RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU
( MODEL KONSTRUKTIVISME )
Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479
Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27
Orang
Tarikh : 27 Ogos 2014
Masa : 8.10 – 9.30 pagi
Tema : Warisan Bangsa
Tajuk : Faedah – faedah menyertai Kem Bina
Semangat
Genre : Karangan Bahagian B
Model : Konstruktivisme
Bidang : Interpersonal
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
1.0 Berinteraksi untuk
menjalin dan mempererat hubungan mesra.
HPK
1.4 Bersoal jawab secara
bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan.
|
ARAS
3 (ii)
Menggunakan ragam bahasa halus dalam
perbualan dalam situasi formal atau yang melibatkan orang yang tidak
dikenali.
|
Fasa
|
Objektif Fasa
|
Set
Induksi :
|
Murid
dapat memupuk keyakinan menceritakan pengalaman dan aktiviti yang dijalankan
sepanjang cuti sekolah.
|
Fasa
1 :
|
Murid
mengetahui akan tujuan dan kehendak soalan karangan tersebut.
|
Fasa
2 :
|
Murid
dapat mengetahui format menulis karangan dan mendapat sedikit pengalaman
berkenaan Kem Bina Semangat.
|
Fasa
3 :
|
Murid
melaksanakan aktiviti secara bekerjasama dan bersatu padu bertujuan untuk
menang.
|
Fasa
4 :
|
Murid
dapat menjelaskan sendiri isi berdasarkan pengalaman diperolehi dalam
aktiviti yang dijalankan. Kemudiannta murid dapat menyenaraikan isi utama
dalam pelan PELINDUNG.
|
Penutup
:
|
Murid
dapat merumus pembelajaran pada hari ini.
|
Objektif
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyenaraikan isi utama karangan
berkenaan faedah – faedah menyertai Kem Bina Semangat anjuran pihak sekolah.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis, merujuk kamus dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, bertanggungjawab, berdikari,
berkeyakinan
Ilmu : Sosial dan kemasyarakatan.
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran menjana idea, berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran
berfikir secara kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i.
Murid
mengetahui aktiviti yang pernah disertai dalam kem bina semangat.
ii.
Murid
pernah menyertai kem bina semangat yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Alat dan bahan bantu mengajar :
i.
Papan putih
ii.
Lembaran Kerja ( PELINDUNG )
iii.
Paku
iv.
Telur
v.
Kertas A4
vi.
Marker
vii.
Kertas
sebak
Fasa/Isi pembelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
5 ( minit )
Menarik minat pelajar
|
i.
Guru mewujudkan
kesediaan murid.
ii.
Guru bertanyakan
kepada murid berkenaan aktiviti yang mereka lakukan sepanjang cuti sekolah
yang lalu.
iii.
Murid diminta
menceritakan tentang pengalaman melakukan aktiviti sewaktu cuti sekolah.
iv.
Guru menunjukkan
contoh gambar kem bina semangat.
v.
Murid diminta
secara sukarela meneka topik pembelajaran pada hari ini.
vi.
Guru menjelaskan
topik pembelajaran pada hari ini.
|
|
Fasa 1 : Orientasi
( 15 minit )
Menetapkan
hala tuju pembelajaran
|
i.
Guru meminta murid menyalin soalan karangan yang bakal dibincangkan pada
hari ini.
ii.
Kemudian guru meminta murid membaca semula soalan tersebut dan
menjelaskan kehendak soalan.
iii.
Guru membangkitkan sedikit pengalaman berkenaan kem bina semangat yang
pernah guru sertai.
|
|
Fasa
2 : Pencetusan idea
(
15 minit )
Pelajar bertukar-tukar pengalaman dan
menambah pengetahuan
sedia ada
|
i.
Guru menyatakan dan bertanya kepada murid akan aktiviti yang dilaksanakan
dalam kem bina semangat.
ii.
Guru menjelaskan format penulisan karangan.
iii.
Kemudian guru dan murid berbincang secara dua hala akan isi yang
bersesuaian untuk karangan ini.
-
Mendapat suntikan semangat untuk belajar bersungguh – sungguh.
-
Meluaskan pergaulan ( mengenali rakan daripada kelas lain )
-
Mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman baharu yang berbeza dengan
suasana pembelajaran di dalam kelas.
-
Membina keyakinan diri.
-
Meningkatkan kecerdasan fizikal dan tubuh.
|
|
Fasa
3 : Penstrukturan semula
(
30 minit )
Menyusun semula
pengetahuan hasil percampuran idea lama dengan idea baru
Membentuk skema pengalaman baharu
|
i.
Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
ii.
Guru menyatakan akan sedikit aktiviti Kem Bina Semangat yang bakal
dijalankan di dalam kelas.
iii.
Guru memberikan arahan /demonstrasi manakala murid melaksanakan aktiviti.
-
Guru memberikan sehelai kertas dan meminta murid membuat satu lilitan
menggunakan kertas tersebut. Setiap orang murid perlu memasuki kedalam
gelungan kertas tersebut. ( 5 Minit )
-
Guru kemudiannya meminta murid untuk melaksanakan ‘aktiviti telur ayam
kesayanganku’ di mana murid di arah kan untuk mengambil telur itu dengan mata
yang tertutup. ( 5 Minit )
-
Seterusnya, aktiviti ‘paku ideal’ murid perlu melaksanakan aktiviti
secara bersama – sama ( jika paku terjatuh, aktiviti tersebut akan di ulang
semula. ( 10 Minit )
-
Kereta Inovatif – guru meminta murid berpecah kepada 4 kumpulan, kemudian
murid perlu melukiskan gambar sebuah kereta dengan tidak melihat lukisan
kereta daripada kumpulan pasangan mereka. Aktiviti ini adalah untuk
mewujudkan keyakinan dan kepercayaan dalam diri murid. ( 10 Minit ).
iv.
Kumpulan yang menunjukkan kerjasama yang baik akan dinobatkan sebagai
pemenang.
|
|
Fasa 4 : Aplikasi idea
( 10 minit )
Melaksanakan tugasan dalam situasi
|
i.
Murid di minta untuk mengambil tempat masing – masing.
ii.
Guru bertanyakan soalan kepada murid.
-
Apakah masalah utama yang kamu hadapi dalam aktiviti tadi dan aktiviti
manakah yang sangat sukar bagi kamu?
-
Berdasarkan aktiviti yang kita jalankan sebentar tadi, apakah yang kamu
perolehi?
-
Ceritakan pengalaman kamu ketika menyertai aktiviti yang dilaksanakan
ini?
iii.
Murid diminta untuk mencatatkan setiap isi karangan yang mereka perolehi
daripada aktiviti yang dijalankan ke dalam pelan PELINDUNG yang diberikan
oleh guru.
iv.
Murid diminta untuk menulis perenggan pendahuluan tentang faedah
menyertai Kem Bina Semangat.
|
|
Penutup Kognitif
(
5 minit )
Membuat rumusan dan menggabungkan pengetahuan sedia
ada pelajar dengan pengetahuan yang baru diterima.
|
i.
Guru meminta seorang merumuskan pembelajaran pada hari ini.
ii.
Guru meminta murid melaksanakan tugasan menulis karangan tentang faedah –
faedah menyertai Kem Bina Semangat.
|
|
Refleksi :
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment