Thursday 23 October 2014

RPH TATABAHASA PLE W9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
( MODEL PENGAJARAN LANGSUNG/EKSPLISIT )

Nama                           :           Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli        D 20111047479
Tingkatan                    :           4 Bumi
Bilangan Pelajar          :           27 Orang
Tarikh                          :           25 September 2014
Masa                            :           8.10 – 8.50 pagi
 Tema                          :           Warisan Bangsa
Tajuk                           :           Mengesan kesalahan ejaan, istilah dan tatabahasa, membina ayat menggunakan perkataan atau frasa, memberikan makna kepada peribahasa.
Genre                          :           Tatabahasa
Model                          :           Pengajaran Langsung/Eksplisit
Bidang                        :           Maklumat

Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran

HPU
9.0 Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu.

HPK
        9.1 Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata, peribahasa dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif.


ARAS 1 ( i )
Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata, pepatah dan pelbagai ragam ayat yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.

Fasa
Objektif fasa
Set Induksi :
Murid dapat meletakkan diri dalam keadaan selesa sebelum kelas dimulakan.
Fasa 1 :

Murid memahami dengan jelasan akan arahan berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan.
Fasa 2 :

Murid dapat menjawab soalan yang diberikan dan guru juga memberikan bimbingan yang sewajarnya akan jawapan yang dinyatakan oleh murid.
Fasa 3 :

Murid dapat menyalin soalan yang telah disediakan oleh guru.
Fasa 4 :

Murid dapat menjawab soalan dan membuat latihan tatabahasa yang diberikan oleh guru.
Penutup :
Murid boleh mengulang semula aktiviti pembelajaran dan topik pembelajaran pada hari ini.

Objektif                                  :   Pada akhir pembelajaran, murid dapat melaksanakan tugasan menjawab soalan tatabahasa yang merangkumi aktiviti mengesan kesalahan ejaan, tatabahasa, dan istilah, memberikan makna kepada peribahasa, dan membina ayat.
Kemahiran Bahasa               :  Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa                        :  Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum            :  Ilmu bahasa Melayu dan sosial
Nilai murni                              :   Bekerjasama, ketekunan, toleransi, keyakinan
Ilmu                                         :  
Kemahiran Bernilai Tambah           : Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara kritis.
Pengetahuan sedia ada                     :
                                                                                                        i.            Murid mengetahui cara untuk mengesan kesilapan istilah, tatabahasa, dan ejaan.
                                                                                                      ii.            Murid mengetahui maksud peribahasa.
                                                                                                    iii.            Murid boleh membina ayat mengikut subjek dan predikat.

Alat dan bahan bantu mengajar : 
        i.            Papan putih
      ii.            Buku latihan Semarak A++ SPM Tingkatan 4
    iii.            Kotak beracun/soalan tatabahasa
    iv.            Marker
Fasa & Objektif Fasa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
5 Minit
        i.            Guru mewujudkan kesediaan murid.
      ii.            Guru menjalankan sesi regangan di dalam kelas.
    iii.            Guru meminta seorang murid mengetuai sesi regangan tersebut.
    iv.            Kemudian guru mengemukakan aktiviti pembelajaran pada hari ini.


Fasa 1 : Pengenalan dan sorotan
2 Minit

Murid `ditarik’ untuk mengikuti pembelajaran


        i.            Guru menjelaskan aktiviti yang bakal dijalankan.
      ii.            Guru memasang muzik sebagai permulaan dan membuat demonstrasi permainan.
    iii.            Aktiviti ini dipanggil sebagai Peka Tatabahasa.


Fasa 2 : Persembahan
15 Minit

Isi baharu diperkenalkan dan dihuraikan

        i.            Permainan ini berkonsepkan kotak beracun.
      ii.            Murid yang mendapat kotak beracun tersebut harus mencabut soalan yang telah disediakan.
    iii.            Murid perlu menjawab soalan tersebut.
    iv.            Kemudian, murid lain perlu menyalin soalan rakan mereka beserta jawapannya.
      v.            Aktiviti ini dilakukan secara berulang kali.
-          Mengesan kesalahan ejaan, istilah, dan tatabahasa.
-          Mengenal pasti makna peribahasa.
-          Membina ayat berdasarkan perkataan atau frasa yang diberikan.


Fasa 3 : Latihan berpandu
10 Minit

Murid melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah pengawasan guru

        i.            Setelah itu, guru memberikan soalan tatabahasa berpandukan buku latihan Semarak A++ SPM Tingkatan 4.
      ii.            Murid diminta untuk menyalin soalan yang telah disediakan.


Fasa 4 : Latihan kendiri
5 Minit

Murid melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran mereka sendiri

        i.            Murid diminta untuk melakukan tugasan yang diberikan.
      ii.            Guru memantau dan membantu murid melaksanakan tugasan tersebut.

Penutup Kognitif
3 Minit

        i.            Guru meminta murid merumuskan pembelajaran pada hari ini.
      ii.            Guru mengulas semula pembelajaran pada hari ini
    iii.            Guru meminta murid menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam buku latihan masing – masing.


Refleksi : ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________



No comments:

Post a Comment