RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KOPERATIF )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan
Pelajar : 27 Orang
Tarikh : 26 Ogos 2014
Masa : 7.30 – 8.50 pagi
Tema : Minggu Kerjaya
Tajuk : Sajak Tiba Waktunya dan Prosa
Tradisional Hikayat Indra Nata
Genre : KOMSAS
Model : Koperatif
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu.
HPK
8.1 Membuat pertimbangan secara teliti terhadap
maklumat yang telah disusun.
|
ARAS 1 ( vii )
Membaca dengan teliti dan mengubah suai maklumat (ditambah,
dibuang, atau digabungkan ) berdasarkan fakta dan respons baru yang diterima.
|
Fasa
|
Objektif Fasa
|
Set Induksi
|
|
Fasa 1 :
|
|
Fasa 2 :
|
|
Fasa 3 :
|
|
Fasa 4 :
|
|
Penutup :
|
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat membina soalan berkenaan tema, gaya
bahasa, unsur bunyi, nilai dan pengajaran bagi sajak tiba waktunya serta tema,
persoalan, plot, watak, gaya bahasa, latar, nilai dan pengajaran bagi prosa
hikayat Indera Nata.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Kasih sayang, patriotisme, dan kesyukuran
Ilmu : Sejarah, sastera Melayu dan pendidikan moral.
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran menjana idea, meramal, menghubungkait dan menganalisis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui tentang legenda Mahsuri.
ii.
Murid
mengetahui cara untuk mendeklamasikan sajak.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja ( Peta Minda )
iii.
Buku soalan Big
book
iv.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
Set
Induksi
5
Minit
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid
ii.
Guru meminta murid murid
mendeklamasikan sajak tiba waktunya.
iii.
Guru bersoal jawab tentang isi
sajak.
iv.
Guru menjelaskan maksud prosa.
v.
Guru menjelaskan topik pembelajaran pada
hari ini.
|
|
Fasa 1 :
Memberitahu
20 Minit
Pengenalan dan pembinaan
isi kandungan
|
i.
Guru menceritakan serba sedikit tentang isi sajak yang telah
dideklamasikan oleh murid.
ii.
Seterusnya guru meminta seorang murid untuk membentangkan sajak tiba
waktunya.
iii.
Kemudiannya guru juga membuat pembentangan berkenaan hikayat Indera Nata.
iv.
Murid diminta untuk mencatat maklumat yang diperolehi dalam peta minda.
|
|
Fasa 2 :
Transisi
10 Minit
Guru
menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi
|
i.
Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
ii.
Murid diminta untuk memahami penerangan guru berkenaan aktiviti
berkumpulan pada sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.
iii.
Murid diminta untuk mencatatkan maklumat yang diperolehi dalam kertas
bersaiz A3 berkenaan tema, gaya bahasa, unsur bunyi, nilai dan pengajaran
tentang sajak tiba waktunya dan prosa tradisional iaitu hikayat Indera Nata.
iv.
Guru menyatakan tentang tugasan murid dalam setiap kumpulan.
v.
Murid diminta untuk menggubal soalan sendiri.
vi.
2 kumpulan akan menggubal 10 soalan berkenaan sajak tiba waktunya manakala
2 buah kumpulan diminta untuk menggubal soalan berkenaan prosa tradisional
iaitu hikaya Indera Nata.
vii.
Soalan tersebut perlu dicatat dengan kreatif di atas buku soalan yang
telah disediakan oleh guru.
|
|
Fasa 3 : Kerja
kumpulan
30 Minit
Guru memantau
dan membantu usaha pelajar
|
i.
Guru memantau kerja murid.
ii.
Guru membantu murid membina soalan dan membuat aktiviti sumbang saran
bagi memastikan soalan yang bakal dibina itu relevan dan sesuai dengan sajak
dan prosa tradisional yang dipelajari.
|
|
Fasa 4 : Penilaian
10
Minit
Setiap individu terlibat
|
i.
Guru meminta setiap kumpulan membentangkan 5 soalan daripada 10 soalan
yang dibina dan membuat kuiz kecil dan meminta semua kumpulan menjawabnya
dengan baik.
ii.
Murid perlu menulis jawapan pada papan putih.
iii.
Kumpulan yang mempunyai markah yang tepat dikira sebagai pemenang.
|
|
Penutup
Kognitif :
5Minit
|
i.
Murid merumuskan pembelajaran hari ini secara sukarela atas permintaan
guru.
ii.
Guru merumus secara ringkas tentang pembelajaran hari ini.
iii.
Murid diminta untuk melengkapkan buku KUKOM tersebut dan menghantarkannya
pada esok hari.
iv.
Guru memberikan sedikit motivasi tentang pembelajaran hari ini.
|
|
Refleksi :
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment