RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KWLH )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Zuhrah
Bilangan Pelajar : 25
Orang
Tarikh : 24 September 2014
Masa : 9.30
– 10.10 pagi
Tema : Warisan Bangsa
Tajuk : Kemusnahan Hutan
Genre : Rumusan
Model : KWLH
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
7.0 Mendapat maklumat
daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton.
HPK
7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran
keseluruhan, idea utama dan isi penting dan isi relevan tentang bahan yang
didengar, dibaca, ditonton.
|
ARAS 1 ( I )
Mendengar dan mengemukakan persoalan pokok, isi
penting dan kurang penting dalam pelbagai
|
Fasa
|
Objektif fasa
|
Set
Induksi :
|
Murid
dapat menjana idea berkenaan topik yang bakal mereka pelajari pada hari ini.
|
Fasa
1 ( K ) :
|
Murid
dapat menyenaraikan informasi atau maklumat yang diperolehi dalam ruangan K.
|
Fasa
2 ( W ) :
|
Murid
mengetahui tugasan dan kehendak soalan yang bakal dilaksanakan dan
mencatatkannya dalam ruangan W.
|
Fasa
3 ( L ) :
|
Murid
dapat melaksanakan aktiviti dengan baik dan menyenaraikan isi tersurat dan
isi tersirat pada ruangan L hasil daripada perbincangan bersama – sama rakan sekelas
dan guru.
|
Fasa
4 ( H ) :
|
Murid
dapat memberikan idea berkenaan sumber lain yang boleh membantu mereka dalam
mengesan isi tersirat berkenaan langkah – langkah pemuliharaan hutan dan
mencatatkannya pada ruangan H.
|
Penutup
:
|
Murid
dapat merumuskan isi pembelajaran.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menulis isi tersurat dan isi
tersirat dalam bentuk peta minda KWLH berkenaan musibah – musibah yang berpunca
daripada kemusnahan hutan.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bertanggungjawab, berkeyakinan, berani
Ilmu : Geografi
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran menjana idea, berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran
berfikir secara kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui tentang isu semasa berkenaan kesan yang berlaku akibat kemusnahan
hutan
ii.
Murid
mengetahui cara untuk mengesan isi tersurat.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja ( Petikan, Peta KWLH )
iii.
Replika hutan
iv.
Peta Pokok
v.
Papan kehendak soalan
vi.
Kertas sebak format penulisan rumusan
vii.
Marker
Fasa & Objektif Fasa
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
5
Minit
|
i.
Guru mewujudkan kesediaan murid
ii.
Guru bertanya khabar
iii.
Guru mencungkil pandangan murid
melalui teknik penyoalan.
-
Mengapakah kebelakangan ini cuaca
di negara kita semakin panas?
iv.
Guru menunjukkan sebuah replika
hutan, guru menunjukkan demonstrasi dengan mencabut pokok – pokok yang
terdapat pada replika tersebut.
-
Murid di berikan peluang mencabut
pokok tersebut.
v.
Guru bertanyakan soalan :
-
Apakah kata kerja yang sesuai
dengan aktiviti yang rakan kamu sedang jalankan?
vi.
Kemudian guru menjelaskan akan
topik pembelajaran pada hari ini berkenaan dengan tajuk Kemusnahan Hutan.
|
|
Fasa 1 : K – Apakah yang diketahui oleh
pelajar tentang tajuk teks yang
akan dibaca?
4
Minit
Pelajar mencuba menyatakan pengetahuan
mereka tentang tajuk teks yang akan dibaca berdasarkan pengetahuan sedia ada
mereka.
|
i.
Guru memberikan murid helaian
petikan dan juga lembaran kerja KWLH.
ii.
Murid diminta untuk meneka tajuk
utama berkenaan teks tersebut.
iii.
Guru membuka soalan kepada murid
dan meminta murid secara sukarela menjawab soalan yang diajukan.
-
Pada
pendapat kamu apakah punca – punca kemusnahan hutan?
-
Pernahkah
kamu melihat aktiviti penebangan hutan yang berleluasa?
iv.
Seterusnya murid diminta untuk
mencatatkan maklumat yang dinyatakan oleh rakan mereka ke dalam ruangan K.
|
|
Fasa 2: W – Apakah maklumat yang hendak
dicari dari teks yang akan dibaca?
10
Minit
Pelajar membuat penyenaraian maklumat
yang ingin dicari dalam teks yang akan dibaca berdasarkan telahan mereka
terhadap tajuk teks tersebut.
|
i.
Guru kemudiannya meminta seorang
lagi murid secara sukarela membaca soalan daripada petikan yang diberikan.
ii.
Seterusnya, murid lain dipilih
secara rawak untuk menyatakan semula kehendak soalan dan murid tersebut perlu
menampalkan papan kehendak soalan pada bahagian pokok peta.
iii.
Guru seterusnya menerangkan
berkenaan format menulis rumusan yang baik.
iv.
Guru seterusnya menerangkan
berkenaan format menulis rumusan yang baik.
v.
Setelah itu, setiap orang murid
perlu mencatatkan kehendak soalan tersebut pada ruangan W.
|
|
Fasa 3: L – Apakah yang telah dipelajari
oleh mereka daripada teks yang dibaca?
14
Minit
|
i.
Guru meminta 2 orang murid secara
sukarela membacakan petikan yang diberikan.
( Guru menampalkan BBM pada papan putih )
ii.
Murid lain pula ditugaskan untuk
mengesan isi tersurat dan menggariskan isi tersurat tersebut.
iii.
Kemudian, guru membangkitkan
pengetahuan tatabahasa murid dengan mengajukan beberapa maksud istilah dan
maksud peribahasa yang terdapat di dalam petikan yang dibaca oleh rakan
mereka.
-
Pemuliharaan
-
Gondol
-
Tragedi
-
Lestari
-
Padang
jarak, padang tekukur
iv.
Setelah itu, 6 orang murid
dipilih untuk mencatatkan isi tersurat yang mereka perolehi pada papan putih.
v.
Seorang murid pula secara
sukarela diminta untuk menjana sebuah pendahuluan ringkas berkenaan tajuk
rumusan dan mencatatkannya pada papan putih.
vi.
Guru menjelaskan penggunaan penanda wacana dalam menjadikan ayat
demi ayat itu memiliki kesinambungan yang baik.
-
Seterusnya,
walaupun, selain itu, natijahnya, akibatnya, juga, oleh sebab itu, dan hal
ini demikian kerana.
vii.
Guru dan murid kemudiannya
melaksanakan perbincangan berkenaan isi tersirat iaitu berkenaan langkah –
langkah pemuliharaan hutan.
-
Penghutanan semula : Pokok jati,
pain ditanam di kawasan yang telah dibalak. Pokok ini matang dan boleh
ditebang dalam masa 10 – 15 tahun.
-
Ladang hutan : Kerjasama daripada
pihak kerajaan atau pun swasta. Pokok yang ditanam adalah pokok yang tahan daripada
serangan penyakit.
-
Pengurusan lestari : Pokok yang
matang sahaja ditebang. Rawatan silvikultur.
|
|
Fasa 4: H –
Bagaimanakah maklumat yang belum
terjawab dapat diperoleh
4 Minit
|
i.
Seterusnya, guru memperkenalkan teknik SAM untuk membina penutup yang
ringkas dan padat bagi rumusan yang telah dihasilkan.
ii.
Murid diminta mencatatkan teknik menulis penutup tersebut pada ruangan H.
iii.
Guru kemudiannya menggunakan teknik menyoal murid berkenaan :-
-
Selain daripada membaca petikan ini, dari manakah lagi
sumber yang kamu boleh gunakan untuk mengesan isi tersirat tambahan yang
lain?
iv.
Guru meminta murid mencatatkan sumber yang dijelaskan oleh rakan mereka
di dalam ruangan H.
|
|
Penutup
Kognitif :
3 Minit
|
i.
Guru meminta murid merumuskan pembelajaran hari ini.
ii.
Guru memberikan motivasi kepada murid berkenaan pemeliharaan hutan.
-
Janganlah suatu hari nanti kita tinggal di kawasan hutan konkrit.
iii.
Guru merumuskan pembelajaran pada hari ini dan meminta murid membina
rumusan penuh dan menjawab soalan pemahaman yang diberikan.
|
|
Refleksi
:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
nice kak syazza!!
ReplyDeleteterima kasih banyak membantu :)
Cikgu.. bgaimanakah peta kwlh?
ReplyDeleteK - knowledge (pengetahuan yg diketahui berdasarkan topik)
DeleteW - what i want to know (apa maklumat yg ingin dicari)
L - what ive learned (apa maklumat yg diperolehi)
H - How to get more information (bagaimana cara lain utk mendapatkan maklumat tambahan)
Pandai cg buat nii sangat menolong , terima kasih
ReplyDelete