Monday 13 October 2014

RPH KOMSAS (W7) Hikayat Khoja Maimun dan cerpen Pemain Catur

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
 ( MODEL KOPERATIF )

Nama                           :           Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli        D 20111047479
Tingkatan                    :           4 Bumi
Bilangan Pelajar          :           27 Orang
Tarikh                          :           9 September 2014
Masa                            :           7.30 – 8.50 pagi
Tema                           :           Minggu Kerjaya
Tajuk                           :           Hikayat Khoja Maimun dan cerpen Pemain Catur
Genre                          :           KOMSAS
Model                          :           Koperatif
Bidang                        :           Estetik

Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran

HPU
10.0 Memahami dan memberikan respon peribadi tentang karya sastera.

HPK
         10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan  persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran.
         10.5 Menghuraikan maksud dan gaya bahasa dan unsur bunyi dalam puisi.

ARAS 1 ( ii )
Menyatakan semula cerita puisi dan maksud puisi menggunakan perkataan sendiri.

Fasa
Objekif Fasa
Set Induksi
Murid dapat meneka tajuk pembelajaran pada hari ini.
Fasa 1 : Memberitahu

Guru menjelaskan tentang topik pembelajaran secara keseluruhan dan murid dapat memperolehi maklumat daripada pembentang yang telah dijalankan oleh rakan sekelas mereka.
Fasa 2 :Transisi

Murid memperolehi maklumat berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan dan perlu dilaksanakan.
Fasa 3 :Kerja Kumpulan
Murid dapat membina soalan serta mengumpul maklumat tentang 4 bahagian utama KOMSAS daripada hikayat Khoja Maimun dan cerpen Pemain Catur.
Fasa 4 : Penilaian

Murid dapat mengaplikasi dan menjawab soalan yang diberikan berdasarkan maklumat yang telah dikumpul.
Penutup :
Murid memperolehi maklumat yang sewajarnya dan dapat melaksanakan dan menyelesaikan soalan pemahaman berdasarkan topik pembelajaran hari ini di rumah.

Objektif                                  :   Pada akhir pembelajaran, murid dapat memahami tema/persoalan, gaya bahasa/unsur bunyi, nilai dan pengajaran bagi hikayat Khoja Maimun dan cerpen Pemain Catur
Kemahiran Bahasa               :  Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa                        :  Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum            : 
Nilai murni                              :   Kasih sayang, patriotisme dan bertanggungjawab.
Ilmu                                         :   Sejarah dan pendidikan moral.


Kemahiran Bernilai Tambah           : Kemahiran membuat ramalan, membuat hipotesis, menghubungkait, serta membanding dan membeza
Pengetahuan sedia ada                     :
                                                                                i.            Murid mengetahui erti tema/persoalan, gaya bahasa, unsur bunyi, nilai dan pengajaran yang sentiasa terkandung dalam pembelajaran KOMSAS.

Alat dan bahan bantu mengajar : 
        i.            Papan putih
      ii.            Lembaran Kerja
    iii.            Penanda buku berwarna
    iv.            Kertas A4
      v.            Kotak beracun
    vi.            Sampul KOMSAS (berwarna)
  vii.            Marker

Fasa & Objektif Fasa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Cacatan
Set Induksi
5 Minit

        i.            Guru memastikan murid dalam keadaan bersedia.
      ii.            Guru melaksanakan aktiviti teka kata ajaib bagi murid meneka topik pembelajaran pada hari tersebut.
    iii.            Murid ditawarkan secara sukarela untuk melaksanakan aktiviti tersebut di dalam kelas.
    iv.            Setelah teka kata tersebut berjaya diselesaikan, guru menjelaskan tentang topik pembelajaran pada hari ini iaitu berkenaan hikayat Khoja Maimun dan cerpen Pemain Catur.



Fasa 1 : Memberitahu
20 Minit

Pengenalan dan pembinaan isi kandungan


        i.            Guru membuat penerangan berkenaan pembelajaran pada hari tersebut.
      ii.            Murid membentangkan hikayat Khoja Maimun dan cerpen Pemain Catur.
    iii.            Guru memberikan ulasan berkenaan hikayat dan juga cerpen yang telah dibentangkan.


Fasa 2 : Transisi
10 Minit

Guru menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi

        i.            Guru memberikan arahan kepada murid untuk membentuk kumpulan yang berbeza mengikut penanda buku yang telah mereka perolehi.
-          Tema/persoalan ( kuning )
-          Plot ( biru )
-          Watak Perwatakan ( Merah )
-          Gaya bahasa/Latar ( Hijau )
-          Nilai/Pengajaran ( Jingga )
      ii.            Guru meminta murid membentuk kumpulan mengikut warna penanda buku yang telah mereka perolehi.
    iii.             Guru menjelaskan peraturan permainan :
·         Setiap kumpulan perlu mengumpul maklumat dan membina soalan berdasarkan tajuk yang telah diberikan.
·         Soalan yang telah lengkap perlu diisikan ke dalam sampul yang diletakkan dihadapan kelas.
·         Maklumat yang diperolehi pula perlu dicatatkan dalam ruangan pada kertas yang telah diberikan.


Fasa 3 : Kerja kumpulan
20 Minit

Guru memantau dan membantu usaha pelajar

    iv.            Setiap orang murid dalam kumpulan tersebut diminta untuk menyediakan soalan berdasarkan topik yang mereka perolehi.
      v.             Kemudian ketua kumpulan perlu mengisi soalan terkumpul tersebut dalam Sampul KOMSAS yang telah diletakkan dihadapan kelas.
    vi.            Seterusnya, setelah selesai aktiviti soalan tersebut, murid diminta untuk berkumpul dengan rakan daripada kumpulan lain bagi membantu mereka melengkapkan ruangan maklumat yang lain berpandukan nombor yang tertera pada dalam penanda buku yang telah diberikan.
  vii.            Mereka akan melaksanakan perkongsian ilmu berkenaan topik yang telah dibincangkan tadi dan melengkapkan ruangan yang tersedia pada lembaran kerja yang telah diberikan tadi.



Fasa 4 : Penilaian
20 Minit

Setiap individu terlibat

        i.            Setelah selesai perkongsian ilmu tersebut, murid diminta untuk duduk ditempat masing – masing.
      ii.            Guru akan melaksanakan aktiviti kotak beracun untuk sesi kuiz KOMSAS.
    iii.            Murid yang terkena kotak beracun akan kehadapan dan mencabut soalan berdasarkan ejaan nama depan mereka secara kiraan menurut mengikut sampul berwarna tersebut.
    iv.            Murid yang berjaya menjawab soalan akan diberikan sedikit ganjaran.

Penutup Kognitif :
5 Minit

         i.            Guru meminta murid secara sukarela memberikan pandangan berkenaan aktiviti hari ini.
       ii.            Selain itu, murid juga diminta untuk menjelaskan ilmu yang telah diperolehi pada hari ini.
     iii.            Guru meminta murid menampal kedua – dua kertas maklumat tersebut dalam buku latihan mereka.
     iv.            Guru juga meminta murid melaksanakan soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan buku latihan Gajet A.


Refleksi :

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________




No comments:

Post a Comment