RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KONSTRUKTIVISME )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 27 Ogos 2014
Masa : 8.10 – 9.30 pagi
Tema : Warisan Bangsa
Tajuk : Kesan – kesan Pembakaran Terbuka
Genre : Karangan Bahagian A
Model : Konstruktivisme
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
8.0 Memproses maklumat
untuk keperluan tertentu
HPK
8.6
Menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat dengan
memberikan alasan yang kukuh.
|
ARAS 1 (viii)
Mengemukakan
pernyataan berdasarkan hipotesis dan premis yang dibuat untuk membuat
kesimpulan.
|
Fasa
|
Objektif Fasa
|
Set
Induksi :
|
Murid
dapat menjana idea dengan meneka topik pembelajaran hari ini berpandukan
kostume yang dipakai oleh guru ketika sesi set induksi
|
Fasa
1 :
|
Murid
dapat memahami kehendak soalan dan mengetahui tujuan pembelajaran pada hari
ini.
|
Fasa
2 :
|
Murid
dapat membentuk tiga buah kumpulan berpandukan arahan guru. Murid dapat
memahami arahan guru dan kehendak guru bagi sesi perbincangan berkumpulan.
|
Fasa
3 :
|
Murid
dapat membentangkan isi karangan yang telah dibincangkan dengan ahli
kumpulan. Seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri bercakap dihadapan
kelas serta mendapatkan bantuan guru berkenaan teknik pengembangan isi.
|
Fasa
4 :
|
Murid
dapat menyusun isi bersama huraian yang sesuai mengikut koheren dan
kohesinya.
|
Penutup
:
|
Murid
dapat mengetahui isi dan topik pembelajaran hari ini. Murid dapat membina
karangan bahagian A bermula daripada bahagian pendahuluan.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menulis karangan bahagian A
bertajuk kesan – kesan pembakaran secara terbuka yang panjangnya kira –
kira 200 – 250 patah perkataan.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis, merujuk kamus dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, bertanggungjawab, berdikari,
Ilmu : Geografi dan Kemasyarakatan
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran menjana idea, berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran
berfikir secara kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui tentang isu pembakaran terbuka yang pernah terjadi di Malaysia
ii.
Murid
mengetahui punca – pnca berlakunya pembakaran terbuka.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja
iii.
Lembaran Soalan
iv.
Topeng jerebu
v.
Replika pemadam api
vi.
Kotak papan kerja
vii.
Marker
viii.
Kertas
sebak
Fasa/Isi pembelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
5 ( minit )
Menarik minat pelajar
|
i.
Guru mewujudkan
kesediaan murid.
ii.
Guru memasuki
kelas dengan mengenakan topeng pelindung jerebu dan replika pemadam api.
iii.
Guru meminta
seorang murid berdiri dan mewakili kelas untuk meneka topik pembelajaran hari
ini.
iv.
Guru memberikan
sedikit motivasi sebelum menjelaskan topik pembelajaran yang bakal dipelajari
hari ini.
|
|
Fasa 1 : Orientasi
( 15 minit )
Menetapkan
hala tuju pembelajaran
|
i.
Guru memberikan lembaran soalan karangan bahagian A kepada murid.
ii.
Guru meminta seorang murid membacakan pernyataan yang terdapat dalam
helaian soalan tersebut.
iii.
Guru meminta murid lain mengulang semula kehendak soalan dengan
mencatatkan isi tersebut pada bahagian kotak – kotak papan kerja yang telah
dibina oleh guru.
|
|
Fasa
2 : Pencetusan idea
(
15 minit )
Pelajar bertukar-tukar pengalaman dan
menambah pengetahuan
sedia ada
|
i.
Guru meminta murid membentuk 3 buah kumpulan.
ii.
Kumpulan isi 1 akan mencambah idea berkenaan isi pertama yang telah
dinyatakan dalam helaian soalan, dan begitulah seterusnya.
iii.
Guru memberikan murid kertas sebak untuk menulis ayat topik, ayat
huraian, ayat contoh dan kesimpulan kecil.
|
|
Fasa
3 : Penstrukturan semula
(
20 minit )
Menyusun semula
pengetahuan hasil percampuran idea lama dengan idea baru
Membentuk skema pengalaman baharu
|
i.
Guru meminta seorang wakil kumpulan membentangkan perkembangan isi yang
telah mereka laksanakan.
ii.
Guru membantu memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam yat pada
perenggan yang telah dibentangkan.
iii.
Setiap kumpulan diberikan masa selama 5 – 7 Minit untuk membentangkan isi
yang telah dikembangkan.
|
|
Fasa 4 : Aplikasi idea
( 20 minit )
Melaksanakan tugasan dalam situasi
|
i.
Setelah sesi pembentangan dijalankan, guru meminta murid membuat satu
perenggan pendahuluan tentang kesna – kesan pembakaran secara terbuka.
ii.
Kemudian guru memilih beberapa orang murid untuk membacakan contoh
pendahuluan yang telah disiapkan.
iii.
Guru kemudiannya meminta murid menyalin isi yang telah dibentangkan
sebentar tadi pada peta minda yang diberikan.
|
|
Penutup Kognitif
(
5 minit )
Membuat rumusan dan menggabungkan pengetahuan sedia
ada pelajar dengan pengetahuan yang baru diterima.
|
i.
Murid secara sukarela diminta untuk menyatakan topik pembelajaran pada
hari ini.
ii.
Guru memberikan sedikit motivasi tentang langkah – langkah untuk mencegah
daripada berlakunya pembakaran terbuka.
iii.
Guru meminta murid menyelesaikan karangan tersebut di rumah.
|
|
Refleksi :
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
sy mohon guna
ReplyDelete