RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KOPERATIF )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 29 September 2014
Masa : 8.10 – 9.30 pagi
Tema : Warisan Bangsa
Tajuk : Drama Cempaka Berdarah, Forum Remaja
2000, dan Gelanggang Tuk Wali
Genre : KOMSAS
Model : Koperatif
Bidang : Estetik
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
10.0 Memahami dan
memberikan respons peribadi tentang karya sastera
HPK
10.4
Mengulas
karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan
sudut pandangan.
|
ARAS
1 (v)
Menjelaskan aspek watak dan perwatakan,
latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan dalam karya.
|
Fasa
|
Objekif Fasa
|
Set Induksi
|
Murid dapat memahami
konteks sebenar sesebuah drama dan bagaimana ianya ditulis dan dikarang.
|
Fasa 1 : Memberitahu
|
Murid mengetahui
tentang pembelajaran hari ini dan aktiviti yang bakal dijalankan.
|
Fasa 2 : Transisi
|
Murid dapat memahami
kehendak guru dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan ketika pelaksanaan
aktiviti sebentar lagi.
|
Fasa 3 : Kerja
Kumpulan
|
Murid dapat
melaksanakan aktiviti berkumpulan dengan menyenaraikan tema, persoalan, watak
dan perwatakan, gaya bahasa, latar, nilai, dan pengajaran.
|
Fasa 4 : Penilaian
|
Murid dapat membentuk
keyakinan diri dalam menjalankan sesi pembentangan serta menguasai drama yang
telah dibentangkan dan dibincangkan bersama ahli kumpulan yang lain.
|
Penutup :
|
Murid dapat
menyatakan tema, persoalan, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa, nilai
dan pengajaran daripada ketiga – tiga jenis drama yang mereka pelajari.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyenaraikan tema, persoalan,
watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, nilai dan pengajaran dalam bentuk
peta minda tentang drama Cempaka Berdarah, Forum Remaja 2000 dan Gelanggang Tuk
Wali
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, ketekunan, toleransi, keyakinan
Ilmu : Kesusasteraan
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran menjana idea dan membuat analogi serta menganalisis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
sudah membaca ketiga – tiga drama di atas dan memahami sinopsisnya.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja ( Peta Minda X 3 )
iii.
Kertas Sebak ( X 6 )
iv.
Buku Gajet A
v.
Pelekat
vi.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Cacatan
|
Set Induksi
4
Minit
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid.
ii.
Guru meminta dua orang murid
secara sukarela tampil kehadapan menceritakan serba sedikit berkenaan drama
yang telah mereka baca.
iii.
Guru membuat teknik penyoalan di
mana, guru bertanyakan tentang :
-
Apakah contoh drama yang pernah
kamu tonton, ikuti dan ketahui?
-
Mengapakah drama sangat
memberikan kesan dalam diri kamu?
iv. Guru kemudiannya menyatakan tentang kebaikan dan keburukan
menonton drama.
v. Guru seterusnya menyatakan topik pembelajaran pada hari ini.
|
|
Fasa 1 :
Memberitahu
3 Minit
Pengenalan dan
pembinaan isi kandungan
|
i.
Guru menyatakan aktiviti pembelajaran pada hari ini.
ii.
Guru meminta murid berada dalam bentuk kumpulan.
iii.
Guru membahagikan kumpulan berdasarkan senarai nama yang telah diberikan
sebelum ini.
|
|
Fasa 2 :
Transisi
5 Minit
Guru
menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi
|
i.
Guru menyatakan tentang keperluan melaksanakan tugasan berkumpulan ini.
ii.
Guru meminta setiap ketua kumpulan membahagikan tugasan kepada ahlinya
yang lain dan ianya perlu diselesaikan dalam masa 15 minit.
iii.
Setiap orang harus terlibat dalam aktiviti ini.
iv.
Guru memberikan bahan pembentangan seperti kertas sebak, marker dan juga
pelekat untuk sesi pembentangan.
|
|
Fasa 3 : Kerja
kumpulan
20 Minit
Guru memantau dan
membantu usaha pelajar
|
i.
Aktiviti kumpulan ini dilaksanakan dalam 15 minit seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini.
ii.
Murid perlu memastikan bahawa terdapatnya bahagian tema, persoalan,
latar, gaya bahasa, watak dan perwatakan, nilai dan juga pengajaran.
|
|
Fasa 4 : Penilaian
45
Minit
Setiap individu terlibat
|
i.
Murid diberikan masa sebanyak 15 minit setiap kumpulan untuk menjalankan
sesi pembentangan.
ii.
Guru menyerahkan 3 jenis peta minda kepada murid dan meminta murid
mencatatkan secara ringkas akan isi pembentangan yang telah dilaksanakan oleh
rakan mereka.
iii.
Guru akan membuka peluang kepada audiens (murid) untuk menyoal rakan
pembentang jika berlakunya kekeliruan.
|
|
Penutup
Kognitif
3 Minit
|
i.
Murid secara sukarela menyatakan isi pembelajaran yang telah mereka
perolehi.
ii.
Guru mengulas semula isi pembelajaran.
iii.
Guru meminta murid melaksanakan latihan soalan kefahaman daripada buku
Gajet A.
|
|
Refleksi :
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment