RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KONSTRUKTIVISME )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 10 September 2014
Masa : 8.10 – 9.30 pagi
Tema : Minggu Kerjaya
Tajuk : Langkah – langkah yang dapat
membangkitkan minat remaja untuk melibatkan diri dalam bidang
ketenteraan.
Genre : Karangan
Model : Konstruktivisme
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
7.0 Mendapat maklumat
daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton.
HPK
7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran
keseluruhan, idea utama dan isi penting dan isi relevan tentang bahan yang
didengar, dibaca dan ditonton.
|
Aras 2 ( ii )
Berkongsi idea yang bernas dengan menokok tambah dan
mengukuhkan idea dengan menggunakan variasi ayat yang gramatis dan jelas
maksudnya.
|
Fasa
|
Objektif Fasa
|
Set
Induksi :
|
|
Fasa
1 :
|
|
Fasa
2 :
|
|
Fasa
3 :
|
|
Fasa
4 :
|
|
Penutup
:
|
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menulis sebuah karangan berkenaan
langkah – langkah yang dapat membangkitkan minat remaja untuk melibatkan diri
dalam bidang ketenteraan sepanjang 350 patah perkataan dan ke atas.
Kemahiran Bahasa :
Mendengar,
menulis, merujuk kamus dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, bertanggungjawab, berdikari
Ilmu : Keselamatan, ketenteraan.
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran menjana idea, berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran
berfikir secara kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui tentang tentera di Malaysia.
ii.
Murid pernah melihat pertunjukkan ketenteraan di
televisyen dan juga ketika perarakan kemerdekaan.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Topi tentera
iii.
Lembaran Kerja
iv.
Marker
v.
Kertas
sebak
Fasa/Isi pembelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
5 ( minit )
Menarik minat pelajar
|
i.
Guru mewujudkan
kesediaan murid.
ii.
Guru mengenakan
topi ala tentera sebagai simbolik kepada pengajaran hari ini.
iii.
Guru menyoal sama
ada murid pernah menonton pertunjukkan ketenteraan secara langsung atau
sekadar menonton di kaca televisyen.
iv.
Guru meminta
murid menjelaskan antara peristiwa hitam yang pernah melanda Malaysia :
-
13 Mei
-
Lahad Datu
-
Kehilangan kapal
terbang MH370 dan terhempasnya MH17
v.
Guru meminta
murid beragama Islam membaca surah Al Fatihah, dan murid berbangsa lain untuk
bertafakur mengenang jasa pejuang negara dan juga perginya rakyat Malaysia
atas kehilangan MH370 dan MH17.
vi.
Guru menjelaskan
topik pembelajaran pada hari ini.
|
|
Fasa 1 : Orientasi
( 15 minit )
Menetapkan
hala tuju pembelajaran
|
i.
Guru memberikan
sedikit pendedahan berkenaan ketenteraan.
ii.
Guru menggunakan
teknik bercerita untuk membangkitkan sedikit motivasi kepada murid agar
sentiasa mengenang jasa wira negara.
iii.
Guru menceritakan
pengalaman ketika menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
iv.
Guru meminta
murid menyalin soalan karangan yang bakal dilaksanakan.
v.
Kemudian guru
meminta seorang murid membaca soalan tersebut
vi.
Kemudian meminta
murid lain untuk menjelaskan kehendak soalan.
|
|
Fasa
2 : Pencetusan idea
(
15 minit )
Pelajar bertukar-tukar pengalaman dan
menambah pengetahuan
sedia ada
|
i.
Guru dan murid
melaksanakan aktiviti sumbang saran berkenaan tajuk pembelajaran pada hari
tersebut.
ii.
Guru meminta
murid secara sukarela menjelaskan isi yang diperlukan dalam mencari langkah –
langkah yang dapat membangkitkan minat remaja untuk melibatkan diri dalam
bidang ketenteraan.
-
Kerajaan
menyediakan insentif yang berpatutan dengan pengorbanan tentera.
-
Minat dalam
bidang ketenteraan dipupuk sejak kecil – ( pihak sekolah menggalakkan murid
menyertai Pasukan Kadet Remaja dan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia )
-
Kempen berkaitan
dengan kelebihan menyertai bidang ketenteraan.Pameran khas tentang bidang
ketenteraan.
-
Kementerian
Pertahanan perlu beri pendedahan tentang kepentingan pasukan keselamatan
kepada negara.
-
Bayaran persaraan
kepada pesara tentera setimpal dengan pengorbanan dan perkhidmatan mereka
sungguh pun mereka pencen awal ( kurang dari 21 tahun ).
iii.
Murid diminta
secara sukarela memberikan pandangan dan pendapat yang bersesuaian dengan
topik pembelajaran.
|
|
Fasa
3 : Penstrukturan semula
(
20 minit )
Menyusun semula
pengetahuan hasil percampuran idea lama dengan idea baru
Membentuk skema pengalaman baharu
|
i.
Idea dan maklumat
tentang langkah – langkah yang dapat membangkitkan minat remaja untuk
melibatkan diri dalam bidang ketenteraan dibahagikan mengikut kumpulan.
-
Alpha ( merah )
-
Bravo ( biru )
-
Charlie ( kuning
)
-
Delta ( hijau )
ii.
Setiap kumpulan
diberikan tugasan mengikut isi yang telah dibincangkan untuk melengkapkan
ayat topik, huraian, contoh dan juga kesimpulan kecil.
|
|
Fasa 4 : Aplikasi idea
( 20 minit )
Melaksanakan tugasan dalam situasi
|
i.
Ketua kumpulan
perlu membentangkan isi yang telah dikembangkan di hadapan kelas.
ii.
Setiap kumpulan
diberi masa 5 minit untuk membentangkan isi masing – masing.
iii.
Guru akan
memberikan bantuan klinikal untuk membaiki ayat dan huraian yang telah
dibentangkan.
iv.
Murid lain pula
diminta untuk mencatatkan isi pada lembaran kerja yang telah diberikan.
|
|
Penutup Kognitif
(
5 minit )
Membuat rumusan dan menggabungkan pengetahuan sedia
ada pelajar dengan pengetahuan yang baru diterima.
|
i.
Guru meminta
murid secara sukarela mengulang semula input yang telah diperolehi pada sesi
pengajaran dan pembelajaran tersebut.
ii.
Guru meminta
murid melaksanakan tugasan menulis karangan pada peringkat pendahuluan sahaja
berkenaan langkah – langkah yang dapat membangkitkan minat remaja untuk
melibatkan diri dalam bidang ketenteraan.
|
|
Refleksi :
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment