 3 keping gambar yang perlu dipilih oleh murid di dalam
kotak Pos Laju yang berada dihadapan kelas.
iii.
Guru meminta 3 orang murid secara sukarela menunjukkan gambar yang mereka
terima kepada rakan sekelas dan menjelaskan maklumat berkenaan gambar tersebut
iv.
Guru menunjukkan peta Malaysia dan meminta murid menunjukkan kawasan
tempat bersejarah yang mereka ketahui.
v.
Guru menjelaskan tentang topik pembelajaran hari ini.
|
ABM/BBM :
i.
Papan putih
ii.
Peta Malaysia
iii.
Gambar tempat – tempat bersejarah
iv.
Marker
KBT :
Kemahiran
menghubungkait.
Nilai:
Keberanian
|
Fasa 1 : Orientasi
( 15 minit )
Menetapkan
hala tuju pembelajaran
i.
|
i.
Guru menerangkan tentang makna frasa ‘tempat bersejarah’.
ii.
Guru meminta murid menjelaskan tempat bersejarah yang pernah mereka
lawati.
iii.
Murid diminta menceritakan tentang pengalaman mereka melawat tempat
bersejarah.
iv.
Guru menceritakan tentang pengalaman guru ketika melawat salah satu
tempat bersejarah di Malaysia iaitu Melaka.
|
ABM/BBM :
i.
Papan putih
ii.
Gambar tempat – tempat bersejarah
iii.
Peta Malaysia
iv.
Marker
KBT:
i. Kemahiran berfikir secara
kritis (menganalisis - mengkaji keputusan berdasarkan fakta).
- Murid dan guru menjana
idea.
Nilai:
i. Keberanian.
ii. Kerjasama.
iii. Rasional.
|
Fasa
2 : Pencetusan idea
(
15 minit )
Pelajar bertukar-tukar pengalaman dan
menambah pengetahuan
sedia ada
|
i.
Guru memberikan setiap murid peta minda.
ii.
Guru meminta murid berbincang secara berpasangan tentang isi yang perlu
ada dalam karangan surat kiriman tidak rasmi berkenaan pengalaman mengikuti rombongan
ke Melaka Bandaraya Bersejarah kepada rakan mereka.
iii.
Guru membuat sedikit ulang kaji berkenaan format menulis karangan surat
kiriman rasmi.
iv.
Murid diminta mencatatkan isi yang diperolehi dalam peta minda yang
diberikan.
|
ABM
:
i.
Papan putih
ii.
Gambar – gambar tempat bersejarah
iii.
Peta Malaysia
iv.
Lembaran Kerja ( Peta Minda )
v.
Marker
KBT
:
i. Kemahiran berfikir secara
kritis (menganalisis - mengkaji keputusan berdasarkan fakta).
- Murid dan guru
menganalisis tentang isi yang sesuai
berkenaan pengalaman mengikuti rombongan ke Melaka Bandaraya bersejarah.
Nilai:
i. Keberanian.
ii. Keyakinan.
|
Fasa
3 : Penstrukturan semula
(
20 minit )
Menyusun semula
pengetahuan hasil percampuran idea lama dengan idea baru
Membentuk skema pengalaman baharu
|
i.
Guru dan murid kemudiannya membincangkan isi yang perlu ada dalam
karangan surat kiriman tidak rasmi tersebut.
ii.
Murid diminta untuk mengemukakan isi yang telah dibincangkan dan
menyatakannya dihadapan kelas.
iii.
Setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil bagi menulis satu isi yang
bernas berkenaan pengalaman mengikuti rombongan tersebut pada papan putih.
iv.
Isi yang sesuai akan dipilih untuk dijadikan isi utama dalam karangan
tersebut.
v.
Guru menerangkan teknik mengembangkan isi tersebut dengan baik
berdasarkan bahan rangsangan yang digunakan dalam kelas.
|
ABM/BBM
:
i.
Papan putih
ii.
Gambar Melaka Bandaraya Bersejarah.
iii.
Lembaran Kerja ( Peta Minda )
iv.
Marker
KBT
:
i. Kemahiran berfikir secara
kreatif (menjana idea- melahirkan idea).
- Murid memproses maklumat yang diberi dan
mencerakinkan secara mudah mengikut kehendak soalan
Nilai:
i. Berdikari
ii. Kerjasama.
iii. Bertanggungjawab.
|
Fasa 4 : Aplikasi idea
( 20 minit )
Melaksanakan tugasan dalam situasi
|
i.
Murid diminta untuk menyenaraikan isi yang telah dibincangkan bersama.
ii.
Murid diminta untuk menyiapkan surat kiriman tidak rasmi tersebut
selengkapnya.
iii.
Guru memberikan sampul surat kepada murid.
iv.
Guru meminta murid menghantarkan surat tersebut pada rakan pasangan
mereka.
v.
Murid dikehendaki membeli setem dan mengepos surat mereka kepada rakan
mereka.
vi.
Surat kiriman tidak rasmi tersebut akan ditampal dalam buku karangan
bahagian A.
|
ABM/BBM
:
i.
Papan putih
ii.
Gambar tempat – tempat bersejarah
iii.
Peta Malaysia
iv.
Sampul Surat
v.
Lembaran Kerja ( Peta Minda )
vi.
Marker
KBT
:
i. Kemahiran berfikir secara
kreatif (menjana idea- menyumbangkan pendapat).
-
Nilai:
i.Bekerjasama.
ii. Berani
iii. Berdikari
|
Penutup
(
5 minit )
Membuat rumusan dan menggabungkan pengetahuan sedia
ada pelajar dengan pengetahuan yang baru diterima.
Penutup kognitif
|
i.
Murid diminta untuk menyiapkan karangan dan menghantarnya kepada ahli
kumpulan berpasangan mereka.
ii.
Guru meminta murid untuk menyatakan pendapat mereka mengenai isi
pelajaran pada hari ini.
iii.
Setelah itu, guru sendiri akan membuat rumusan mengenai isi pembelajaran
pada hari ini.
iv.
Guru meminta murid melengkapkan maklumat berkenaan pembelajaran hari ini
ke dalam buku nota.
|
KBT
:
i. Kemahiran berfikir secara
kreatif (menghubung kait – membuat perhubungan).
- Murid menyuarakan
pendapat mereka mengenai isi
pelajaran pada hari ini.
Nilai:
i.Bekerjasama.
ii. Berani
iii. Berdikari
|
Refleksi :
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment