SI
|
-
Wujudkan kesediaan
-
Apa khabar?, sila lihat di bawah meja, tepi, kiri
dan kanan kamu, jika ada sampah, sila kutipkan sampah tersebut dan simpan,
kemudian akhir kelas nanti baru dibuangkan ya?
-
Cungkil idea : Kalau
ada sumur di ladang, bolehlah saya menumpang mandi, kalau ada umur yang
panjang, Harapnya kita berjumpa lagi, ~~~~~~~~~
-
Berdasarkan pengetahuan kamu, apakah jenis puisi
tradisional yang telah saya bacakan tadi?
-
Selain daripada pantun, apakah lagi puisi
tradisional yang kamu ketahui?
-
Guru menampal BBM (SASTERA/SAINS)
-
Dua perkataan yang saya telah lekatkan di papan
putih ini, ada kaitannya dengan pembelajaran kita, baik, perkataan sains,
adakah berasala daripada bahasa Melayu sendiri atau kata pinjaman?
-
Seterusnya, perkataan sastera?... apakah sastera
juga adalah berasal daripada bahasa lain dan menjadi kata pinjaman?
-
Saya perlukan 2 orang sukarelawan untuk
menampalkan subjek yang sesuai pada bahagian sastera dan sains.
-
Baiklah begitu juga dengan aliran yang sedang kamu
pelajari sekarang iaitu aliran sains dan peluang kamu terbuka luas di
univerisiti untuk mengambil ap jua kursus yang kamu minati. Kelebihannya
adalah, pelajar daripada kelas sains boleh mengambil kursus sastera manakala
pelajara sastera tidak boleh mengambil kursus aliran sains.
-
Namun begitu, kedua – dua aliran ini mempunyai
kepentingannya yang tersendiri.
-
Begitu juga dengan aliran sastera kita lihat
sekarang remaja lebih memilih untuk memasuki aliran sains daripada sastera
kerana pelbagai punca dan sebab.
-
BAIKLAH…hari ini topik pembelajaran kita berkenaan
langkah – langkah mengatasi kekurangan pelajar aliran sastera dan punca –
punca pelajar tidak meminati aliran sastera. Oleh itu, kita akan mengupas
satu persatu akan isi yang bakal kita telusuri.
|
F1
|
TUNJUK REPLIKA SEKOLAH
-
Baiklah berdasarkan REPLIKA SEKOLAH ini, apakah
yang boleh kamu nyatakan tentang unsur tersurat yang ada berdasarkan
pandangan pertama kamu terhadap bangunan sekolah di hadapan ini.
-
Saya membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk
kamu nyatakan akan perkara yang tersurat yang boleh kamu lihat pada bangunan
sekolah ini.
-
Seterusnya, begitu juga dengan bahagian tersirat
akan bangunan sekolah ini, siapa boleh nyatakan? Apakah perkara tersirat di
sebalik bangunan sekolah ini?
-
Baik terima kasih
-
Ya. Benar, bahagian tersurat adalah, tingkap
pintu, bumbung, dan jika dilihat bahagian tersirat pada bangunan sekolah ini
adalah guru, murid, ilmu, pendidikan, persahabatan, disiplin.
-
Jelasnya saya ingin membuka minda kamu akan
perkara sebenar berkenaan makna tersurat dan tersirat… tersurat adalah benda
yang boelh dilihat, dibaca, tersirat adalah perkara disebaliknya.
-
Baiklah murid, apakah beza subjek sastera dan
subjek sains?
-
Oleh itu sebagai murid, kamu perlu tahu bahawa,
mempelajarai sastera juga adalah perkara yang penting dalam kehidupan
seharian, kerana berkomunikasi itu juga sudah menunjukkan yang kamu sedang
menggunakan pembelajaran sastera. Kerana ia melibatkan bahasa. Betul?
-
Begitu juga dengan SAINS, jika tiadanya unsur
SASTERA, bagaimana untuk kita ungkapan istilah yang ada? Kerana isitilah
tersebut datang daripada bahasa, dan bahasa itu adalah salah satu cabang
sastera.
-
Baik. Sebelum kita mulakan aktiviti, saya akan
menyatakan serba sedikit dan melaksanakan sedikit ulang kaji berkenaan format
atau gaya penulisan rumusan yang betul.
FORMAT
|
F2
|
GURU
MENGEDAR LEMBARAN KERJA
-
Siapa yang boleh bantu saya membacakan soalan?
-
Buka pertanyaan :-
-
_________________ Sila nyatakan semula kehendak
soalan yang telah rakan kamu bacakan sebentar tadi.
-
Saya minta 2 orang wakil untuk membacakan petikan
yang telah saya berikan.
-
MURID LAIN
SILA SEMAK DAN KESAN ISI TERSURAT PADA PETIKA TERSEBUT.
-
Baiklah, selesai bacaan bagi bahagian perenggan 1
dan juga 2,
-
________________Baik sila nyatakan isi tersurat
yang telah kamu perolehi?
-
Baik, pada perenggan pertama, baris pertama
petikan ini, terdapatnya perkataan MUTAKHIR,
berikan makna perkataan tersebut?
-
BUKA SOALAN
-
TERIMA KASIH
-
Baik pembaca kedua, sila bacakan perenggan ke – 3
dan 4, manakala rakan lain sila kesan isi tersurat yang terkandung dalam
perenggan tersebut.
-
Baik seterusnya, siapa yang sukarela ingin
menyatakan isi tersurat yang telah diperolehi berdasarka 2 perenggam terakhir
ini?
-
TERIMA KASIH, baik, bahagian perenggan 3 – 4 ini
juga memilik beberpa istilah yang menarik perhatian saya, iaitu REMEH dan
ELEKTIF,
-
Sila sesiapa wakil kelas yang sukarela ingin
menyatakan maksud REMEH dan juag ELEKTIF?
-
Guru mengulang semula jawapan murid.
-
TERIMA KASIH.
|
F3
|
-
Baik, untuk menghasilkan rumusan yang baik kita
perlu menggunakan PENANDA WACANA
yang menarik bukan?, berikaan contoh penanda wacana tersebut >
-
Walaupun,
bagaimana, intihannya…
-
Seterusnya murid yang telah memberika isi tersurat
diminta untuk ke hadapan dan untuk mencatatkan isi tersurat yang telah mereka
perolehi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-
Sila catatkan dengan segera pada papan putih
dihadapan.
-
( Bincang isi )
-
Baik kita telah mempelajari bagaiman untuk
menyatakan bahagian TERSIRAT pada REPLIKA SEKOLAH sebentar tadi.
-
Seterusnya,kita akan sama – sama membincangkan isi
tersirat yang dikehendaki oleh soalan di atas iaitu berkenaan PUNCA-PUNCA
PELAJAR TIDAK MEMINATI ALIRAN SASTERA.
-
KURANGNYA
MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR.
-
MENGANGGAP
BAHAWA ALIRAN SASTERA ADALAH ALIRAN YANG MEMBOSANKAN.
-
TIDAK ADA FAEDAH
DAN TIADA NILAI EKONOMI.
-
KURANG
MEMAHAMI KONSEP SASTERA :- METAFORA, PERSONIFIKASI, SINKOPE, SIMILE
-
Baik -> sebelum ini, saya telah menjelaskan
kepada kamu akan teknik membina PENUTUP S.A.M
-
S – Siapa
-
A – Apa
-
M – Mengapa
|
F4
|
-
Baiklah selesai perbincangan kita pada hari ini,
-
Saya berikan kamu masa untuk mencatat maklumat ISI
yang telah rakan kamu nyatakan pada papan putih, kemudian catat isi tersirat
yang telah dibincangkan dan penutup SAM sebentar tadi pada lembaran kerja
yang telah saya berikan kepada kamu.
|
PNTP
|
-
Baiklah, apa yang telah kamu pelajari hari ini?
-
Jadi, sedarkah kita bahawa, setiapa masa,
pembelajaran sastera ini sentiasa berada di sekeliling kita, sama ada
mendengar, menonton mahu pun membaca.
-
Janganlah kita memandang ENTENG terhadap rakan –
rakan yang mengambil kelas ALIRAN SASTERA kerana mereka juga boleh berjaya
seperti pelajar kelas aliran SAINS, SASTERA dan sains perlu bergerak seiring
bagi menjadikan sesebuah Negara itu maju dengan teknologi dan kaya dengan
BUDI, BUDAYA dan BAHASA.
-
Memetik kata – kata SHAHNON AHMAD, seorang penulis novel terkenal dan sasterawan
Negara ‘SHIT’, beliau menyatakan PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN INI PENTING DALAM PERANANYA MEMBINA PEMIKIRAN DAN SAHSIAH
MANUSIA KERANA DALAM KESUSASTERAAN ITU BANYAK MENGANDUNGI UNSUR – UNSUR
MENDIDIK NILAI KEMANUSIAAN YANG TINGGI. Sebagai contoh : Pantun, sajak,
pantun budi, nasihat, syair.
-
Itu sahaja daripada saya.
-
Sila lengkapkan tugasan yang telah diberikan dan
tampalkan dalam buku latihan.
-
Sekian terima kasih ATAS KERJASAMA ANDA, Salam.
|
Blog ini dibina untuk perkongsian ilmu berkenaan bahasa Melayu, contoh tugasan, kertas kerja dan maklumat - maklumat terbaharu berkenaan bahasa Melayu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat yang berguna kepada pengunjung blog ini.
Thursday, 23 October 2014
CONTOH : SKRIP PENGAJARAN UTK PENYELIAAN GP/PENYELIA PRAKTIKUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment