RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KWLH )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 23 Ogos 2014
Masa : 10.30 – 11.10 pagi
Tema : Minggu Kerjaya
Tajuk : Dunia Pekerjaan
Genre : Rumusan
Model : KWLH
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
7.0 Mendapat maklumat
daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton.
HPK
7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran
keseluruhan, idea utama dan isi penting dan isi relevan tentang bahan yang
didengar, dibaca, ditonton.
|
ARAS 1 ( I )
Mendengar dan mengemukakan persoalan pokok, isi
penting dan kurang penting dalam pelbagai
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menulis sebuah rumusan berkenaan cara
– cara untuk mencapai kejayaan dalam pekerjaan dan punca – punca sesorang itu
gagal dalam dalam pekerjaan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum : Ilmu bahasa Melayu dan sosial
Nilai murni : Kasih sayang, patriotisme, dan
tanggungjawab.
Ilmu : Sejarah, dan pendidikan moral
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran membuat ramalan, membuat hipotesis, menghubungkait, membanding, dan
membeza.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui cara untuk mengesan isi tersurat.
ii.
Murid
mengetahui tentang jenis – jenis pekerjaan.
iii.
Murid
mempunyai cita – cita masing.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja KWLH
iii.
Lembaran petikan
iv.
Pakaian Tentera
v.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
5
Minit
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid
di dalam kelas.
ii.
Guru meminta setiap orang
menyatakan cita – cita mereka.
iii.
Guru menjelaskan tentang cita –
cita semasa kecil.
iv.
Guru menggunakan teknik bercerita
kepada murid untuk menceritakan tentang sebab cita – citanya tidak
kesampaian.
v.
Murid diberi motivasi agar
sentiasa berusaha untuk mencapai cita – cita mereka.
|
|
Fasa 1 : K – Apakah yang diketahui oleh
pelajar tentang tajuk teks yang akan dibaca?
5
Minit
Pelajar mencuba menyatakan pengetahuan
mereka tentang tajuk teks yang akan dibaca berdasarkan pengetahuan sedia ada
mereka.
|
i.
Guru menjelaskan tentang teknik
KWLH yang bakal digunakan untuk melaksanakan tugasan rumusan pada hari ini.
ii.
Guru memberikan helaian KWLH
kepada murid.
iii.
Guru meminta murid secara
sukarela membaca petikan yang diberikan.
iv.
Murid lain diminta menyemak
petikan tersebut.
|
|
Fasa 2: W – Apakah maklumat yang hendak
dicari dari teks yang akan dibaca?
10
Minit
Pelajar membuat penyenaraian maklumat
yang ingin dicari dalam teks yang akan dibaca berdasarkan telahan mereka
terhadap tajuk teks tersebut.
|
i.
Guru bertanyakan kepada murid
akan kehendak soalan.
ii.
Murid mencatatkan kehendak soalan
pada ruangan what
iii.
Guru meminta respon murid
berkenaan maksud ‘cara – cara’ dan ‘punca – punca’ berpandukan pernyataan
dalam soalan.
|
|
Fasa 3: L – Apakah yang telah dipelajari
oleh mereka daripada teks yang dibaca?
10
Minit
|
i.
Murid diminta untuk berbincang
mengikut baris untuk mencari isi tersurat setelah melakukan semakan ketika
sesi membaca petikan.
ii.
Murid juga diminta untuk mencatat
isi tersurat yang mereka perolehi pada lembaran kerja KWLH.
iii.
Wakil setiap barisan diminta
untuk mencatatkan isi tersurat pada bahagian papan hitam untuk disemak.
iv.
Murid dipandu dan dibimbing bagi
memastikn jawapan yang diberikan adalah bertepatan dengn kehendak soalan.
|
|
Fasa 4: H –
Bagaimanakah maklumat yang belum
terjawab dapat diperoleh
5 Minit
|
i.
Kemudiannya murid diminta membincangkan 2 isi tersirat berkenaan punca –
punca seseorang itu gagal dalam pekerjaan.
ii.
Guru memilih murid secara rawak untuk menyatakan jawapan berkenaan isi
tersirat yang mereka telah perolehi.
iii.
Jawapan yang tepat perlu dicatat dalam bahagian how.
|
|
Penutup
Kognitif :
5 Minit
|
i.
Guru meminta murid merumuskan pembelajaran hari ini.
ii.
Guru meminta murid menyiapkan tugasan rumusan tersebut.
iii.
Murid juga diminta untuk menjejak langkah – langkah untuk mencapai
kejayaan dalam pekerjaaan
iv.
Murid diberi sedikit suntikan semangat supaya lebih bermotivasi untuk
mencapai cita – cita.
v.
Guru merumuskan pembelajaran pada hari ini.
|
|
Refleksi
:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment