RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KOPERATIF )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Zuhrah
Bilangan Pelajar : 24
Orang
Tarikh : 22 September 2014
Masa : 8.50 – 10.10 pagi
Tema : Warisan Bangsa
Tajuk : Hikayat Indera Nata dan Hikayat Khoja
Maimun
Genre : KOMSAS
Model : Koperatif
Bidang : Estetik
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi
tentang karya sastera.
HPK
10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema, dan persoalan,
pemikiran, nilai dan pengajaran.
|
ARAS 2 ( i )
Membanding beza watak dan perwatakan dan latar dalam
karya sama atau yang berlainan.
|
Fasa
|
Objekif Fasa
|
Set Induksi
|
Murid dapat menjana fikiran
meneka topik pembelajaran hari ini.
|
Fasa 1 : Memberitahu
|
Murid mengetahui
serba sedikit berkenaan dua hikayat yang bakal dipelajarai iaitu, hikayat
Indera Nata dan hikayat Khoja Maimun.
|
Fasa 2 :Transisi
|
Murid dapat membentuk
kumpulan mengikut arahan yang telah diberikan oleh guru.
|
Fasa 3 :Kerja
Kumpulan
|
Murid dapat
bekerjasama dalam mencari maklumat berkenaan hikayat yang dikaji.
|
Fasa 4 : Penilaian
|
Murid data
membentangkan dan mendapatkan info serta maklumat baharu berkenaan hikayat
Indera Nata dan hikayat Khoja Maimun.
|
Penutup :
|
Murid dapat merumus
pembelajaran pada hari ini dan melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh
guru.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyatakan, tema dan persoalan,
gaya bahasa, latar, watak dan perwatakan, nilai murni dan pengajaran daripada
prosa tradisional bertajuk Hikayat Indera Nata dan Hikayat Khoja Maimun.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, ketekunan, toleransi, keyakinan
Ilmu : Sastera dan pendidikan Moral
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir secara
kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
sudah membaca secara keseluruhan cerita daripada prosa Hikayat Indera Nata dan
juga Hikayat Khoja Maimun
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Big book
iii.
Lembaran Kerja ( Peta Minda )
iv.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Cacatan
|
Set Induksi
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid.
ii.
Guru bertanya khabar kepada
murid.
iii.
Guru melaksanakan aktiviti kotak beracun bagi sesi meneka topik
pembelajaran pada hari ini.
iv.
Murid diminta untuk mengambil
mana – mana kertas dalam kotak yang disediakan kemudian menyusunnya pada
papan putih yang disediakan.
v.
Kemudian setelah susunan tersebut
selesai.
vi.
Murid sekelas akan meneka susunan
perkataan yang terbalik itu.
vii.
Setelah selesai guru akan
menjelaskan topik pembelajaran pada hari ini.
|
|
Fasa 1 :
Memberitahu
Pengenalan dan
pembinaan isi kandungan
|
i.
Guru menerangkan serba sedikit berkenaan hikayat Indera Nata dan Khoja
Maimun.
ii.
Murid akan melaksanakan aktiviti pembentangan 2 hikayat yang menjadi
topik utama pembelajaran hari ini.
|
|
Fasa 2 : Transisi
Guru
menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi
|
i.
Guru menjelaskan bagaimana kumpulan dibentuk.
ii.
Guru meminta murid membentuk kepada 2 kumpulan besar.
iii.
1 kumpulan akan melaksanakan tugasan tentang hikayat Indera Nata dan 1
lagi kumpulan akan melaksanakan tugasan berkenaan hikayat Khoja Maimun
iv.
Guru memberikan big book kepada
kedua – dua pasukan dan meminta murid melengkapkan tema dan persoalan, latar,
watak dan perwatakan, nilai, gaya bahasa dan pengajaran yang terdapat dalam 2
hikayat tersebut.
|
|
Fasa 3 : Kerja
kumpulan
Guru memantau
dan membantu usaha pelajar
|
i.
Murid melaksanakan tugasan berpandukan bimbingan daripada guru.
ii.
Guru memantau aktiviti murid.
iii.
Guru dan murid melaksanakan aktiviti sumbang saran bagi menjadikan nota
yang dibina itu lebih menarik.
|
|
Fasa 4 : Penilaian
Setiap individu terlibat
|
i.
Guru meminta setiap orang wakil bahagian setiap kumpulan hikayat
membentangkan maklumat yang telah mereka perolehi.
ii.
Guru meminta setiap orang murid menyediakan soalan kepada kumpulan
pembentang.
iii.
Kumpulan pembentang perlu menjawab soalan yang diajukan.
iv.
Murid yang mendengar perlu mencatatkan nota tersebut dalam bentuk peta
minda.
|
|
Penutup
Kognitif :
|
i.
Guru meminta murid secara sukarela merumus pembelajaran pada hari ini.
ii.
Murid diminta untuk mengulang tema utama yang terdapat dalam kedua – dua
hikayat tersebut.
iii.
Guru meminta murid melaksanakan tugasan kefahaman berdasarkan buku Gajet
A.
|
|
Refleksi :
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment